18 Oct 2014

Rumah Sewa Berhantu

Macam lahanat ja tajuk entry kali nie.. grrrrr..

Dulu hakak pernah sewa rumah taman kos rendah yang lama lebih kurang setahun setengah jugak lah..Dari hakak awal masuk rumah tuh sampai lah 2 3 bulan hakak nak keluar tak pernah lagi hakak kena kacau dengan hanttttt.uuuuuuu.. Hakak pun memang tak mau jumpa dengan hanttttt.... Mau terberak hakak lari tak cukup tanah kalau terjumpa..

Hakak nie spesis terkena  badi tak ley tidoq awai, senang kata insomnia separa kronik, almaklumlah student kan, sapa tak terkena insomnia nie macam susah nak caya sikit lah... Sampai lebam bijik mata pun hakak tak ley tidoq lagi...

Nak dijadikan cita , malam tuh hakak sorang ja tak ley tidoq, petang haritu hakak dah terbongkang tekoyak tidoq sampai ke asar,malam hari memang liat sangat bijik mata hakak nak pejam, kawan-kawan hakak nie dah berdengkuq macam lembu jantan dah... Pantang ada masa kerja nak membuta ja

Jam dah tunjuk satu lebih dah tapi bijik mata tak mau pejam, hakak nie tunggu masa ja nak tidoq tapi apakan daya tak ley nak tidoq, tiba2 hakak dengaq ada air dok mencurah-curah macam orang dok basuh benda, hakak dalam hati dok rasa gila ka apa jiran hakak nie lewat macam nie dok rajin basuh natang apa tak tau la.. Sebelum-sebelum nie pun hakak dok dengar bunyi air time-time lewat  ceni.. Cuma hakak pelik ja awat lah dia rajin sangat dok buka paip ayaq malam buta ceni......

Tiba-tiba bunyi ayaq tuh macam dok depan rumah hakak ja, hakak dah makin pelik, depan rumah hakak jugak dia nak mai curah ayaq... Boleh dak hang pi buat riuh depan rumah orang lain, rumah aku jugak dia nak mai buat huru hara....

Sumpah hakak tak tipu, masa hakak tengok kat syiling bilik tuh ada satu bayang-bayang hitam kecik, hakak tengok kawan hakak, sedap berdengkur sampai air liur basi menitik-nitik, hakak nie dah rasa macam-macam dah.Bunyi ayaq makin laju, hakak apa lagi, nak terkencing pun ada dah, hakak mula baca segala ayat, tapi bayang-bayang tuh makin besar, makin besar...

Hakak apa lagi diknonnnn..

Gelabah lah, bayang-bayang hitam tuh dah penuh syiling dah, lahanat betul hakak ingat bayang-bayang tuh dah berambus tapi makin besar pulak bayang hitam tuh..

Hakak tak cakap banyak,terus celapak pi terkam kawan hakak, lepas ja dia bangun terus bunyi air tuh hilang, bayang-bayang pun hilang... Celaka betul, penat hakak rasa nak terkincit, boleh benda tuh hilang, tak dan kawan hakak tengok... 

Hari-hari berikutnya dah tak dak bunyi air waktu lewat-lewat, tapi satu malam tuh kawan hakak terdengar lagi bunyi air , kami apa lagi mula lah nak tercirit.... Hakak dengan kawan-kawan tiap-tiap hari dok bilang hari nak nak keluar rumah, kalau ada pilihan, malam hakak kena kacau tuh lagi kami nak berambus dari rumah tuh.....tapi apakan daya rumah tuh ja yang kosong masa tuh....

Walaupun cuma nampak bayang-bayang tapi cukup buat hakak rasa nak meninggal..... Nasib baik sampai sekarang hakak masih hidup..... Sebelum kes rumah sewa nie, hakak penah duduk hostel, tiba-tiba satu malam tuh kat hostel, hakak dengar orang dok teriak, betul-betul depan tingkap meja study hakak,hakak pelik jugak, jin mana dok sedih sampai tak dan-dan nak teriak kat tingkap meja hakak,dia tak tau ka hakak dah susah hati dengar, jangan sampai hakak sekali join teriak dengan dia, bangun pagi tuh hakak cita kat kawan-kawan, rupanya bilik sebelah hakak pun ada dengar jugak..

Hakak mintak simpang lah nak dengar ka nak nampak benda-benda mistik ni... Cukup lah 2 kali hakak rasa nak pitam dengar benda-benda cam tuh...

Ending macam celaka........................

-Cerita benar-

5 comments:

Cik Nadyya said...

fuhh dah bayangkan.. seramnya hakak.. teringat pulak uma lama kami yg sgt myeramkan tuhh ><

Sara Liyana said...

Kan kdg2 rmh sewa ada yg seram..

Cik Mimie said...

Ok, seram sangat..Minta dijauhkan Cik Mimie taknak jumpa bnda2 mcam ni..lemah semangat..

Umi Nazrah said...

dah tak sanggup pasal seram2 ni. tempat kerja lama dulu memang terlampau seram sampaikan lampu sah sah rosak sebelum tu tapi bila orang mai repair, takda apa yg rosak pun. sabaq ja la

Cik Fafa said...

agak menakutkan..

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah