22 Jan 2013

guinea pig

Hye! Jumpa lagi kita ye.. Hari nie ada beberapa tips mengenai GP yang bakal dikongsikan bersama, sama ada boleh digunapakai atau xboleh pakai langsung.Khas buat pemilik GP yang baru berjinak dengan dunia haiwan.chewah. Benda apapun mesti ada kebaikan dan keburukan. Dan korang juga perlu tahu asas2 nak membela GP. Kalau korang nak bela binatanggg apa pun,perlu lah tahu asas dia sikit2 walaupun xbanyak. Aku kat sini nak kongsi serba sikit tips yang patut tahu.

1.  Pemilihan kandang patut ambilkira.Bila beli cage seeloknya beli lah cage yang besar terus walaupun masa baru menganak angkat kan dia baru besar jari. GP sangat xsesuai tinggal dalam kandang hamster. Lagipun dia cepat membesar. Minggu nie tengok besar jari esok tengok dah besar lengan. Eh tipu jer besar lengan tuh. Lagipun bila kandang dah besar senang sikit dia nak exercise sana-sini, stimulation, aman damai, boleh buat pesta arkus, yang paling penting senang korang nak bersih tahik2 arkus debab nie.

2.GP nie kuat makan. So dia punya pee n poo akan banyak.Lagi besar badan dia lagi banyak lah poo yang dihasilkan. If pallet dia dah habis bantai jela sayur2 dalam ice box tuh. Paling paveret dia timun. Orang baru balik dari pasar dia kat sini dah bunyi kuat. Xpun beli laksa dia dah cam bau. peveret lain yang dihadapnya rumput.Pellet yang murah korang cari lah Gold Coin. Sekilo RM 2 jer. 

3. GP boleh mempelajari laluan kompleks makanan & boleh ingat mana laluan untuk ke cage sendiri walaupun dah sesat dalam rumah. Makna kata pandai kau keluar pandai lah kau masuk sendiri.

4.Sebaiknya letak kan floor mat dalam cage GP. Kaki GP sangat sensetif dengan jaring lapik dan akibatnya kaki GP tercedera seakan2 bernanah dan berwarna putih melecur.

5. GP sangat alert dengan sebarang pergerakan dan bunyi. Senang cakap binatang yang penakuit. Jadi dia akan mula mengigit bila dia terkejut. Setakat terkejut dengan tangan tuan sendiri tuh perkara biasa. Tapi lama2 dia akan ok. Bila nak pegang tuh kena lembut2. Alah bisa tegal biasa.

6. Jangan lupa plak ye nak mandikan GP nie. Mandikan dengan air panas + air sejuk= air suam. Memang have fun lah dia mandi. Tapi jangan kasi telinga masuk air sudah. Nanti tingtong. GP xkan lemas rasanya sebab dia pandai berenang. 

7. Air minuman & pellet dia korang kena topup setiap hari. kan dah cakap tadi dia kuat makan sebab tuh debab lain macam. makan kalah mak nenek.

8.Ditengah2 diantara kepala dan badan GP(eh betul ke posisi dia. Abaikan kalau salah) seakan2 ada satu peti suara. So nak dengar bunyi dia tarik slow kulit dia tuh.Kekadang pegang sikit kawasan tuh pun dah kuar bunyi. Jadi dia akan bertindak balas dengan keluarkan bunyi "wheek" bila terasa kehadiran pemilik dia. Xpun dia lapar, makanan& minuman habis, dan ada sesuatu yang terjadi. 

9. kalau nak membela GP ke apa ke perlu kan kerajinan. Kalau dari awal korang malas susah lah sikit, berangan boleh lah. Korang pikior awal2 sanggup ke nak basuh cage, buang poo n pee, tambah air+ makanan tiap2 hari, mandi kan dia. Sanggup ke?Aku sanggup, asalkan dapat menghadap muka comel dia. hiuhiuhiu.



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah