12 Jan 2014

Ukulele Baru

Hyeee!

Hari nie nak cerita pasal hari-hari-hari tuh punya cerita.

My bro ada lah ajak pi beli gitar. So dia pun terkedek-kedek ikut aku pi kerja pahtu petang sikit baru nak bawak pi beli. Kalau boleh bawak anak pi kerja takan nak bawak adik laki tak boleh plak kan.

So, lepas kami round2 satu kedai music tuh, dia pun dah decide which gitar untuk beginner macam dia. Tak ada lah mahal sangat kan. Nowdays, baru aku tau yang shopping dengan lelaki nie meluat tak kira. Kalau boleh biar lah hari tuh ja pertama dan terakhir. Rasa sakit hati macam nak rimbuk orang saja. Semua nak orang pilihkan, bila orang tanya nak yang nie ka, lepas tuh pandai plak " ikut hang lah, kak".Lepas dah orang pilih banyak plak komen.

Dia atau aku yang nak main gitar?

Lepas round2 kedai music tuh, aku rasa macam ada satu malapetaka nak mai. Serius tak muhung.

Rasa jantung dupdapdupdap. Hebat sungguh purse aku nie dok kodek2 dalam beg, macam ada sesuatu yang nak lompat keluar pi kat cashier.

Rasanya tadi masa bukak purse macam tak ada duit, tapi yang setonnya plak macam mana ada atm kat sebelah kedai tuh. Shit! memang malapetaka hebat.

Susah jadi perempuan, nafsu nak membeli lagi dasyat dari nafsu makan. Tak pernah masuk kedai tak keluar dengan tangan kosong. Duit yang selalu perempuan selit2 nie mesti akan bawak keluar jugak.

Jadi malapetaka untuk shopping bulan nie dah mai, terbeli lah satu ukulele.

Aku punya style memang susah. Kalau orang kata mengaji tak boleh tuh bahlol, aku nie tahap benak, susah nak catch up dengan satu benda baru yang aku nak belajar.

Hullahoop sampai sekarang aku tak tau macam mana nak main.

Dek kerana masa aku pi beli tuh buku untuk beginner  dah habis, so terpaksa tunggu seminggu lagi nak p beli lain.

Pahtu dah nama pun barang baru mesti lah terketar-ketar nak main. Ketaq ditdit lah nak pegang. Tapi tangan keras macam kayu.

So malam tuh aku google satu persatu. buka youtube sampai habis tab. Jiwa perempuan dengan barang baru memang super pulun. Tengah drive pun boleh buka tengok lagi.

' HOW TO PLAY UKULELE FOR BEGINNER'

Banyak jugak lah video ajar main ukulele nie.

Pahtu adik aku mai buat serangan hendap, siap gelak-gelak lagi, heran aku, jin mana yang rasuk dia. Naik takut...

" hang buat apa wei sorang-sorang dalam bilik?" . Soalan dia aku tau mesti ada benda nak pedajei aku.

Dengan penuh tab dekat comp tuh aku bukak,masakan dia tak nampak.

" erm.. hang p juai balik lah ukulele hang tuh."

Firasat aku memang kuat kata yang benda tuh aku xkan juai tapi lambung naik atas lemari.

" awat hang bukak video for beginner?"

Zupppp! aku jawab balik "yang nie ja aku jumpa untuk orang tak cerdik cam kita"

" hang sesuai untuk video for dummies lagi"

Hare sungguh budak nie, Memang hareeeee....

Rasa macam nak wrestling.

Malam tuh tidoq tak lena, rasa macam dummies sangat ka, sampai tengok sepuluh kali pun tak leh catchup lagi. Pagi tuh dalam sejarah pi ofis awai, sebab nak google...

'UKULELE FOR DUMMIES'

Kali nie memang nekad aku akan tengok sampai berdarah air mata lepah tuh mesti aku faham.

Nanti dah pandai boleh main sambil nyanyi lepahtu masuk youtube, lepah tuh silap hari bulan jadi artis. Mula2 nyanyi pahtu berlakon. Masuk tv, mak tengok, cerita satu taman anak dia jadi artis, Ish2 dasyat sungguh cita-cita nie.

Dari pagi sampai balik ke rumah, asyik tengok ja video ukelele for dummies tapi tak ley nak beza chords langsung.


Ukulele for kids untuk lagu Old Mcdonald had a farm pun belum tentu aku boleh main.

Rupanya aku lagi teruk pada dummies.


2 comments:

m!raHara_shi said...

hii..

singgah sini sat, rsa2 mcm nk beli ukulele jgk.. :D

dh brjaya ke brsenandung ngn ukulele ke dh jadi brg antik atas almari (^_^)

m!raHara_shi said...

hii..

singgah sini sat, rsa2 mcm nk beli ukulele jgk.. :D

dh brjaya ke brsenandung ngn ukulele ke dh jadi brg antik atas almari (^_^)

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah