14 Oct 2014

Seronok Ke Pakai Kereta???



Ada orang selalu cakap dekat hakak senang lah ada kereta sendiri, nak pi mana tak payah susah dah.Start enjin kereta terus pederaih pi mana nak pi.. Jangan pi jahanam sudah lahhh..

Sapa rasa syok ada kereta sendiri???

Hakak nie lepas kerja baru beli kereta sendiri, tuh pun sebab tak dak kenderaan nak ulang alik pi office, tempat hakak nie mau kematu juboq2 nak tunggu bus.Lrt rasa nya sampai kentut keluaq api pun tak tau ada ka dakg. Jangan tanya hakak kematu tuh apa...

Sebenarnya orang cuma nampak kita seronok ada kereta sendiri sebab boleh pi mana-mana senang, boleh bawak keta sendiri, orang tak tau kita nak kena melayan keta tuh macam mana. Banyak songeh ok, tapi kadang-kadang lah.......

Adik hakak tuh tergedik macam tenuk dah nak keta sendiri, hakak tanya dia" banyak duit pak hang, keja bahagian menteri mana".. Terus dia senyap..

Hakak  heran dia ingat bapak dia keja menteri pengangkutan kot sedap-sedap nak beli keta kat dia... Dia ingat beli keta guna duit jutaria... 

Ada keta memang la senang, tapi tiap2 bulan yang nak berkenyang lapaq orang yang beli  keta tuh lah..

Nak isi minyak untuk berulang alik lagi, kadang-kadang kawan ajak keluaq pi riki-riki boyfriend, kena buh minyak lagi, kalau dapat kawan hat jenis haram sikit, sekupang duit pun tak mau huluq buh minyak..

Kadang-kadang mai angin terhegeh2 keta nie memang buat sakit kepala, ada saja nak kena repair, sat lagi tayar botak, aircond tak sejuk, bateri mampuih, skru taya tercabut.

Mau tercabut waya otak dok pikiaq  mana nak cari duit nak repair keta..

Kalau servis kereta setahun sekali hakak la manusia paling bahagia sekali dik....

Sapa cakap ada keta sendiri seronok ha????

Malas nak cita...........

Lepas bayar insurans keta selalunya hakak makan maggie ja dikkkkkkkk..........

Tak seronok pun.........................

Sapa nak kereta yang cantik dari orang lain, yang minyak seap, murah dari kereta luaq negara, warna yang boleh lah tahan, yang penting start keta pun guna ibu jari ja sila click sini.... ** ayat pancing

7 comments:

Anne Nurain said...

ada baik & buruknya.. seronok sbb boleh p mana ja yg kita suka tapi bila itu ini dah rosak, terus tak best.. merana ja.. hehehe..

khaty aiman said...

Asalam..pic tak menahan..betul.ada baik n buruk..sekarang mencabar jugak kalau asyik bawa keta bab kos tak menahan..

Sara Liyana said...

Betul tuh ada baik & buruk. Bab kos mmg tak tahan. Huhu. Kdg2 sakit kepala

Cik Fafa said...

kalau ada kemudahan public transport macam kat kl takpa la jugak kan..

ain syafieqa said...

setuju tu.dulu ain pun tergedik nak pakai kete.belajaq tak abis lagi.lepas kena brainwash dgn abah,baru la tau bukan senang nak senang.pakai kete Nampak cam best tapi kena ikat perut.huwaa

Cik Balqis said...

wuu..memang best pakai kete..boleh bawak pi mana2..boleh dok racing2 kt highway..bawak laju2 release tension

yang x bestnya bayaq insurans roadtax. mampuih. nak dekat seribu..adoiii

Zizie Zack said...

walaupun zizie xde kereta sendiri lg, tp dah boleh tahu la belanja utk kereta ni cmna. roadtax lg, nak kena servis lagi.. huih.. belum lg bila parking taik burung berlambak atas bumbung kan hakak...

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah