21 Dec 2014

Tertinggal Budak Dekat Petronas

lately nie hakak macam bizi sangat2.. Sebanaunya bukan bizi pi kerja ka apa, tapi bizi bercuti, sepanjang 3 taun hakak kerja baru taun nie hakak mula bercuti, itupun baru 5hari.. Taun = Tahun

Sebelum hakak mula buat kerja , baik hakak update satu entry, bukan pa sat lagi kalau balik rumah, memang kerja membuta ja lepahtu tengok cita thailand dalam utube. 

Sepanjang taun nie ramai kawan-kawan hakak yang  dah bertunang & kawin. Cuma majlis akikah ja belum ada.

Kira dalam geng2 hakak yang berenam tuh, 2 dah kawin, 2 dah tunang, tinggal lah 2 lagi yang belum ada ura2 nak kawin ataupun nak bertunang. Ini kawan baik hakak dari tadika dulu nun sampai sekarang pun 2 3 hari lagi nak tunang. Masak2..

.............................................................................................

Semalam hakak pi kenduri kawin kawan hakak tuh dengan adik hakak, sorang laki sorang pompuan. 

Hakak dari sebelum sampai rumah kawan hakak tuh dah rasa nak terkincit dah, tapi mandangkan malu nak minta masuk toilet rumah orang jadi hakak pendam kan jua air kencing hakak sampai ke petronas mana yang dekat.

Serius masa hakak odw nak balik lepas singgah kincit kat petronas tuh hakak langsung tak sedar apa2, yang hakak sedar cuma sembang bergelak tampaq dengan dia.

Lepas 15 minit naik keta tuh, hakak tanya adik hakak yang laki tuh, " oiii jauh lagi ka kita nak masuk highway nie",

Tetiba ja sunyi sepi. Hakak cam pelik.. hakak pun tanya lagi " oiii, akak tanya hang nie jauh lagi ka dak"... Dalam hati hakak kurang ajaq budak nie tak jawab bila aku tanya. 

Hakak beralih belakang, macam pelik ja budak nie tidoq ka, tapi sebelah kiri tak dak orang  pun, adik hakak yang pompuan tuh tengok pun tak dak.

Dalam hati hakak sudah la budak nie ghaib pi mana plak dah,kalau ikut kan jantung hakak mau nak tercabut masa tuh, tengok adik sorang tak dak.. Adik hakak yang pompuan tuh dah menyumpah seranah dah, yang pelik nya adik hakak turun dia boleh tak sedaq. 

..............................................................................................
Mau tak mau hakak terpaksa ah patah balik pi dekat petronas yang hakak berenti tadi, sepanjang kami patah balik tuh tak dak sesaat kami tak gelak, dalam hati cilakak budak nie, mampuih dah lah dia dah ar telefon tak bawak, nasib baik adik laki mau adik perempuan, terkencing dalam kain la jawab dia...

Sampai ja dekat petronas tuh , hakak langsung tak nampak dia, haram jadah mana plak lah yang culik budak lonjong tuh, Hati hakak nie dah tak sedap dah. tapi dalam dok pikiaq kata kena culik pun dok gelak lagi,last2 tengok dia keluar dari toilet. Hakak tengok sepanjang dia nak mai kat keta boleh lagi dia bergelak sakan. 

Rupanya masa dia turun dari dalam keta tuh adik hakak yang sorang lagi tak perasan langsung, hakak naik keta pun tak tengok belakang. Nasib baik la kami sedaq awai, kalau sampai ke rumah baru sedar, jenuh terkapaq lah budak tuh...

.................................................................................................

Adik2 hakak jenis yang suka masuk keta terus nak dengar radio, kes dengaq radio macam nak pecah gegendang telinga tu lah yang sampai adik sendiri kena tinggai kat petronas, Hakak plak malas nak bising2 dalam keta, dah banyak kali jadi kes tayar pecah tak dengar, reverse keta masuk parit pun tak dengar.. Sebab tuh lah hakak cukup tak suka buka radio tapi depa cakap hakak nie macam orang tua2 , sendu ja katanya dalam keta hakak, yelah2 kepala hotak la, kes buka radio macam nak berjoget kat tempat dangdut la kena patah balik ambik orang tertinggal.

.........................................................................................

kadang2 kita naik keta bertiga kalau tertinggal mesti tak sedar orang tuh wujud sebenarnya.. Apapun nasib baik adik hakak ada lagi, mau tertinggal kat tempat tuh, jenuh dia, dah ar jauh, 4 jam pi balik...

7 comments:

Nur Inani said...

Hahaha. kalau dah sampai rumah baru sedar adik akak tak dak memang naya

Haffizul Iskandar said...

Ish. Selamat perasaan kan?

Sara Liyana said...

selamat perasan haffizul kalau tak perasan memang mati la mak
Inani : kalau tak sedaq , memang tak ley bayang dengan hp dia xdak.

Cik Iman said...

adoyai leh pulak tak perasan tertinggal @_@

nana liena said...

saya tak suka dgr radio dalam kereta, membngitkan telinga. uhuhu..
fuh! nasib baik! maunya sampai rumah bru perasan dua2 tk ada,haru biru nak patah balik ye..hehehe.. susah jga kalau tk bawa telefon..

Cik Fafa said...

nasib baik teringat nak tanya. kalau dok senyap ja, sampai sudah la kena tinggal. haha. lain kali sebelum bergerak kena check cukup orang ka dak. hehe

Deanna Morni said...

hahahaha...kelakar nyerr...sib bek teringat...kalau x...mati kutu laa member tu tunggu kat situ...

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah