26 Sep 2014

Bila Nak Kahwin


Bila Nak Bina Masjid ???

Sejujurnya, aku sejenis manusia yang tak suka bila orang tanya soalan 'upsr/pmr/spm dapat berapa A','pointer berapa sem nie', 'degree bila nak sambung', 'sapa boyfriend hang', 'bila hang nak kawin'.

Soalan bila ' hang nak kawin' tuh paling aku meluat.. Tetiap kali kenduri, hari raya, reunion berwajib nak kena jawab soalan ternazak nie.Lagi-lagi bila dah menjadi remaja kertu.

Kekadang ah aku tertanya ,  orang melayu nie memang suka bagi tekanan sesama manusia ka? atau depa semua out of topic, aku rasa kalau tak da topic pun bukan nya aku nak pi sepak terajang pun kalau tak cakap dengan aku.....

Bab-bab soalan nikah kawin nie , pernah aku jawab "insyallah coming soon' , habis dikatanya aku gatal nak nikah awai, muda lagi , patut belajar dulu sampai master, dalam hati aku nak ja aku luku kepala dia nie, lain kali setakat nak ceramah aku baik tak yah tanya. Aku bukan seronok dok kena menganga menjawab soalan depa.

Kekadang soalan-soalan tahap cipanzi nie lah yang buat aku carutzz sorang-sorang dalam hati.

Ha gituh cara marah bila orang tanya bila nak kawin. Bukan tak tau soalan sensetip menyentuh halkum ... Sapa tak marah...

Bukan cakap mak long , masa reunion dengan kengkawan pun aku rasa nak luku kepala sorang sikit bila orang tanya 'bila hang nak kawin', padahal diri sendiri pun belum kawin, aku rasa soalan bila nak  kawin nie seronok ditanya.. 

Aku pernah fikir kalau orang tanya nak ja aku jawab ' Mak cik tak nak tanya bila saya nak mati ke'. Tapi tak sampai hati pulak, tah mak cik tuh ada anak laki melepas plak daku..

Dulu sekali aku pernah jawab ' kahwin mati tuh kan ditangan tuhan'. Apa yang aku nampak muka mak long tuh sentap teruk. Terus aku simpan ayat tuh. Takut nanti mak yah aku back hand aku , makan moi setalam pulak. Itu baru dengar aku nya ayat ja terus sentap, takut nanti aku beliak kan bijik mata, habis berselerak kain atas kepala takut tengok bijik mata aku.

Kadang-kadang depa nie suka tanya soalan bila nak kawin nie , aku rasa masa zaman remaja dulu mesti jenis sendu, itulah bila dah seronok beranak pinak nie, teruja nak tanya soklan macam tuh, ini mesti kes tersendu memalam.Itu baru depa tanya soalan kahwin, kalau bab mengawan, bab anak, bab nak tambah anak, bab luar dalam kain lagi, tak ke hampa rasa nak mengelupur sawan.

Aku pelik,tak kan depa tak tau, masa depa muda dulu pun, bukan depa plan hari nie nak kawin esok terus boleh akad nikah. Dengan siapa aku nak kawin lagi lah aku tak tau, lagipun Nazim Othman tuh tak kawin lagi, sebab tuh lah aku tak boleh jawab bila aku nak kawin. Mana boleh perigi cari timba.

Gituh marah nya nokkkkk bila orang tanya bila nak kawin....

14 comments:

suhailah hamid said...

Jwb je gini makcik tlg doakan saya ye.

Kakak sue dulu smp nk lari g oversea sbb soalan ni la. Maklumla dia dr. Bertambah tertekan la dia...

Bila da kawin ty bila pulak nk dpt ank.

This is never ending story....

Azraa Lyana said...

Kak su dh terlepas.sy blom lg.seteres dh nie nak kena jwb
Huhu.10org 10 soalan

sinuha said...

Hahaha. Sabarlah ye.... Biasalah tu.. :)

Azraa Lyana said...

Hahahha.ok sinuha.... nt senyap lah diorang...

Shafika Basha said...

hahahah smae goes here.. 2 mmg common question utk org2 yg dah 20++

Azraa Lyana said...

hahha. fasa umur 20++ kena byk bawak bersabar.. kuang2

Faha Wan said...

sabar je dear...saya dulu pun kena..bila da kwin pun ada je mulut2 camni? org jenis ni mmg xtau stop..huuuu..

myfreshvita.com

Azraa Lyana said...

Lps ni apa plak soalan nk ditanya

Cik Wangi said...

soalan biasa untuk orang2 muda. terima je la T.T

z-a -c-k said...

Hak masing-masing lah kan. Kadang tu tension jugak asyik ditanya benda yang sama tiap kali.. haha..lelaki pun ada jugak kena tanya macam tu. Lol
Anyway, singgah disini ye..

sha dhira said...

xkawin lagi tnya bila nak kawen, dah kawen, tanya pulak bila nak bertiga pula.. hehe :D
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

Azraa Lyana said...

soalan2 yang dpt diagak..

Azraa Lyana said...

hahhaha... tension pun kena tension jgk laa... stress.. tambah2 kalau kerja byk, mula la nak bebai sana sinun

Azraa Lyana said...

lega dengaq ayat orang muda.. terasa muda.. nasib baik cik wangi cakap org2 muda... kalau kata remaja kertu bertambah lah emosi nie . grrrr

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah