7 Jan 2015

Tempat Hakak

gambar gugle


Jikalau hampa semua nak pi satu satu tempat, maksud hakak kalau nak pi melancong la kan , hampa nak tempat macam mana???Ayat jikalau plak hakak guna harini. Sangat sopan gituh.. 

Kalau hakak la hakak lebih suka tempat tuh ada pantai lepahtu banyak tempat juai barang dengan makan. 

Sebab tuh setiap kali hakak pi mana-mana, bila balik timbang sukat kati badan hakak mesti naik lebih dari 3 kilo walaupun hakak pi cuma 2 hari. Gituh dikk.. Hakak kalau bab-bab melantak nie lebih dari beli saka, tah saka pun takut dengan hakak.


Tuari hakak berkomunikasi lah dengan kawan hakak dekat alam maya nun, hakak cakap " hang mai ah tempat aku wei, lama kot tak jumpak hang" . Kawan hakak nie budak luaq tapi hakak kalau hantem kromo cakap kedah pun dia paham, ada setengah tuh hakak cakap apa pun depa tak paham, shit betul...

Besa lah, kalau kita nak pi satu satu tempat tuh, mesti kita nak tanya, " apa best tempat ko tuh banding tempat aku" . Dalam hati hakak cilaka budak nie...

Dik kalau hampa nak tau tempat hakak nie pantai pulau sungai pun tak dak dik,nak cari khinzir pun dia dah migrate jauh dah, ini kan pulak shoping kompleks, yang ada banyak cuma satu dik , sila lah tengok gambar kat bawah.... Berlambak sangat benda nie kat tempat hakak, sampai rasa benci gila, rasa macam nak pi teranjang laju2 bagi jatuh, hampa bayangkan jarak satu tempat tuh cuma 1kilo tapi ada 2 traffic light, dan setiap kali turn hang mesti merah, dan masa tuh hampa rasa lah macam mana setiap hari hakak dah bermusuh dengan benda kat bawah nie



ehsan gugle

3 comments:

Nur Inani said...

nani pun suka sangat kalau pergi pantai. tenang gilaaa rasa :D

Sara Liyana said...

tempat hakak nie nak pergi jauh, pantai pun kena pi langkawi

h- Zinnirah said...

Oh tuhan.. setiap 10 meter ada benda alah berlampu ni, mmg boleh mgamuk.

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah