12 Sep 2014

Kertas Soalan Bocor

Sesejak dulu lagi dah banyak cita pasal soalan bocor nie.

Nak jawab peksa bukan macam makan cikedis ja. Sebelum nak peksa dah rasa nak tercirit, masa nak ambik result lagi ah nebes macam nak muntah merah, tidur malam pun tak lena.

Masa aku dedulu kalau pelajar tuh dapat title 'anak cikgu' ,mesti orang cakap budak tuh dapat soalan bocor. Orang la cakap. 

Bukan aku cakap, tah betul tah tidak.Mana aku tau. Kekadang tuh orang melayu nie penyakit suka berdengki, habih fitnah merata tempat.Dah budak tuh bawak gen cerdik, memang ah peksa dapat keputusan gempak.


Dulu adik aku masa nak ambik upsr dapat gak soalan "bocor". Siap fotostat kertas gi tuh. Tapi yang bezanya,  adik aku bukan anak cikgu lar.Menghafal dia sampai tertonggeng , sanggup tak berak takut membuang masa nak menghafal.

Tapi haram, yang keluar ada lah satu dua benda.


Dedulu mak aku kalau dah dekat dengan peksa besau nie susah lah nak bagi keizinan nak ponteng sekolah.

Hampa tau apa alasan dia???

"KOT-KOT NANTI CIKGU BAGI SOALAN BOCOQ"

Heran jugak, mana lah mak aku tau semua tuh.

Masa aku nak ambik SPM dulu pun, dengar-dengar jugak ada spot soalan yang keluar. Aku apa lagi dah dapat rejeki, menghafal siang malam.Masa tuh aku sanggup tak makan, tak berak mandi semua, kentut pun aku kemut, takut nanti terkentut tetiba aku terlaqo duduk mikir kentut aku kuat ke busuk ka.

Time nak jawab kertas SPM BI , memang tepat apa cikgu tuh spot soalan, keluaq sejibik-jubik soalan tuh, cam ahli nujum gituh cikgu nie.Akan tetapi disebabkan ketaq yang lebih dari nak kahwin anak raja, aku terus lupa apa aku hafal, sampai nak translate tali menjadi rope pun aku lupa.

Aku tak tau la apa pemeriksa tuh nak tanda kertas aku , 2 3 benda aku bedal ayat BM, tah dia rasa nak bakau kertas aku, tali pun aku tak tau apa benda.Sipi-sipi ja aku dapat result, kalau gagal, makan tahun lah kena perli dengan mak bapak aku.


Tapi kiranya nasib bebudak upsr tahun nie memang sadis sangat, terpaksa ambik sekali lagi exam, kalau yang mak bapak kaya , plan nak bawak anak pi obersea , terpaksa ah cancel.

Kalau aku kat tempat bebudak tuh, mau berkandaq-kandaq mood aku hilang. Bayangkan kalau aku yang kat tempat depa, berapa minggu kena kemut kentut aku.

Cissss! Lelema krem usus.

Kesian bebudak tuh, jadi mangsa keadaan semata.

Tapi aku rasa lah kalau 10 tahun lepas aktiviti berfacebook macam sekarang, mungkin aku pun kena ambik exam balik...

Nasib-nasib...

Sapa dia lah manusia yang baik hati membuat viral soalan bocor tuh...

6 comments:

sinuha said...

Aish, teruk betul tu sampai kentut pun tahan.. haha.
tulah kan, kesian dengan budak2 upsr tu.

Azraa Lyana said...

nasib lah kita yang tak kena ul.ang jawab peksa sinuha, tah apa lah jadi gamaknya. huhu

Encik JI said...

baru upsr. bg jela bcor. kah3

Azraa Lyana said...

hahahahahahahahahahhahahaha.. komen yang nie sgt lawak.

Teja Evalea said...

Betullah. Upsr je kot. Biar jelah bocor ke rabak ke..
Kesian budak

Azraa Lyana said...

cik teja evalea savorsa eskimo .... haip2. jangan macam2. hahhaha

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah