23 Jun 2019

menulis dari hati


cewah. kemain tajuk hakak kan.. tajuk nak gempak ja memanjang.. hihi.. gempak ja hokey bukan gampang.

tak sekarang bukan nak cerita pasal sedih-sedih. tapi nak berletiaq potpet potpet sikit ja…

lama dulu ada orang tanya aku, “ weh ajar aku buat blog. nak tulis macam mana. nak tulis apa bagi orang baca”

alamak hai. blog aku pun tak dak orang baca. macam mana aku nak ajaq hang. aku pun upah orang design blog, tuh pun beratus abad dah . kalau biar aku yang design blog. alamatnya. tunggu punya tunggu punya tunggu. sampai lah abang jamil mampussss...

ada orang tulis macam cikgu disiplin pun berderu-deru orang follow dia. sebab orang tertarik dengan apa yang dia tulis. 

nak tulis tuh senang. TAPI. nak tarik orang minat baca dengan tulisan kita tuh yang susah..

ada jugak menulis bahasa macam orang gila tapi tetap jugak orang nak baca. ada pulak yang langsung tak berminat nak baca, contohnya dekat blog aku nie. Sebab tuh kita tulis biar dari hati. mungkin orang yang nak baca tuh boleh rasa apa yang kita rasa. 

kalau tak berminat, lantak kooo lahhhh labuuu...

aku nie , ada lah 400 entry hat tak publish. type punya type. tiba-tiba rasa tak masuk ke hati. aku selalu menulis mengarang apa pun mai ikhlas dari hati.ha sembang tak kalah weh. mai ikhlas dari hati nuh. dak betoi. aku kalau tak masuk dalam jiwa. memang aku biaq blog nie terkangkang tanpa entry. 4 5 tahun pun aku biaq dia jadi anak yatim tanpa aku... 

hampa jangan mulut capoi nak kata aku nie hangat-hangat tahik ayam. memang lah kadang-kadang aku hangat taik ayam. hampa pun kadang-kadang sama jugak kan?

dulu masa blog tengah up. sehari berpuluh-puluh aku post entry. alaaaa macam orang gila stereng keta lah. baru dapat lepas P kan. masa tuh nak terberak pun kalau boleh nak pi tandas awam. boleh drive keta kan…

Sekarang kalau aku rasa aku menulis tuh tak sampai & tiba-tiba tak da mood memang aku tinggal ja entry tuh. biarkan ia berkubur..

kadang-kadang apa kita tulis tuh menarik minat orang nak membaca, ada yang yang meluat nak membaca. hahahha. aku tau lah kan..

mesti ada yang masuk blog aku, pastu cakap menyesal plak aku masuk blog orang gila nie. pastu ada plak yang masuk baca then gelak terkekek-kekek. tak sama kan setiap orang. 

walaupun budak-budak hispturrrrr tak kenal apa itu blog. aku tetap pilih blog untuk menulis. sebab kalau aku tulis dalam facebook, sampai ke sudah aku kena kutuk dengan kawan-kawan.. dah lah kena kutuk , time lepak nanti siap lah hang kena perli sampai naik capang telinga. tak boleh sikit aku jadi romantik, mesti kena taji dengan kekawan.

pada aku menulis nie lebih kepada kebolehan. macam orang buat vlog lah. kalau aku dok depan camera tuh. serupa tengah beraksi dekat sarkas. tak reti apa. kita ingat senang, tapi cuba kita yang dok depan camera. ,mulut serupa kena lock. kalau luaq camera, macam bertih jagung, pop pop pop tak berenti. 

sapa yang nak kecam tuh. kezaaaahhhh plakkk hakak..

6 comments:

Cik Shafiqa said...

Kita sama! I prefer blog ni sebagai platform nak tulis macam2 sebab blog jarang org guna dan pengguna blog hanyalah those who loves to write je. Secara xlangsungnya, bila buat blog terusla kita dpertemukan dgn org2 yg minatnya sama. So takdelah kena kutuk. Ni kalau nak tulis kat fb atau ig, asyik kena je lah. I feel you

Madam And the kids said...

Maq gunakan blog maq utk membebel , sbb kat rumah nk membebel semua org buat derk jek . Kat blog kita ada kawan nk pot pet ,baru seronok..😂

Beeha Azman said...

Beeha follow sini. Jemput join GA saya

https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

Nurul Syahirah said...

Nurul singgah & follow sini ^^

https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

Fuzy Hamid said...

fuhh 400 tak post...ingat sy paling banyak ada dekat 200 yg x sempat publish hehe..win sungguh

salam kenal dari www.umifuzy.com

عبده العمراوى said...


شركة مكافحة حشرات بعنك
شركة تنظيف سجاد بالخبر

Post a Comment

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah