10 Sep 2012

Nak gigi putih (teeth whitening/teeth bleaching)

Berhabuk otak nie nak memikior nak cerita apa . Tiba-tiba  dapat la plak  ilham nak menulis dalam laman sesawang ni,  dah boleh dah idea tapi tak tau nak start  cita plak, cilakeekkk plak idea nie.

Hampa rasa gigi hampa kuning dak.

Cuba hampa tengok gigi Ning Baizuri, putih melepak

Fazura pun putih melepak.

Heran aku putih melepak macam nak celapak pi tanya pasepa gigi depa putih.

Dok tanya orang padahai gigi aku serupa ngan kunyit..

Ikan buh kunyit hat mak aku goreng tuh putih lagi.


Article pasal nak memutihkan gigi nie jangan cakap lah. Dari tradisional tok nenek moyang apa suma dah aku try. Naik hitam habis muka aku gigi apatah lagi lah aku krayon kan dengan arang. Orang tua-tua punya petua sapukan arang ye idak kat gigi. Memang degil lah punya kuning kat gigi aku nie.


Masa aku sekolah dulu, dapat kawan-kawan hat jenis dok suka daje orang. Aku memang tak pernah tak kena daje. Kerja dok kumpui dosa carutzzz orang ja.

Selalu masa kena check gigi kat sekolah, kawan-kawan hat daje nie selalu buat-buat tanya doc macam mana nak buat dengan orang gigi kuning, nak bagi gigi depa putih, lepas tanya tengok muka aku, cilakeeee betui...

Doc cakap gigi kuning nie normal. Doc ah cakap bukan aku cakap.

Masa tuh aku tak berapa nak cerdik sangat, jadi aku pun tak pernah terpikiaq nak tanya macam mana nak gigi putih macam Ning Baizura.

Lepas dah ada duit sendiri tuh, aku pun mula dah rajin dok search macam-macam pasai gigi.

Tapi aku tau buat macam mana pun gigi aku tak ley putih macam Ning dak pun Fazura.

Kira-kira 2 tahun lepas aku dok kodek-kodek internet jumpala link pasal teeth bleaching.

Lepas ja boleh article tuh, nak tidoq pun tak boleh dah, ketar kaki nie ditdit dah,mimpi tiap-tiap malam, nasib tak mimpi sambil kencing ja.


Lepas  tuh, aku mula cari dentist yang ada servis teeth bleaching nie.

Bukan main susah aku nak cari klinik gigi hat buat teeth bleaching, sampai 5 klinik aku pi terjah, semua tak dak.

Last aku pi Clinic Doctor Cindy .. Sapa yang dok area Alor Star boleh lah try klinik dekat Jitra nie. Memang bagus.


Lepas dok buat appointment apa semua, dok cerita dari A sampai Z, boleh dah la sikit-sikit beda aku nak jadi doc gigi sambilan. Aku nie jenis ketaq nak buat satu benda tuh ,sampai tahap kisah plak aku sakit ka dak.

Doc habaq kalau nak buat teeth bleaching nie seumur hidup sekali ja. Kisah plak aku masa tuh.

Lepas doc tadi check up gigi aku dia plak dok buat gelabah kata gigi aku kui nipis, nak bleaching pun dah jadi tak berapa putih dah. Punca dia sebab aku nie jenis gatai dok minum air bergas. Nak padan muka pun tak gamak kat diri sendiri. Sebbek tak kena kencing manis.

Memang betul. Kalau minum minuman bergas nie memang akan menipiskan gigi and of course lah tak baik untuk kesihatan.

Kalau nak banyak info lagi boleh rujuk di teeth bleaching.


Masa aku gatai dok buat teeth bleaching tuh kira-kira kos dia RM 1300.00. Lani aku tak tahu lah berapa ribu raban. Kot naik ka turun ka xtau lah.

Step- step hat hampa kena ikut banyak nak mampzzzzz hocey..

1. Appointment cuci gigi buang Plak and Dirt bagi membolehkan masa bleach tuh gigi hampa keseluruhan akan terkena ubat yang nak dipakai tuh. Jadinya masa tuh kena charge Rm60. Nie charge asing nah.


2.  Appointment kedua baru mula buat bleaching, itu pun hari berikutnya. Sebelum nak bleach hampa digalakkan untuk tidak makan. Senang cakap memang tak boleh makan, untuk mengelakkan makanan terlekat di gigi.

3. Masa rawatan start dari pukul 2 sampai ke pukul 5. Hampa bayang kan macam mana aku duduk atas kerusi tuh. Terkejang sana sini.

Nie time bleaching. Guna teknik laser.


4.  Masa tuh aku terpaksa menganga macam nak makan penampar je lebih kurang 3 jam.Air liur tak yah cakap la kan tapi  Doktor tuh pakai alat untuk sedut air liur yang terkumpul. Sekali cecair bleaching tuh tertitik kat mulut memang nauzubillah lah.Kalaau cecair tuh tertitik kat mulut atau gusi doktor akan cepat-cepat sapu ubat. Effect dia kalau xsapu ubat mulut hampa akan jadi ulser. kalau 10x tertitik lepahtu tak sapu ubat. Mau tau ar.

5. Sejam yang pertama tuh aku langsung xrasa sakit. Doc tuh benda lain tak tanya dah, keja tanya sakit dak. Sejam lepas tuh aku rasa kaki aku dah terangkat2. Aku rasa macam nak terajang org. Last sekali dia tak payah tanya dah, aku yang gatai pi habaq kat sakit, Memang sakit pun, serius tak muhung. Tobat lahung. tuh baru 2 jam.  Ngilu xpayah cakap lah.



6.  Lepas habis bleaching doc pesan banyak sangat. Aku pun dah lah pelupa ya amat. Sapadia hat buat bleaching tak bole minum ais, makan kari, makanan yang berkunyit etc.Setahun je aku ikut petua. Hasil yang aku dapat memang tak putih macam gigi Ning Baizura tapi tak sekuning dulu. Doc ada bagi aku ubat untuk tahan sakit, Sensodyne, Mask gigi, Ubat Ulser dengan ubat bleaching. Mask gigi tuh doc guna acuan untuk gigi , tujuan dia untuk dipakaikan masa letak ubat bleaching time kat rumah.

Mask gigi
Sampai la ubat bleaching tuh dok ada lagi, tak habis pun, kalau beli kat farmasi lebih kurang Rm 500 kot ubat tuh. Baru-baru nie buka peti ais, tengok tak dak dah ubat tuh, mak aku lempaq habis dah, sayang tau dak, mahai wooo aku beli.

Aku dan pakai ubat tuh 10x ja. Tapi 10x tuh macam 10000x. Ngilu dia serupa hampa nak makan epal beracun biar tidur sehari semalam. Tak mau buat apa dah.


 Ubat tuh pakai time malam untuk elakkan dia terkena gusi.Bagi aku yang cakap banyak nie memang aku elakkan pakai siang. Lepas bangun pagi ja, hampa dah rasa lain macam. Lain macam tuh macam bela saka kot, serba serbi tak kena. Pegang kertas ngilu, makan nasi ngilu, minum ngilu, jalan ngilu, baring atas bantal ngilu kesimpulan nya hari tuh akan rasa ngilu sepanjang apa yang hampa buat. Sampai satu tahap aku terdengar mak aku kentut pun aku rasa ngilu.

Tapi jangan risau tempoh tuh tak lama cuma 24 jam. Cuma seminit hat hampa nak lalui tuh la hampa kena sabar.

So, mengelakkan rasa ngilu aku kerja tidoq ja. Bangun lepas tuh tidoq. Sepanjang hari aku tidoq. Nak makan sakit. Ubat tahan sakit yang doc bagi tuh hanya mampu bertahan 3 hari selepas buat rawatan bleaching secara laser tuh.

Sakit selepas buat rawatan lebih kurang seminggu. Dan selepas sebulan rawatan baru hampa boleh pakai ubat bleaching yang doc bagi, hat aku cerita bila pakai rasa ngilu tuh.

Kira senang masa seminggu aku buat rawatan tuh, dengan sehari kalau aku pakai ubat tuh, kerja nya makan moi ja wei

Pembaziran wang memang terasa gila babeng. Ubat yang ada pun belambak hok lagi. Rawatan nie tak mampu untuk berikan sepenuhnya keputihan kat gigi hampa dan tak akan lama pun gigi hampa akan putih.

 Kalau hampa rajin pakai ubat dia putih lah gigi. Kalau hampa tak minum kopi, minuman bergas, makan kari lama lah sikit gigi hampa putih.Tapi mencari kerajinan pakai ubat tuh memang xmampu.

Baru-baru nie  aku pikiaq nak buat teeth breaching, rasa jo plak, tapi bila dok pikiaq rasa nikmat seminggu makan moi, dengan kentut pun ngilu terus tak jadi, 

Kesimpulan nya sebelum nak buat apa-apa, pikiaq lah 10kali atau belambak -lambak kali tak rugi pun.Jangan jadi cam aku.Baru nak kisah apa doc cakap....................


*****(gambar google)

13 comments:

Winner said...

Thanks for sharing such great information for me . I would like to have my appointment with my dentist at dentist in kuala lumpur , this week .

Azraa Lyana said...

good luck winner :-)

Cinta Hati Ummi said...

Berape ringgit bleaching gigi?

Cinta Hati Ummi said...

Berape ringgit bleaching gigi?

fatima ema said...

mana pic gigi sis

Ain Amirah said...

Ok k guna kunyit??

Ain Amirah said...

Ok k guna kunyit??

Norhidayah Ahmad said...

Baru try nk buat b bleaching.lepas bace ni mcm sakit je.byk kali gak nk kena pikir.huhuhu.

Norhidayah Ahmad said...

Baru try nk buat b bleaching.lepas bace ni mcm sakit je.byk kali gak nk kena pikir.huhuhu.

Sara Liyana said...

Norhidayah ahmad : saya rasa side effect kpd setiap org tak sama. Lepas buat treatment tuh gigi sy mmg ngilu yg teramat2 sehingga skrg. Haritu sy ada jumpa dentist dan dia hanya syorkan pakai ubat shj utk putih kan gigi dan tak benarkan buat treatment utk kali ke dua. Utk kurang kan ngilu gigi bole diubat. Tapi sebatang gigi dlm rm 40+.

rahmat razali said...

Sy ade tnya dkt klinik gigi..dia ade buat promotion tok putih ksn gigi.harga dia rm699..tp x de duit la plak...

norsuhaili ali said...

Menakutkan pulak dengar..sbb sy jenis gigi sensitif cepat je rasa ngilu..xdpt byk kengeliuan yg awak rasa tu...tobatttt

norsuhaili ali said...

Menakutkan pulak dengar..sbb sy jenis gigi sensitif cepat je rasa ngilu..xdpt byk kengeliuan yg awak rasa tu...tobatttt

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah