1 May 2019

masalah besar



aku dah 4 ke 5 tahun tah tinggal kan dunia blog nie.

baru-baru ni dah banyak masa dekat rumah, anak pun baik, tak teriak melalak melolong, so aku pun ter rajin lah  nak godek balik blog aku.

mula-mula tuh aku buang shoutbox. aku ganti dengan tah hapa-hapa design. lepastu aku rasa design tuh caca merba so aku tukar plak design lain. Last sekali hauk semuanya.

Tiba-tiba bukak blog iklan nuffnang plak hilang. Tah menantang apa aku tekan pun aku tak tau lah.

Blog nie jadi caca merba sebab aku terlebih rajin & terlebih bijak sampai tak tau nak buat macam mana bagi elok balik.

Buta it macam aku nie pun susah jugak. ibarat tikuih dok perbaik labu lah sekarang nie. 

Haiiiii lahhh labu

aku pun baru perasan, kawan-kawan blogger aku pun dah banyak menyepi, bukan cakap sorang tapi ramai. aku makin tua ke, zaman berblog dah makin pupus. huhu.. Teranggggggkannnnn

30 Apr 2019

Perlu ke pakai braces aka pendakap gigi?




beberapa tahun lepas aku decide untuk pakai braces. Tahun bila tuh aku tak hingat yerrr ..

Memang betol lah betty lafia whatsoever tuh wujud. Aku ah tuh. dengan braces aku yang buat mulut jadi tebal, muka breakout teruk sebab pakai produk haram jadah mana yang aku kutip pakai pun tak tau. Menjahanamkan duit aku kaw2 masa tuh.

perlu ke pakai braces???

pendapat aku lah. Kalau sebab nak ikut trend tak yah lah adik-adik kakak-kakak sekalian. Memang jahanam duit jaa. hahahhaha.

total kos aku pakai metal braces dalam RM 5000.00. Bayar deposit 2000 then tiap-tiap bulan dalam RM 200.00 macam tuh lah.

Mula-mula tuh okey ja nak bayar, lepas tuh mula rasa senak pankreas nak bayar weh. Harini dapat gaji, esok dah habis. Bagi yang tak kerja tuh pikir masak-masak lah nak pakai ke tak. 

Aku pakai  metal braces nie dalam setahun ja. Dentist dah bagitau awal-awal kat aku. Limit yang dia nak aku pakai dalam setahun ja takut nanti gigi rosak.


Dalam setahun tuh 3x aku cuci gigi okey walaupun aku pakai braces. Bila dah bukak tuh lah aku frust mak enon tuh. gigi depan aku jadi jarang. Dah lah jarang nampak hitam pulak. Mula2 tuh  memang gigi aku okey. Dentist cakap kat aku tuh lah risiko nya.

Kawan aku bukak braces awal sebab nak kahwin, gigi tak sempat nak elok terletak lagi, terus jadi caca merba gigi dia. kecewa weh kalau bayar mahal-mahal.

Aku dulu gatal pakai braces bukan sebab gigi jarang tapi tiap-tiap bulan asyik jadi ulser sebab gigi tergigit mulut sendiri.

AKu plak kena pakai retainer setiap malam. pernah lah aku tak pakai 2minggu sebab retainer pecah. macam aku kata caca merba terus gigi aku. aku pakai retainer jenis

retainer essix : sumber google

retainer essix :sumber google

retainer kekal :sumber google


retainer essix nie harga dia bergantung mengikut klinik masing-masing. macam klinik yang aku buat tuh dalam RM 400. Yang retainer kekal nie first aku buat RM 50 ja. lepastuh harga naik-naik ikut suka hati dia sebab aku tiap-tiap bulan pi pasang dia kes makan karipap lepastuh tercabut. modal semua tuh.

cerita pasal sakit nieh , malas nak ulas , sebab memang sakit yakmat, first aku pasang braces , bukan kata bubur, nak buka mulut pun susah, makan tuh semata-mata telan ja, serupa orang tak dak gigi & gusi ja weh. Gigi bertemu gigi pun sakit sampai ke kepala hotak.

aku pun tak faham orang yang pakai fake braces tuh cena kan. hampa tak takut ka weh gigi jadi caca merba.

Kadang-kadang tuh rasa menyesal gak pakai, dengan kena pakai retainer nya, gigi depan aku yang rosak..

hampa rasa perlu ka pakai braces kalau gigi  dok elok cantik ja ,tak serupa kuntilanak????

22 Apr 2019

8 filem hindi wajib tonton @ 8 hindi movies must watch

sesambil dok menketedarah cikedis & melayan cerita hindustan nie, aku rasa ter rajin nak hupdate blog.Dulu lepas aku berhenti kerja & tengah pregnant, sehari 3kali aku tengok cerita hindustan. Almaklumlah duduk sorang kan time tuh. Nak buat apa lagi.  Suami aku tiap-tiap hari download cerita hindustan dok bagi bini jamu mata.. Pelakon depa lanie pergh handsome weh. Cukup kot dok minat salman khan, shah rukh khan, aamir khan, banyak dah sekarang yang mantoppp , berlakon pun power.

Aku memang minat gila dengan Ranbir Kapoor, Anushka Sharma, Deepika Padukone,  Irrfan Khan & Nawazuddin Siddiqui. Depa nie berlakon memang power. Irrfan & Nawazuddin nie ibarat macam Azhan Rahi, Beto lah gaya berlakon. Muka tuh ada lah sikit tapi tak ley lawan prince charming, tapi dia punya berlakon tuh. Pergh. melambung aku puji.

 jommm aku share cerita yang aku paling suka layan..

1. Ae dil hai mushkil



yang nie memang cerita feberet forever aku. dah lebih dari 10kali aku ulang tengok. sedih weh. cerita pasal kawan baik nih.  Ayan Sanger (Ranbir Kapoor) & Alizeh Khan (Anushka Sharma) depa jadi kawan baik. = depa (mereka @ dorang)

Alizeh nie kecewa dengan boyfriend lama dia, masa alizeh pi bercuti dengan Ayan, dia terjumpa balik kekasih lama dia. Walaupun Ayan suka kan Alizeh, tapi dia tetap anggap Ayan nie kawan dia. lepas Alizeh dah kahwin dengan boyprenn lama dia, depa 2 pun lost contact & jumpa balik masa Alizeh dah kena cancer. Walaupun macam-macam Ayan buat untuk dapatkan Alizeh, dia tetap sama, masih anggap Ayan nie kawan dia dan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa.... hhurmmm. tengok lah sendiri.
                       

2. Padman


cerita nie bermula dengan perkahwinan Lakshmikant "Laxmi" ( Akshay Kumar) & Gayatri ( Radhika Apte). macam  orang dulu-dulu kalau susah nak beli pad @ tak mampu depa akan pakai kain bagi gantikan pad. macam mana aku tau???Aku teka ja. hahhaha.So bermula lah liku-liku Laxmi nie mencipta pad untuk bini dia. walaupun kena kecam dengan onty oncle onian Laxmi tetap nak buat benda alah tuh kat bini dia. cerita nie memang aku bagi 5/5* weh. jangan hampa tak tau yang cerita nie base on real story hocceyyyy. ko mampuuuuu buat pad??????hahaha


3. Parmanu the story of pokhran





Parmanu nie pun base on real story jugak. tapi bagi aku plot cerita dia memang best tapi tak tau kenapa di tengah2 jalan cerita tuh aku boleh pi mandi, makan blabla. aku kalau hilang fokus tuh paham-paham jala. sampai nak ending tuh aku macam Wowwww. tak sangka India mampu buat macam nie, depa nie nak buat ujian nuklear, tapi dilarang & dipantau keras oleh Amerika.
hampa kena tengok sendiri macam mana depa buat ujian nuklear tuh secara tersembunyi.

4. Sarkar


 Singam nie plak kalau time election dulu depa tayang kat tibi, sahih berapi juboq tengok weh. silap-silap mati pi setengah terkejut tengok.. ahhahaha. dak lah. tak mampuih aih kalau tengok.
ok cerita dia nie lebih kurang macam nie lah. Si lelaki dalam gambar atas nie balik dari US untuk pangkah kertas undi sebab election lah apa lagi. Last-last undi dia tuh dah ada orang pi pangkah dah. So dia nie macam bengang lah sistem korupsi negara dia. So hampa kena tengok lah apa dia buat. walaupun tak logik tetap ku layan jugak cita tamil. hiihiihih

5. Pari




cerita nie bagi aku lain macam sikit lah plot cerita dia. tak logik tapi tetap nak tengok. cerita seram tapi bukan cerita hantu juon, kuntilanak, punti, hantu kopek whatshoever tuhh. 
Rukhsana (Anushka Sharma), adalah anak perempuan seorang wanita Bangladesh yang menjadi mangsa ritual oleh Auladhchakra, lebih kurang macam golongan hat dok puja jin. mak dia nie kena rogol dengan jin appred, Rukhsana nie sorang pari. Pari yang cantik tapiiiii menyeramkan weh. Dia ada jumpa seorang manusia biasa yang bernama lelaki ye bukan darai tua , then jatuh cinta. Pari pun jatuh cinta dengan lelaki weh. jangan hampa dok pi jadi songsang pulak. nak tau kisah lebih lanjut wajib tengok!

6.Uri: The Surgical Strike



cerita nie aku nak cerita balik kat hampa pun susah. tak reti eden nak terjemahkan. yang pasti memang best lah tengok depa dok pi buat serang hendap. lebih kurang macam askar india pi tumpaskan orang pakistan yang jahat ka apa tah. filem nie 3kali aku usaha nak tengok bagi habis. sebab anak aku dok teriak, sat -sat dia teriak lagi. sebab best tuh aku usaha bagi habis jugak.
teriak= menangis

7. Talvar



ha yang nie lah Irrfan Khan yang aku minat sangat tuh. walaupun muka kelat-kelat manis bijik pearl tea live tetap menjadi pojaaan hatiku.

cerita nie pun dari real story pembunuhan yang memang tragis gila. hampa boleh klik Noida double murder untuk baca kes yang sebenar..

cerita nie di adaptasi dari kisah pembunuhan Noida yang tak salah aku tak dak jalan penyelesaian. Rasa nak marah, nak maki weh. macam mana mak pak dia nak hadap kes nie. walaupun cerita nie dah basi tapi tetap kena tengok.



8. Yeh Jawaani Hey Dewaani



cerita ni memang cliche.. bab percintaan gituhhhhh... tapi tak da lah plot cerita pasal kahwin kontrak, terpaksa kahwin, anak owner syarikat airlines, ayah tan sri, semua tuh tak dak hakaak cakap kat uolls. cerita ni hakak repeat 5x & lagu dia siap boleh nyanyi lagi. best ke tak cerita nie. sebab best lah hakak repeat 5x tuh. Haaaammmpaaa nie pun...



sebenaqnya banyak lagi cerita yang best- best boleh layan. tapi kalau aku senarai pakai tak lena kedarah dah lah aku dok type. hampa kalau nak layan cita hindustan tapi tak tau mana best boleh lah follow ig aku nur_sara91.

Owh satu lagi sebelum lupa, suami aku selalunya download movie dekat layar kaca 21 & telegram 


15 Apr 2019

diet berkesan & cara mengira kalori versi 2


rasa lama benau tak bagi tips kann. baca jela weh. kalau hampa rasa benda nie bermanfaat sila ambik, kalau rasa tak sila pi tengok cerita NUR 2 & kecam ustaz hambali ka hamadi tah. whatsoever nama dia...

sebenarnya aku haritu masa pregnant terpikir jugak susah tak nak turun berat badan nie kan..

Yela. banyak faktor kan. faktor tua, lepas bersalin pulak tuh, faktor terikut2 suami makan melahap ikut suka dia ja, faktor mengidam yang bukan saja waktu pregnant ja tapi dibawak sampai ke dah dapat anak, faktor tak sempat masak, faktor tergoda tengok  gambar makanan dalam media sosial. huish!! susah bebenor tuh!!ðŸĪŠ


ok2. berbalik kepada cita....

note : hampa bermaksud uolls.. bukan kecewa k

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebelum aku bersalin haritu berat aku dalam 66 ke 67kg macam tuh lah.. tuh pun puas aku control weh sebab ada kencing manis... dah orang pun manis mesti lah terkena kencing manis masa ðŸĪ°..



dalam gambar nie aku baru 5bulan preggy. boleh nampak kan muka tembun aku tuh macam mana??? macam bomboloni nutella dah.

lepas ja dari aku habis pantang tuh, confirm ah excited feeling-feeling berat turun macam zaman anak dara dulu. naik ja penimbang! perghhhh!!!!

53kilo ja bro turun berat......

selepas sebulan pun tetap sama jugak..

 faham kan perasaan kecewa tengok mesin penimbang tuh macam mana kan. ðŸĪŽðŸĪŽðŸĪŽðŸĪŽ

..........................................TAPI...................................


selepas habis pantang tuh, aku macam alaaaa xsempat lah berak, ala tak sempat lah nak mandi, ala baju tak basuh lagi, alaaa dah pukul 3 nie sat lagi tok laki nak balik keja dah.kesimpulan nya semuanya alaaaaa tak sempat. 

dan ada satu alaaaaa yang aku xsempat jugak.. alaaaaa xsempat nak makan nih dah pukul 2.

so dah alang2 alaaaa xdan tuh kan. aku try buat INTERMITTEN FASTING. 

hampa kalau nak baca dengan lebih lanjut pasal intermitten fasting nieh boleh lah klik dekat  sini

sekarang teka berat aku dah turun berapa???????

47kg weh. nanti ada orang cakap eleh 47kg je pun. bukan turun 30kg.. tuh pun nak kecoh.

hello makcik puaka, kalau aku turun 30kg tuh bukan manusia lagi tapi dah layak jadi model skeleton kat muzium sains. huh!

aku juga suka diet GM diet. sebab masa aku apply dulu memang berkesan. hampa boleh baca dekat sini GM DIET.... cerita nie masa dulu bukan sekarang. hihi

boleh jugak belajar cara-cara nak kira kalori dekat sini KIRA KALORI

so far, aku memang df anak aku, susu tak da kacau... cuma aku kena berlawan dengan nafsu nak makan kek, ayaq gas, ciken cop, kfc, mee ketam, nasi arab.dok rasa kebuluq kes dok pantang haritu.

tapi tuh lah masalah besar aku sekarang.. hakak tak kuad dikkk..NAFSU!!!

tapi bab exercise aku tak mau sentuh sebab aku xpenah dah exercise sejak ada anak 😂😂😂. tak sempat , malas pun ya.. kuang2.

walaupun aku dah malas exercise, tapi aku punya tahap buat kerja rumah dah macam kerja makan gaji jadi maid dah weh... berpeluh menyimbah, bau pun dah macam kambing gurun dah.

perut buncit boleh lah try buat sit up yang berpanjangan, letak pati halia krim mustajab. insyallah kempis. antara rajin dengan tak ja. tapi awal2 aku letak diri aku dalam golongan malas. hhahahahaha. wajib aku jawab alasan anak juga punca jadi malas. hihihi.

ok yang nieh serius... dari hati ke hati bercakap. malu ke tak malu ke kita letak tepi dulu.

aku juga ambik kaedah perancang keluarga jenis suntikan AKA depo. first inject tuh memang pelahap weh makan. sampai laki aku takut lah tengok selera aku makan. tapi aku berjaya control makan tuh sebab takut badan macam bomboloni nutella lagi..

macam doctor cakap kadang-kadang bukan sebab injection atau ubat perancang tuh, tapi sebab nafsu kita ja weh. 98% aku setuju selepas apa yang jadi kat aku.

aku bukan pengamal pantang tradisional, sebab aku malas, semua benda aku bedal, alhamdulillah badan aku serasi, so memang tak dak lah jenis-jenis  jamu yang aku nak cita pun.. huhuhu

kalau nak kurus tuh memang ambik masa, nak berisi tuh sekilas bijik mata ja. yang penting tuh jaga lah makan. minum air masak , kurangkan gula, kurangkan masakan berlemak, exercise, diet yang tak memudaratkan.

bab makanan tuh hampa boleh lah tengok dalam facebook page Azlina Ina Fans. hampa boleh lah idolakan dia weh. dari berisi terus jadi size xs sekarang. adalah makanan yang di makan kt dalam page tuh..

ok nie lah wajah terkini penyanyi nasyid yang tak lepas saringan masa pertandingan minggu islam sekolah.

nota: tips nie macam mana cara  aku turunkan berat badan ja, setiap manusia badan tak sama, jangan pulak kata suruh aku pi masuk makmal kaji kalori blablabla. "weh sara hang ni doktor ka dok sembang pungpang pasai diet, hang pakar pemakanan ka".

mampuihhh pi kat hang lah.. werkkk!!!

kalau rasa nak complaint simpan dulu sebab aku nie xkalis kecaman, jenis wanita-wanita hati mudah retak. perghhhh ayat hakak.

lagi satu jauh sekali nak pandang rendah dekat orang berisi. yang penting teruskan usaha anda untuk turunkan berat demi kesihatan! semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dari-NYA

resepi nasi goreng tomyam sedap

hai hampa

harini first time aku nak tulis resepi simple kat dalam blog nie

habaq siap-siap lah kualiti gambar memang hauk sangat, sebab aku bukan photographer tapi rasa nasi goreng nie boleh jamin shedap hokeyyy.... tapi tak da lah sedap yang boleh rasa nak naik pi bulan nuh. hampa nie pun. 

laki aku  cakap kalau dia makan tak habis tuh maknanya ta sedap. dah habis sepinggan tuh sedap lah...

resepi nasi goreng tomyam nie tak ada lah simple tapi tak da lah senang sangat kan. sedang-sedang ja pun. pejam sebelah mata pun confirm boleh buat. kalau pejam dua dua bijik mata, confirm rentung.

Bahan-bahan

  • udang, sotong, *** terpulang untuk masukkan bahan mentah apa pun
  • akar ketumbar * blend
  • 6 biji cili padi* blend
  • 2biji bawang merah,*blend
  • bawang putih * blend
  • nasi 
  • telur
  • daun limau purut
  • serai
  • pes tomyam

Cara-cara

1. gorengkan dahulu udang dan sotong.apabila udang dan sotong  separuh masak kemudian angkat ke dalam bekas berasingan.

2. tumiskan bahan blend+ pes tomyam+ serai+ daun limau purut ke dalam minyak goreng udang tadi 
3. selepas bahan tumis sudah garing, pecahkan telur ke dalam kuali, tunggu sehingga garing dan masukkan nasi , udang dan garam sesucukup rasa.

4. siap dan selamat mencuba... 




nasi goreng tomyam simple

13 Apr 2019

sara dah kembali

hai hampa....

lama sungguh aku hilangkan diri dalam blog nie noh. dah jadi barang pusaka dah...

disebabkan terlalu lalu lalu lama sangat menghilangkan diri. aku ada banyak benda nak share... memandangkan usia aku pun dah makin kertu so cara penulisan pun dah berubah banyak. xda dag maki hamun macam dulu-dulu 😂😂😂😂

kalau dulu-dulu tulis sikit ja mula lah ayat puaka aiii. 

hampa tengok lah harini aku update blog. mungkin 4 5 tahun pulak aku muncul balik. 💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

untuk sis2 yang belum tau pasai life aku sekarang nie. nak bagitau lah... ermmmm... yang aku sekarang... ermmmm... ermmmmm **** unsur suspen .

29 Aug 2015

sara liyana - malas update story mory

ehem3.

lama gila kotttt hakak tak hupdate entry...

password nuffnang pun hakak dah lupa.....

Banyak yang hakak nak cita

tapi mandangkan perasaan malas tu membuak-buak, daku buat do no ja lah. hihihi

dulu sentiasa ah nak pikiaq tambah follower, nak naikkan income nuffnang.

sekarang semua tuh dah boleh blah,,, daku malas bangat... nak type pun tidak, nak bukak blog pun lg lah tidak.

Orang nak baca dalam blog nie pun tak dak sebenaqnya. kui3.

Bajet2 pi la tulih lagu macam orang berkenan nak baca.

nanti kalau ada masa nak update pasal dalacin t yang semakin hari semakin tak berkesan.

Kulit muka hakak yang jadik kusam & jerawat yang membuak lepaih dah tak diet...

-bersambung-
 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah