22 Apr 2019

8 filem hindi wajib tonton @ 8 hindi movies must watch

sesambil dok menketedarah cikedis & melayan cerita hindustan nie, aku rasa ter rajin nak hupdate blog.Dulu lepas aku berhenti kerja & tengah pregnant, sehari 3kali aku tengok cerita hindustan. Almaklumlah duduk sorang kan time tuh. Nak buat apa lagi.  Suami aku tiap-tiap hari download cerita hindustan dok bagi bini jamu mata.. Pelakon depa lanie pergh handsome weh. Cukup kot dok minat salman khan, shah rukh khan, aamir khan, banyak dah sekarang yang mantoppp , berlakon pun power.

Aku memang minat gila dengan Ranbir Kapoor, Anushka Sharma, Deepika Padukone,  Irrfan Khan & Nawazuddin Siddiqui. Depa nie berlakon memang power. Irrfan & Nawazuddin nie ibarat macam Azhan Rahi, Beto lah gaya berlakon. Muka tuh ada lah sikit tapi tak ley lawan prince charming, tapi dia punya berlakon tuh. Pergh. melambung aku puji.

 jommm aku share cerita yang aku paling suka layan..

1. Ae dil hai mushkil



yang nie memang cerita feberet forever aku. dah lebih dari 10kali aku ulang tengok. sedih weh. cerita pasal kawan baik nih.  Ayan Sanger (Ranbir Kapoor) & Alizeh Khan (Anushka Sharma) depa jadi kawan baik. = depa (mereka @ dorang)

Alizeh nie kecewa dengan boyfriend lama dia, masa alizeh pi bercuti dengan Ayan, dia terjumpa balik kekasih lama dia. Walaupun Ayan suka kan Alizeh, tapi dia tetap anggap Ayan nie kawan dia. lepas Alizeh dah kahwin dengan boyprenn lama dia, depa 2 pun lost contact & jumpa balik masa Alizeh dah kena cancer. Walaupun macam-macam Ayan buat untuk dapatkan Alizeh, dia tetap sama, masih anggap Ayan nie kawan dia dan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa.... hhurmmm. tengok lah sendiri.
                       

2. Padman


cerita nie bermula dengan perkahwinan Lakshmikant "Laxmi" ( Akshay Kumar) & Gayatri ( Radhika Apte). macam  orang dulu-dulu kalau susah nak beli pad @ tak mampu depa akan pakai kain bagi gantikan pad. macam mana aku tau???Aku teka ja. hahhaha.So bermula lah liku-liku Laxmi nie mencipta pad untuk bini dia. walaupun kena kecam dengan onty oncle onian Laxmi tetap nak buat benda alah tuh kat bini dia. cerita nie memang aku bagi 5/5* weh. jangan hampa tak tau yang cerita nie base on real story hocceyyyy. ko mampuuuuu buat pad??????hahaha


3. Parmanu the story of pokhran





Parmanu nie pun base on real story jugak. tapi bagi aku plot cerita dia memang best tapi tak tau kenapa di tengah2 jalan cerita tuh aku boleh pi mandi, makan blabla. aku kalau hilang fokus tuh paham-paham jala. sampai nak ending tuh aku macam Wowwww. tak sangka India mampu buat macam nie, depa nie nak buat ujian nuklear, tapi dilarang & dipantau keras oleh Amerika.
hampa kena tengok sendiri macam mana depa buat ujian nuklear tuh secara tersembunyi.

4. Sarkar


 Singam nie plak kalau time election dulu depa tayang kat tibi, sahih berapi juboq tengok weh. silap-silap mati pi setengah terkejut tengok.. ahhahaha. dak lah. tak mampuih aih kalau tengok.
ok cerita dia nie lebih kurang macam nie lah. Si lelaki dalam gambar atas nie balik dari US untuk pangkah kertas undi sebab election lah apa lagi. Last-last undi dia tuh dah ada orang pi pangkah dah. So dia nie macam bengang lah sistem korupsi negara dia. So hampa kena tengok lah apa dia buat. walaupun tak logik tetap ku layan jugak cita tamil. hiihiihih

5. Pari




cerita nie bagi aku lain macam sikit lah plot cerita dia. tak logik tapi tetap nak tengok. cerita seram tapi bukan cerita hantu juon, kuntilanak, punti, hantu kopek whatshoever tuhh. 
Rukhsana (Anushka Sharma), adalah anak perempuan seorang wanita Bangladesh yang menjadi mangsa ritual oleh Auladhchakra, lebih kurang macam golongan hat dok puja jin. mak dia nie kena rogol dengan jin appred, Rukhsana nie sorang pari. Pari yang cantik tapiiiii menyeramkan weh. Dia ada jumpa seorang manusia biasa yang bernama lelaki ye bukan darai tua , then jatuh cinta. Pari pun jatuh cinta dengan lelaki weh. jangan hampa dok pi jadi songsang pulak. nak tau kisah lebih lanjut wajib tengok!

6.Uri: The Surgical Strike



cerita nie aku nak cerita balik kat hampa pun susah. tak reti eden nak terjemahkan. yang pasti memang best lah tengok depa dok pi buat serang hendap. lebih kurang macam askar india pi tumpaskan orang pakistan yang jahat ka apa tah. filem nie 3kali aku usaha nak tengok bagi habis. sebab anak aku dok teriak, sat -sat dia teriak lagi. sebab best tuh aku usaha bagi habis jugak.
teriak= menangis

7. Talvar



ha yang nie lah Irrfan Khan yang aku minat sangat tuh. walaupun muka kelat-kelat manis bijik pearl tea live tetap menjadi pojaaan hatiku.

cerita nie pun dari real story pembunuhan yang memang tragis gila. hampa boleh klik Noida double murder untuk baca kes yang sebenar..

cerita nie di adaptasi dari kisah pembunuhan Noida yang tak salah aku tak dak jalan penyelesaian. Rasa nak marah, nak maki weh. macam mana mak pak dia nak hadap kes nie. walaupun cerita nie dah basi tapi tetap kena tengok.



8. Yeh Jawaani Hey Dewaani



cerita ni memang cliche.. bab percintaan gituhhhhh... tapi tak da lah plot cerita pasal kahwin kontrak, terpaksa kahwin, anak owner syarikat airlines, ayah tan sri, semua tuh tak dak hakaak cakap kat uolls. cerita ni hakak repeat 5x & lagu dia siap boleh nyanyi lagi. best ke tak cerita nie. sebab best lah hakak repeat 5x tuh. Haaaammmpaaa nie pun...



sebenaqnya banyak lagi cerita yang best- best boleh layan. tapi kalau aku senarai pakai tak lena kedarah dah lah aku dok type. hampa kalau nak layan cita hindustan tapi tak tau mana best boleh lah follow ig aku nur_sara91.

Owh satu lagi sebelum lupa, suami aku selalunya download movie dekat layar kaca 21 & telegram 


15 Apr 2019

macam mana nak kurus selepas bersalin


rasa lama benau tak bagi tips kann. baca jela weh. kalau hampa rasa benda nie bermanfaat sila ambik, kalau rasa tak sila pi tengok cerita NUR 2 & kecam ustaz hambali ka hamadi tah. whatsoever nama dia...

sebenarnya aku haritu masa pregnant terpikir jugak susah tak nak turun berat badan nie kan..

Yela. banyak faktor kan. faktor tua, lepas bersalin pulak tuh, faktor terikut2 suami makan melahap ikut suka dia ja, faktor mengidam yang bukan saja waktu pregnant ja tapi dibawak sampai ke dah dapat anak, faktor tak sempat masak, faktor tergoda tengok  gambar makanan dalam media sosial. huish!! susah bebenor tuh!!ðŸĪŠ


ok2. berbalik kepada cita....

note : hampa bermaksud uolls.. bukan kecewa k

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebelum aku bersalin haritu berat aku dalam 66 ke 67kg macam tuh lah.. tuh pun puas aku control weh sebab ada kencing manis... dah orang pun manis mesti lah terkena kencing manis masa ðŸĪ°..



dalam gambar nie aku baru 5bulan preggy. boleh nampak kan muka tembun aku tuh macam mana??? macam bomboloni nutella dah.

lepas ja dari aku habis pantang tuh, confirm ah excited feeling-feeling berat turun macam zaman anak dara dulu. naik ja penimbang! perghhhh!!!!

53kilo ja bro turun berat......

selepas sebulan pun tetap sama jugak..

 faham kan perasaan kecewa tengok mesin penimbang tuh macam mana kan. ðŸĪŽðŸĪŽðŸĪŽðŸĪŽ

..........................................TAPI...................................


selepas habis pantang tuh, aku macam alaaaa xsempat lah berak, ala tak sempat lah nak mandi, ala baju tak basuh lagi, alaaa dah pukul 3 nie sat lagi tok laki nak balik keja dah.kesimpulan nya semuanya alaaaaa tak sempat. 

dan ada satu alaaaaa yang aku xsempat jugak.. alaaaaa xsempat nak makan nih dah pukul 2.

so dah alang2 alaaaa xdan tuh kan. aku try buat INTERMITTEN FASTING. 

hampa kalau nak baca dengan lebih lanjut pasal intermitten fasting nieh boleh lah klik dekat  sini

sekarang teka berat aku dah turun berapa???????

47kg weh. nanti ada orang cakap eleh 47kg je pun. bukan turun 30kg.. tuh pun nak kecoh.

hello makcik puaka, kalau aku turun 30kg tuh bukan manusia lagi tapi dah layak jadi model skeleton kat muzium sains. huh!

aku juga suka diet GM diet. sebab masa aku apply dulu memang berkesan. hampa boleh baca dekat sini GM DIET.... cerita nie masa dulu bukan sekarang. hihi

boleh jugak belajar cara-cara nak kira kalori dekat sini KIRA KALORI

so far, aku memang df anak aku, susu tak da kacau... cuma aku kena berlawan dengan nafsu nak makan kek, ayaq gas, ciken cop, kfc, mee ketam, nasi arab.dok rasa kebuluq kes dok pantang haritu.

tapi tuh lah masalah besar aku sekarang.. hakak tak kuad dikkk..NAFSU!!!

tapi bab exercise aku tak mau sentuh sebab aku xpenah dah exercise sejak ada anak 😂😂😂. tak sempat , malas pun ya.. kuang2.

walaupun aku dah malas exercise, tapi aku punya tahap buat kerja rumah dah macam kerja makan gaji jadi maid dah weh... berpeluh menyimbah, bau pun dah macam kambing gurun dah.

perut buncit boleh lah try buat sit up yang berpanjangan, letak pati halia krim mustajab. insyallah kempis. antara rajin dengan tak ja. tapi awal2 aku letak diri aku dalam golongan malas. hhahahahaha. wajib aku jawab alasan anak juga punca jadi malas. hihihi.

ok yang nieh serius... dari hati ke hati bercakap. malu ke tak malu ke kita letak tepi dulu.

aku juga ambik kaedah perancang keluarga jenis suntikan AKA depo. first inject tuh memang pelahap weh makan. sampai laki aku takut lah tengok selera aku makan. tapi aku berjaya control makan tuh sebab takut badan macam bomboloni nutella lagi..

macam doctor cakap kadang-kadang bukan sebab injection atau ubat perancang tuh, tapi sebab nafsu kita ja weh. 98% aku setuju selepas apa yang jadi kat aku.

aku bukan pengamal pantang tradisional, sebab aku malas, semua benda aku bedal, alhamdulillah badan aku serasi, so memang tak dak lah jenis-jenis  jamu yang aku nak cita pun.. huhuhu

kalau nak kurus tuh memang ambik masa, nak berisi tuh sekilas bijik mata ja. yang penting tuh jaga lah makan. minum air masak , kurangkan gula, kurangkan masakan berlemak, exercise, diet yang tak memudaratkan.

bab makanan tuh hampa boleh lah tengok dalam facebook page Azlina Ina Fans. hampa boleh lah idolakan dia weh. dari berisi terus jadi size xs sekarang. adalah makanan yang di makan kt dalam page tuh..

ok nie lah wajah terkini penyanyi nasyid yang tak lepas saringan masa pertandingan minggu islam sekolah.

nota: tips nie macam mana cara  aku turunkan berat badan ja, setiap manusia badan tak sama, jangan pulak kata suruh aku pi masuk makmal kaji kalori blablabla. "weh sara hang ni doktor ka dok sembang pungpang pasai diet, hang pakar pemakanan ka".

mampuihhh pi kat hang lah.. werkkk!!!

kalau rasa nak complaint simpan dulu sebab aku nie xkalis kecaman, jenis wanita-wanita hati mudah retak. perghhhh ayat hakak.

lagi satu jauh sekali nak pandang rendah dekat orang berisi. yang penting teruskan usaha anda untuk turunkan berat demi kesihatan! semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dari-NYA

resepi nasi goreng tomyam sedap

hai hampa

harini first time aku nak tulis resepi simple kat dalam blog nie

habaq siap-siap lah kualiti gambar memang hauk sangat, sebab aku bukan photographer tapi rasa nasi goreng nie boleh jamin shedap hokeyyy.... tapi tak da lah sedap yang boleh rasa nak naik pi bulan nuh. hampa nie pun. 

laki aku  cakap kalau dia makan tak habis tuh maknanya ta sedap. dah habis sepinggan tuh sedap lah...

resepi nasi goreng tomyam nie tak ada lah simple tapi tak da lah senang sangat kan. sedang-sedang ja pun. pejam sebelah mata pun confirm boleh buat. kalau pejam dua dua bijik mata, confirm rentung.

Bahan-bahan

  • udang, sotong, *** terpulang untuk masukkan bahan mentah apa pun
  • akar ketumbar * blend
  • 6 biji cili padi* blend
  • 2biji bawang merah,*blend
  • bawang putih * blend
  • nasi 
  • telur
  • daun limau purut
  • serai
  • pes tomyam

Cara-cara

1. gorengkan dahulu udang dan sotong.apabila udang dan sotong  separuh masak kemudian angkat ke dalam bekas berasingan.

2. tumiskan bahan blend+ pes tomyam+ serai+ daun limau purut ke dalam minyak goreng udang tadi 
3. selepas bahan tumis sudah garing, pecahkan telur ke dalam kuali, tunggu sehingga garing dan masukkan nasi , udang dan garam sesucukup rasa.

4. siap dan selamat mencuba... 




nasi goreng tomyam simple

13 Apr 2019

sara dah kembali

hai hampa....

lama sungguh aku hilangkan diri dalam blog nie noh. dah jadi barang pusaka dah...

disebabkan terlalu lalu lalu lama sangat menghilangkan diri. aku ada banyak benda nak share... memandangkan usia aku pun dah makin kertu so cara penulisan pun dah berubah banyak. xda dag maki hamun macam dulu-dulu 😂😂😂😂

kalau dulu-dulu tulis sikit ja mula lah ayat puaka aiii. 

hampa tengok lah harini aku update blog. mungkin 4 5 tahun pulak aku muncul balik. 💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

untuk sis2 yang belum tau pasai life aku sekarang nie. nak bagitau lah... ermmmm... yang aku sekarang... ermmmm... ermmmmm **** unsur suspen .

29 Aug 2015

sara liyana - malas update story mory

ehem3.

lama gila kotttt hakak tak hupdate entry...

password nuffnang pun hakak dah lupa.....

Banyak yang hakak nak cita

tapi mandangkan perasaan malas tu membuak-buak, daku buat do no ja lah. hihihi

dulu sentiasa ah nak pikiaq tambah follower, nak naikkan income nuffnang.

sekarang semua tuh dah boleh blah,,, daku malas bangat... nak type pun tidak, nak bukak blog pun lg lah tidak.

Orang nak baca dalam blog nie pun tak dak sebenaqnya. kui3.

Bajet2 pi la tulih lagu macam orang berkenan nak baca.

nanti kalau ada masa nak update pasal dalacin t yang semakin hari semakin tak berkesan.

Kulit muka hakak yang jadik kusam & jerawat yang membuak lepaih dah tak diet...

-bersambung-

28 Feb 2015

Tips Kempis kan Perut

Hello


Ada sesapa kat sini yang ada masalah peyuttt buncit..

Perempuan ramai gak, kalau lelaki punnnnn ramai....

Tapi...................

Perempuan pun ramai yang adalah masalah dengan peyut nie.. Kawan-kawan hakak selalu dok bincang dalam whatsapp group pasal hal perut2 nie.. LOL

Kadang-kadang kurus tapi perut buncit, kadang-kadang paha besaq batang lidi tapi perut mak aiii buncit..

Bukan buncit sebab lain hokey, maybe cara pemakanan kita dan sebagai nya.. Pikir positip..

Dulu masa form 1 dulu peyut hakak memang tak tau nak cita, dengan bila duduk tayar trektar ada 3 biji kat tepi ni,berlipat2. Masa tuh memang hakak tak peduli, apa sahaja aku sebat nok..

Hampa ingat tak dulu ada pati halia mustajab, dulu ada 1 jenis ja, tak macam sekarang, berjenis2 pati tuh, tapi masa dulu tuh memang mustajab, cuma sekarang ja tak mustajab kot, dulu tiap2 malam hakak sapu kat perut, memang perut hakak jadi kempis.

Pastu kawan hakak memang dah tak zabar dah nak try pati halia nie, sapa tak mau kan perut kempis, alih2 pakai 2 bulan tak mustajab pun perut dia,, tak kempis langsung, hakak pun tak tau kenapa ...

Dari sekolah menengah sampai sekarang pinggang  hakak ukurlilit nya 23inci.

Harap-harap nanti dah beranak pinak pun masih sama la ukur lilit hakak punya pinggang.

Mak hakak dah beranak 5 pun ukurlilit pinggang 26 inci..  Tuh kira dah umur 53 tahun, kalau dedulu tah berapa la ukurlilit pinggang dia.

Sini hakak nak share sikit lah kat hampa yang ada masalah perut buncit tuh, tapi tips yang hakak kongsikan nie jangan hampa buat esok, lusa tinggai dah, selalu nya orang malas nie, hasilnya jarang jumpa yang berjaya. Trust me.....

1. Tak minum ais
*** hakak memang jenis yang minum ais tuh jarang sekali, banyak nya air mineral, dalam setahun tuh ada lah 3 4 kali je minum ais, susah kan nak tinggai?? kawan hakak sekarang nie dah tak minum ais, hasilnya perut dia dah kempis.

2. Mandi sebelum makan

3. Makan tak diselang seli dengan minum


Sebenarnya banyak lagi tips, tapi cam buat sit up tuh hakak tak rajin, so memang selama nie hakak jarang buat sit up, tapi kalau amalkan 3 benda atas nie, perut pun boleh jadi kempis. 
Mak hakak plak jenis makan nasi tak sampai separuh pinggan, sama cam hakak la, so berat dengan pinggang kami sentiasa maintain..  Buat masa sekaran lah, kalau 4 5 tahun lagi besaq gedempol tak tau lah nak kata. hahahha. jangan mai terajang hakak sebab buat cita palsu dah lerrr..

Kalau hampa betoi2 tekad mesti akan berjaya,walaupun benda tuh ambik masa sampai 2 tahun, kalau hampa jenis yang mudah beralasan, jangan kuatir, hampa tak kan dapat apa yang hampa nak, huhuhuuhuhuhu.. 

11 Feb 2015

Tips Berjimat Untuk Perempuan

Zaman sekarang nie kalau pi pasar sehari setakat bawak 10hinggit, tah boleh beli ikan sekilo ja, mau haritu ikan sekilo 12hinggit, beli la ikan setengah kilo, lagi 4hinggit, beda beli nasi lemak 4 bungkus , tuh pun nasik lemak secoet.. 
secoet = sikit


Mak hakak tiap2 hari merungut , kalau pi pasar, sehari ja 100hinggit habis, lagi 2 hari kena pi pasar balik. duit dah macam air mata air dah, katanya la.... Tapi muhung la kalau hakak katakan tak dak langsung orang kat Malaysia nie merungut, tambah2 orang melayu memang kuat merungut, bukti nya buka la page mana-mana, nampak la apa yang hakak cakap tuh.

Hampa tak yah buka page kat fb pun tak pa, nie hakak sendiri tengah merungut..

Perempuan nie memang suka perabih duit. laki pun sama, tengok meran tuh, tengah dok buat bagi Qaseh jadi kuat, esok lusa nak pi kokak si fadzil, tah berapa ribu duit dia melayang sebab nak bagi qaseh kuat..

Kadang-kadang dah masuk dalam bekas tidoqqq dah, tapi sebelum tidoqq mesti nak tengok fb, stegram dulu kan??? Ha macam hakak la jugak, last2 tidoq 3 4 pagi sebab dok survey baju, kasut, handbag cantik, Lahanat betul. esok tuh terus pi bank lepahtu transfer duit ke acc penjual. 
tidoqqq = tidur   & bekas tidoq = katil

Jadi disini hakak nak kongsi tips yang setakat nie pada hakak dah 3 bulan lah hakak boleh simpan duit walaupun 10 hinggit.. mak hakak pun gumbira nampak nya.

kaki hakak nie dah ketaq2 dah nak pi mall, tapi hakak dok tahan gak nafsu haram jadah kuat membeli nih ,pahat kan dalam hati, setakat nak beli lemon 2 bijik tak yah la pi tesco , kalau dak elok 2 3 hinggit melayang , terus jadi berpuluh..

Nafsu pompuan membeli nie bukan ley jangka, kesian kat suami-suami kat luaq sana,tambah2 dapat laki hat jenis tangkai jering, merana lagi la dia...

Ok kat sini , hakak bagi satu tips ja untuk zaman sekarang nie, tak pi mall pun, laman sesawang pun dah macam tempat membeli belah dah.

Tips nya macam nie lah,, tengok kat bawah nah...

^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
^

^
^
^

^
^
^

^
^
^

^
^

^
^

^
^

^

^
^

^
^

^
^

^

^

^
^

^
^

^
^

^
^

^
^
Sila off data handphone anda..... Ssenang.

** Once dah off data, lepas tuh wifi pun tak dak, terus tidoq, esok bangkit pi kerja, buat kerja , jangan dok surf internet teruk sangat, satg mula la nak membeli..... 


 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah