17 Dec 2014

Memilih Kerja...

Apa kabiaq weiii.

Tetiba hakak terpikiaq kalau la lagu apa khabar tuh ditukaq slang pi bahasa utara mesti jadi cam harem..

"weii, aku tanya apa kabiaq, aku tanya hang apa kabiaq" (nyanyi versi lagu apa khabar)

Hakak muhung ja, mana ada orang utara cakap kabar tuh kabiaq, nak mampuih sangat dah la tuh.

Malam nie dah lewat-lewat baru rasa gatai nak update blog, hat awai tadi kerja dok tengok nazim othman ja... lewat2 macam nie tiba-tiba naik lemau negok nazim, barulah mula nak tekan keyboard.

Malam nie la,hakak tiba2 teringat balik memori  masa zaman kanak-kanak belum baligh dulu nun.. Dulu la, sekarang lebih kepada cukup sifat nak menikah dah. Orang kata childhood memory ah. Dulu kalau boleh berangan kan, Bill Gates tuh kira gaji dia sebelah bau hakak ja diknon..  Bau = Bahu.

Masa kecik2 dulu selalu berangan nak bergaji Rm4k keatas ah. Kalau boleh time tuh tak mau ah kerja cikgu ka bomba ka, xmau langsung nah, Nak keja pangkat besaq2.. Padahai ikut tahap IQ nie, keja tukang masak lombong pun tak layak.

Lepas ja habis SPM, baru sedar , bukan kata nak jadi cikgu, surat interview maktab pun tak pernah sampai kat rumah..

So dah lelama hakak dah habis belajar , hakak terus dapat kerja dik, masa tuh hakak tak memilih langsung, kalau ikut tahap memilih hakak nie, sampai ke mampus pun hakak tak kerja, Kasar benau bahasa kanzzzz.

Masa tuh hakak pikir sebat ja lah kerja apa pun, kalau baru masuk kerja terus nak jadi pegawai, hakak kena buat syarikat sendiri, atau pun hakak kena sedar dirik sikit, bukan syarikat mak bapak hakak masuk2 terus nak ganti tempat boss.Tah2 syarikat yang ada kat luar sana tuh tak kelapaq pun nak tengok kita kalau kita tak dak pengalaman.Ada tuh memang ada tapi susah nak jumpa, tengok iklan ja mesti nak yang berpengalaman.

Lama gak ah hakak jadi kerani tuh, lepas tuh sampai lah sekarang nie, gaji pun naik ah sikit,tapi tak la banyak sampai tak habis makan, tiap2 hujung bulan bawak bekal lauk telur jugak... tapi ptptn sampai sekarang.. Haram tak membayau.. Liat betui.. Tengok ah bulan depan.. Tapi rasanya dari bulan 12 tahun 2013 lagi plan bayar tuh..


Hakak tak kata semua k, hakak tengah dok kata kat orang hat suka memilih kerja, kadang2 ada orang yang lebih suka mengangur, tiap2 hari tengok iklan job malaysia, tengok sotkabaq metro, tengok internet cari keja kosong...

Ada kawan hakak sorang nie, dia jenis yang suka berenti kerja tau, Hakak tak mau kutuk2 dia, tapi untuk perkongsian ja,, Mula2 dia kerja dah ok, gaji 2k jugak ah, kerja tak sampai 2bulan, tengok2 dah terpacak kat kampung, bila tanya awat hang blah, terus dia kata aku tak suka dengan pompuan tempat kerja aku tuh...

Seingat hakak la kan, seingat hakak dalam 2 tahun lepas 5tempat kerja yang dia dah berenti, masuk kali yang ke 6 nie dengar2 cita dah nak pi interview keja tempat lain.. Hakak pun tak tau nak cakap macam  mana..

Cuma pesanan hakak, tak salah memilih kerja kita, tak salah memilih gaji kita, tapi bawak2 lah sedar diri,Pointer keluaq uni pun 2.95 ada hati nak jadi pegawai kehormat. Bila dah ada pengalaman 4 5 tahun , masa tuh boleh la kalau kita nak memilih pun..


Nasihat nya, kalau hari nie hang dapat kerja kerani cabok pun hang terima jalah diknon, kalau gaji 900 pun sebat jalah, dari duduk terkangkang kat rumah satu sen pun dapat, kalau dah ada rezeki tertulis untuk hang nanti , setahun kerja terus spa panggil hang temuduga jawatan pegawai gred blablabla, terus hang chouu.. Sekurang kurang nya ada jugak pengalaman kita kat syarikat orang..


Berbalik kepada entry yang dah jadik cerpen nie, soal kerja jangan terlalu memilih, mula2 start ja dari bawah, lepas tuh slow2 cari kerja lain.. bila dah dapat kerja yang agak boleh kawin dekat dewan besau dan gah , jangan tunggu lelama terus la chou.

Dulu boleh la zaman tak penting kan duit, sekarang zaman kalau tak da duit, rasa macam errrr... errrr. Susah..
 Pesanan ini khas bagi budak2 yang baru konvo tuari, yang tengah berangan-rangan nak kerja ya. Terutamanya adik hakak yang pompuan tuh, yang berangan nak jadi bos, hang baca entry nie budak..


(Entry yang sepatutnya diupdate tengah malam semalam, tapi tiba2  mata terpejam sendiri)

10 comments:

Nur Inani said...

zaman sekarang tak boleh memilih sangat. kalau idak tanam anggur lah bebanyak dekat kampung. hahha

Sara Liyana said...

Anggur berbuah bole jgk makan. Kuang2

cik belbel said...

betul tu kak. kami ni dok cri keja sana sni. tp biasalah kampung. mana ada kerja elok sgt. ada certificate ni keja kedai makan ja. bolehh la buat hidup. haha

Sara Liyana said...

Susah jgk ek.. tp kedai makan pun ada gaji yg semalam bole dpt 50hinggit. Kwn aku dulu ada diploma keja kedai makan ja. Tp lps tuh dpt spa jgk.. huhu.

lia ummiirfan said...

hihi... pengalaman akak pulak, belajar sampai ke Uk, last-last buat bisnes online je dari rumah.. benti keja engineer.. tapi as a start untuk timba pengalaman bekerja pilih yang bersesuaian dengan education level kita.. kang underpaid lak kan.. huhu.. good luck untuk adik sara.. :))

Sara Liyana said...

Kak lia: bisnes online pun masyuk jgk duit nya... syukur skrg nie tmpt keja xda masalah.. dulu jd kerani cabok je tp lama2 position pun dh naik.. tq kaklia..

Deanna Morni said...

kdg bukan xde keje..tp sbb terlalu memilih keje...rezeki ada di mana-mana yg penting kena usaha...hihihiihhi

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Tang keja kat metro tu kena jaga-jaga tau, zumal pernah minta keja yang diiklankan tu pembantu kedai tapi bila pi kat tempat tu (giant shah alam) depa suruh kita buat gores dan menang... Siap petua cara nak tipu customer lagi... Cam harem... Sehari ja la zumal keja situ...

Siti Nurzafirah said...
This comment has been removed by the author.
Siti Nurzafirah said...

hahaha.. even orang iuagha, part " bau" tak dapat tangkap jugak..

nasib baik ada description disebelah.. mihmih

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah