7 Mar 2013

Produk efektif hilangkan jerawat- Dalacin T

Aku memang jenis malas nak update blog, kalau boleh edit blog memang aku rajin, kalau boleh sembang memang aku rajin, kalau sembang muhung ka kencang ka ,owh hat tuh xyah kata la...

Lani aku nak cerita sikit  masa aku muda dulu, maksud muda tuh bila dah remaja. Lani pun remaja jugak, cuma remaja kertu namanya.

Muda belia dan remaja dulu muka aku nie nak kata teruk takdak lah sangat sangat tapi memang teruk pun cuma comei tuh tak penah hilang. Jerawat atas hidung kalau tak besar penyepak tak sah. Kadang-kadang naik atas pala dai.  Paling banyak naik time dekat nak period.

Macam-macam produk dah aku pakai. Lagi pakai lagi naik banyak. Petua nie banyak tak sangka dah dapat, kalau boleh tembus kocek dah lama tembus.

Antara  petua nya letak colgate, sapu minyak cap kapak lah dan ada juga nasihatkan jangan makan ayam, sambal belacan,budu dan yang boleh sebab kan resdung. Gila hapa tak makan budu. Tuh dah pantang tengok terus nak ngap ja nasi. Kisah apa aku dengan resdung, janji aku boleh makan budu, tapi aku kisah ar kalau ada jerawat.

Aku punya jerawat sekali mai , nakharom besar sampai boleh tercirit orang hat tengok. Lepas dah surut naik lagi. Kira masa aku sekolah dulu jerawat mesti naik atas batang hidung. Hampa penah tengok badak sumbu??? Ha macam badak sumbu punya apa tah atas batang hidung tuh, aku lupa.

Jerawat aku nie jenis dengki. Bukan sikit tapi banyak, kalau nak naik mesti naik atas batang hidung,tepi hidung, dalam hidung. Biadap sungguh jerawat nie.

Sejak tengok muka aku makin teruk ada lah mamat nie cadangkan aku pakai  produk "Dalacin T" dan pencuci muka "Cetaphil". Tapi oleh kerana aku tergolong dalam pelajar yang tidak mampu berbelanja mewah so aku pilih untuk try produk Dalacin T ja. Pertama kali beli memang lah rasa macam menyesal. Habis duit kot! Satu botol RM 42 dah lah kecik. Tapi harga dia tak sama noh, lain-lain ikut farmasi. Sat lagi farmasi hampa juai RM 50 lepas tuh dok mai carutsss aku kata cerita muhung.

Mak pesan kalau nak pakai produk apa pun pastikan sapu satu muka. Nanti berkesan untuk semua part. Erk? Rasa macam sayang kan tapi dah memang bertekad nak hilangkan jerawat, melabur sikit pun dah kurang kisah sangat. Alhamdullilah setelah 4 botol dah kecundang di tangan aku, maka hasilnya amat memuaskan.

Lanie botol hat no 5 ada baik ja dalam beg, Kalau dia mai lagi jerawat tuh, aku piap piap piap dengan Dalacin T aku.

Perubahan memang ketara dan dah xjadi badak sumbu lagi dah macam dulu. Tapi Dalacin T tetap standby kot2 naik lagi. Cepat kita sapu cepat lah dia hilang jerawat.Sangat mujarab. Perempuan,period dan jerawat bukan sesuatu yang misteri lagi.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah