9 Aug 2014

Selfie , Hashtag & Worrior Kepala Hotak Kau

Semenjak kes MH 370 tuh banyak betol aku tengok pakar dekat malaysia.

Aku pikir kalau banyak macam nie pakar dekat Malaysia boleh la cepat sikit Malaysia maju.

Tadak la aku bergaji seciput.

Dalam bebanyak pakar dekat Malaysia, aku paling suka pakar ekonomi, sebab memang ekonomi aku tengah tergawatan sekarang nie.

Tak kisah pakar penerbangan , pakar senjata, pakar selok belok peperangan,pakar mengayat perempuan, pakar dunia, pakar agama, pakar copy paste, pakar yang pandai gila , pakar kesihatan, pakar kedai kopi, yang penting pakar lebih kurang macam aku, keyboard warrior, yehaaaaaa.. 

Biar orang tahu kita pakar walaupun hanya di kedai kopi.

Setazah dan setazzz dalam facebook pun banyak. Time terkena musibah tak kira kecil atau besar , masa nie lah semua nak copy hadis lah , ayat-ayat quran lah, copy status islamik la, bagi yang setaz atau setazah nie baik copy tuh membaca, jangan membaca nya perenggan atas ja, perenggan bawah, harammmmmm....

Aku perati ja manusia zaman sekarang nie. Kat kubur nak selfie, tengah teriak nak selfie, tengah meeting nak selfie, tengah berak nak selfie...

Tak salah nak selfie.

Tapi bila berselfie dan berhashtag jangan hampa guna  kepala lutut.

Hashtag sedih tapi gambar selfie

Wadepap.

Gambar tengah gelintir kuih siput tapi hashtag #prayformh17. 

Apa motif tongong oiiii?

Gambar jual liptint tapi hashtag #prayforgaza #prayforpalestin#prayformh17 #prayfor370

Semua yang gambar tak da kena mengena dengan hashtag nie kebanyakkan orang Malaysia.

Adakah orang kita nie banyak nya tak faham bahasa???

Malas nak screenshoot contoh-contoh keyboard warrior Malaysia yang dari A sampai Z semua xkena, Ustaz dan Ustazah yang sentiasa betul walaupun diri sendiri tonggang terbalik macam topgun, Pakar Hadis Malaysia, dan model selfie hashtag xguna.

Kalau hampa rajin cari lah sendiri.

status : malam yang suram disinari lampu pelita minyak tanah, menunggu malam lailaturqadar bersama angin sepoi-sepoi bahasa, ku titipkan salam takziah buat keluarga mangsa mh17, diharap bersabar menempuh dugaan, ku panjatkan doa buat semua #prayformh 17 #prayfor gaza# matikau#hashtagkepalatongonglooo

Gambar : selfie muka mulut duck face lidah terjelir.

Komen :  Sepuk berdesing kepala jugak kot sat lagi.


p/s : Sapa makan manjakani dia rasa pahit

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah