23 Jul 2013

Kucing Yang Dimanja-manja

Assalamualaikum...

Sedang kusyuk aku belek gambor2 dalam laptop nie terjumpalah gambar hewan2 ternakan aku , alkisahnya,,, hewan ternakan kasor lak bunyi nya .. alolololo...

Dalam banyak2 kucing aku sekor nie paling pe'eee nyer aku geram, asal kita nak ambik gambar jer mesti nak berpaling ke atas bawah kiri kanan... masa awal kita tengah zoom gambar dia ok jer nengok camera tapi bila kita nak shoot jer automatik terus muka dia dah xjadik kucing.. Nak marah sayang tapi nyakit kan hati tuan pandai lak dia..

Tapi satu jer dengan dia nie, mak aku layan macam anak dia sendiri, siap beli kan patung g tuh, macam aku ada adik plak 3 4 orang kat belakang.. Makan ikan nak kena suap, tido nak kena tidor sekali, kadang-kadang heran jugak aku nengok mak aku layan si kucing-kucing nie, kena aku buat salah siap bising bagai, kalau kucing kasi jatuh pinggan ke muntah rata ke, xde nyer dia nak mengamuk..

gmbar time xtahan nak terberak,, euwwww

Gambar sibuk nak landing

Dia nie satu jer best, naik keta xde bising nak panjat sana sini, tido jer

Dari kecik sampai besor asyik nak tido time dlm ketor

tidor buai bagai

tempat tido feveret, 



siput walabi kesayangan


tido pun nak siput jugak!
Bila tengok balik gambar-gmbar nie mesti rasa terjentik nyer jiwa nak ketawa, kalau pergi kerja tengok video pasal kucing ke hapa ke, alpaca ke,singa ke, rimau ke, aku kompem geram n ingat kucing aku, rasa macam nak pergi kerja nak hangkut semua hewan2 ternakan ....

24 May 2013

Hiking Di Bukit 8888 Pokok Sena

Dalam kehidupan aku yang tak seindah dakapan Aoran aziz nie, tak da nya aku selalu membuang masa bangun pagi membuat aktiviti.

Jogging lepas subuh lagi lah aku tak buat.

Masak nasi lemak seusai pagi, harammmmm.

Beli nasi lemak sesudah mentari di ufuk timur menegak , harammmm.

Hari nie dalam sejarah, sesudah subuh bersiap awal semata ku nak tawan bukit 8888 yang xsemenggah mana pun

Tebiat orang melayu kunci jam pukul 6 tapi snooze nye 10x,weekends katakan. Akhir sekali pukul 6 jadi pukul 7.

Selalunya aku kalau nak buat satu-satu benda waktu pagi yang memerlukan perahan  keringat, aku jarang tak ambik breakfast, dalam kereta pun ku hadam breakfast macam makan dalam 5star hotel.

Kalau tak ambik breakfast takut gak ah, mana tau mau terkejang atas bukit sana, muntah hijau adik beradik aku nak angkat turun bawah bukit, tah keras atas bukit sampai ke malam.

Hidup aku nie bak mawar berkembang separuh terbuka, tak comel langsung, panjat bukit baru 2kali, tuh pun sebab ikut aktiviti sekolah, nak cerita dekat orang pun xsyok langsung.

Kalau cerita hari nie hiking Gunung Kinabalu, esok hiking Gunung Kalimanjorasaporna baru ah orang baca terus rasa nak pitam nak tercirit, setakat naik bukit sejam setengah naik juling mata pun dak..

Selalunya jugak, aku kalau nak jogging waktu petang, selalu aku exercise dulu, almaklumlah urat-urat zaman dah 20 an cepat sangat nak terkejang sana sini, tambah2 nak naik bukit, time-time tuh lah nak bersimpul kasih semua. Dari rasa nak terpitam terkeras sana sini baik nya stretching.

Disebabkan hari tuh aku tangkap gambar guna camera cap hayam dan kebetulan self confident aku masih di bawah bukit walaupun aku tengah tangkap gambar kat atas puncak, jadi aku edit post nie dengan gambar dari camera cap baik sikit dari ayam.

Kali nie self confident dah tak tercongok bawah bukit tapi ada bersama dengan aku atas puncak.

Mohon sesiapa yang terbaca blog nie jangan pulak terjentat fius otak lepas tengak gambar disini.





















Peneman sepanjang perjalanan, sweet angat!
Bagi yang tertanya-tanya mana lokasi Bukit 8888 nie, Lokasi dia di Pekan Pokok Sena Kedah.

Bila rujuk peta, atau google tentang Pokok Sena , ketahuilah anda bahwa masyarakat disini baik serta cantik belaka orang nya.

Dan selalu orang yang baca blog orang pokok sena tulis, banyaknya mimpi ngeri dimalam hari.


(Maaf semua, ayat yang digunapakai sangat cilakeeeee , malaih pulak nak edit, - edited *** sara liyana)

10 May 2013

Kurti Dan Punjabi Suit Murah

Hello blogger,
Aku xnak mukadimmah dah ngan korang tapi aku nak terus tanya soklan cemu mas gangsa kat korang, uolls sekalian nie ada tak yang suka lagu tamil??Haku suka bangat tau, aku nak korang pun suka!cepat cepat suka, kalau takkkkkkkkkkkkkkk korang aku sebat sorang2 ye!!

Nway Iolls sekarang dah xtahu asal suka sangat lagu tamil+hindustan. Naik kereta tak dengar lagu tamil ngan hindustan memang tak sah ye,,Dil to pagal hai dil deewana hai, pehli pehli baar milaata hai yehi, seena meein phir aag lagaata hai!! Ops ternyanyi lak kat korang, Kadang2 rasa macam manisha koirala plak haku yang gojes nih, kihkihkih, pagal kau sara! Pergi berambus perasaan gila kau tuh!!!!!!

Actually aku nak cerita kat korang mana  tempat yang selalu aku shopingg punjabi suit nih. Eh macam selalu lak aku beli ye, kihkih, padahal baru sekali. Jap ye nak kasi link, Korang leh sabar tak?? Korang kalau tak tau mana nak cari baju2 macam kareena kapoor ke karisma kapoor ke kapoor barus ke bole lah contact dalam facebook punjabi suit & website punjabi suit, harga dia agak berpatutan dan baru aku tau yang punjabi suit agak mahal lah bagi yang tak mampu macam haku nie, tapi korang kalau suka pakai punjabi suit nie aku rasa korang leh gila tengok website dia. Gila wa cakap sama lu, gilerr ar gempak!!Banyak kot yang cantik-cantik. Sorry2 aku cam lebih-lebih plak, maaf k.

Disamping servis yang sangat memuaskan hati dan penghantaran yang percuma ke seluruh negara aku rasa sangat gembira dan sentiasa menunggu sape2 yang murah hati nak derma sikit duit kat haku nak bershoping, Haku nak tunjuk gambar aku pakai baju kurti kat korang, kalau rasa nak kutuk2 nanti aku piat korang sorang sikit, tengok je jangan nak kutuk2,

salam namaste from tesco alor star, mohon lihat baju kareena kapoor aku yang gojes tuh.

Kalau rasa malas nak beli online pergi jer Kamdar, macam-macam ada nokk..Nanti kalau korang dah beli, korang jangan lupa belanja aku okkkkk!!Bye



18 Apr 2013

Jangan mudah ditipu

Hye. Hari nie aku nak berkongsi cerita tak berapa nak menarik dengan korang. Cerita yang amat panjang so kalau rasa tak sanggup sila lah ambil pop corn untuk menemani waktu anda yang sangat panjang ini. Cerita nie pasal adik aku yang kena tipu membebi buta masa nak beli smart pong.

2minggu lepas aku temankan adik aku yang dah terkinja-kinja nak smartpong, dia punya tahap nak2 kan smartpong tuh dah tak boleh sekat2 dah. Aku nie lebih kurang driver tak berbayar dia lah, kalau dia kata nak ke si tu aku bawak ke situ lah kalau nak kesana ke bawak nya kesana lah, ye2 aku tau susah kan nak cari kakak yang baik hati macam nie. Xpe2 aku faham korang tengah puji aku.

Dari dalam kete lagi dia cakap dia tak nak  beli smartphone yang made in China punya. Aku tanya dia dalam banyak2 pilihan handfone apa yang dia nak beli, adik aku pilih samsung Ace atau sebarang Galaxy yang murah.

Bila dah survey sepanjang kedai handfone dalam City Plaza tuh dia pun terdampar lah dekat satu kedai nie. Tokey kedai tuh cadangkan  dia beli Samsung Ace plus @ Samsung Galaxy SIII. Harga asal hp yang kedai letak RM 900.00(Samsung Galaxy SIII) & RM Ace plus (RM 650). Jadah apa murah sangat samsung SIII tuh 900 je. Adik aku xnak sIII tuh sebab dia pun dapat agak hp china, tapi mati-matian tokey tuh yakinkan adik aku tuh bukan hp datang dari china.

Lemah betul zahir adik aku nie. Dia caye cakap tokey kedai hp tadi, aku dah kutil2 dia & pesan jangan percaya cakap tuan empunya kedai tadi. Tapi dia degil, tak nak dengar cakap aku. Dia nak jugak beli S3 tadi. Kang aku kata dia bongok mesti dia marah punya.

Lepas mintak kurang apa suma, tokey tuh setuju kasi kurang jadik 850 tapi tak dapat accessories langsung, cuma dia bagi antivirus. Ntah antivirus jadah apa dia bagi aku pun xtau lah. Pastu tokey tuh blah g kedai dia yang satu lagi, kata nya nak masuk kan software anti virus, games  & lagu2. Lepas dah settle dia cakap tambah lagi 15 hinggit kalau nak pasang tinted. Mintak free mati2 dia xkasi. Ok total sekarang jadi balik RM 865. Dalam hati aku jap g kalau dia blah g kedai dia yang satu lagi n then datang balik mesti harga hp nie akan lebih dari yang ada kat tanda harga hp tuh.

Lepas dia datang balik dia suruh adik aku update software tak tahu nama kat dalam hp dia. 4gb terus, katanya laju yang amat2, tapi kena caj lagi RM30. Dia siap tunjuk resit bayaran customer dia yang dulu lagi, customer lama dia caj RM 100 tapi adik aku punya pasal RM 30 je. Dia psyco adik aku mati-matian. Sekali lagi aku kutil dia, cakap xyah la nak bazirkan duit buat benda yang terang2 dia tgh psyco kita, tapi adik aku tahap degil & bongok sukar nak gambarkan. Aku malas layan dia so aku decide nak g cuci mata tengok baju2 ke kasut ke hapa benda yang laqo lah.

Lepas 10minit aku pergi balik dekat adik, nampak dia tengah bawak keluar duit, sekali tengok resit ambik kau harga dia RM 950, kan aku dah kata tadi harga tetap akan jadi lebih dari tanda harga kat hp.

Pagi esok tuh adik aku baru cita yang hp dia betul2 made in korea. Snap picture pun gambar cam hantu, tak nampak orang,dekat kedai semalam gambar gila nak mampus cantik, balik rumah shake sana sini. Buka you tube suma tulisan cina, whatsapp download tapi tak bole guna, hp nak slide susah padahal masa kat kedai tadi touch sikit dah kemana hala jalannya. Dekat belakang hp ada tulis made in Korea. Warranty card pun tak da walhal dia kata warranty 1 tahun.

Adik aku xpuas hati so dia pergi balik tanya tokey kedai hp siot tuh. Mati2 tokey idiot tuh tak ngaku, dia tipu dia kata semua hp samsung made in korea. Hp susah touch & selalu hang je sebab games talking tom. Tetiba ja gambar dekat sana cantik tertarik kau memang de bomm. Korang tahu sebab ape? Sebab lighting effect dia.Adik aku nak tukar Ace, biar murah tapi nampak cam bukan made in China, korang rasa dapat tak dia tukar? Jangan harap lah nak dapat, baru guna tak sampai 24 jam dah kena tambah RM 200 lagi kalau nak dapat Ace. Bayang kan RM1050 adik aku nak kena laburkan.

Adik aku dah fedup sebab terang-terang dia kena tipu, menyesal tak ada guna. Nak pergi report pun macam tak ada guna ja. Sekarangg hp dia terbiar layu jer, nak taip sms bila tekan O jadi P, tekan Q jadi W. Sape tak sakit hati. Biasa lah perempuan kalau dah kena tipu nak melawan sikit pun dah takut. Berapa hari lepas kejadian adik aku jadi tipah tertipu tuh ada orang cerita kat dia hp SIII made in Korea only RM 250 je. Wadefak!Tersembul muntah adik aku time tuh.

Moral dari cita yang aku nak sampai kan nie, pertama kalau nak beli hp bawak orang yang lebih mahir & lelaki yang pandai cakap supaya susah untuk kita ditipu, kedua plak kalau kakak dah melarang kita buat sesuatu benda tuh mesti ada sebab kanzz, adik2 pun kena lah dengar.Cewah macam mak2 lak aku nie. Pengalaman mematangkan kita.

4 Apr 2013

Produk hilang kan kelemumur-Selsun Blue Shampoo

Hyep. Hari nie malas nak bermukadimah dah.Sesapa ada kelemumur banyak angkat tangan garuk kelpala suma. Jangan nak malu-maluan, hampa dengan aku sama ja, cuma kalau boleh aku nak lagi elok ar pada hampa,.

Rambut aku nie jenis tebal lepahtu kering ditambah pulak dgn kelemumur yang berkuping dan terlebih degil. Euww! Pedia hampa !!Geli ka...

Dah bermacam-macam shampoo dah try tapi hasil dia tetap banyak. Last sekali aku pakai head&shoulder punya shampoo.2minggu pakai dah kurang sikit. Lepas tuh aku ada cita kat kawan aku yang dandruff dah kurang lah(sambil bangga ). dia cakap jgn awal sgt nak kembang kempis hidung tuh.wadepak. 

Memang betui pun.. Taik minyak sungguh!!!!!

Kali ini sekali garu masyallah berminyak2 dalam kuku, macam tahik kelemumur hampa tau. Dah try baru tau yang mana satu xsesuai dengan kita. .Kalau boleh dalam rumah tuh nak buh kepala dalam tudung saji mak aku.Malu hampa tau.

So aku tanya kawan aku tau dak macam mana nak hilang kan kelemumur.Aku ingatkan dia nak bagi petua mcm letak arang ka tak pun letak minyak gas ka, tapi dia suggest kan pakai Shampoo Selsun Blue. Tak salah aku ada 4 jenis shampoo nie. Berbeza mengikut warna penutup. Lani aku baru acah-acah guna 2 jenis shampoo nie. Penutup warna biru dan merah.

First trial aku guna penutup warna biru sebab pharmacist habaq mai kat aku kalau rasa kelemumur tahap nak runtuh tengkorak semua elok la pakai warna biru tuh. Dah 3x guna warna biru so aku cuba plak yang warna merah , yang nie enriched with menthol. Rasa nyaman dan relax dok dalam kolah ka bilik air rumah bila pakai shampoo nie.Sejuk kulit kepala.

Setia aku hanya pada produk yang benar2 berkesan kat aku ja. So shampoo selsun blue memang benar2 effective dan boleh di recommended kat hampa semua. Mana nak cari? Boleh di beli di Farmasi dengan harga Rm19.90(120ml), kekerapan penggunaan adalah 2kali seminggu untuk keberkesanan yang baik.

Semasa penggunaan shampoo nie hampa kena elak dari pakai barang kemas ka hapa ka untuk mengelakkan kerosakan. Aku xpasti kerosakan yang mcm mana, sebab aku nak pakai barang kemas pun pikiaq siang malam sampai nak runtuh syiling dok tengok tiap-tiap malam.

Masa nak pakai syampoo tuh, hampa kena buat 2kali, mula-mula tuh tonyoh kepala hampa dengan syampoo lepas tuh tunggu 3minit lebih kurang, bilas sekali, lepas bilas tuh tonyoh sekali lagi kepala hampa ngan syampoo tuh.

Hampa mesti nak tengok gambar kan? aku nie jenis malas , tak dak nya nak tangkap-tangkap gambaq bagi free, kita mintak  ehsan dari en google sajoo.

yang paling atas penutup warna merah(medicated formula), hijau(moisturizing  formula), biru(normal to oily formula), ungu(shampoo & conditioner)


***yang mana satu nak pakai ye? Ok fikir mana satu nak pakai dulu k. Semua nya berkesan dan tak memudaratkan kesihatan.

7 Mar 2013

Produk efektif hilangkan jerawat- Dalacin T

Aku memang jenis malas nak update blog, kalau boleh edit blog memang aku rajin, kalau boleh sembang memang aku rajin, kalau sembang muhung ka kencang ka ,owh hat tuh xyah kata la...

Lani aku nak cerita sikit  masa aku muda dulu, maksud muda tuh bila dah remaja. Lani pun remaja jugak, cuma remaja kertu namanya.

Muda belia dan remaja dulu muka aku nie nak kata teruk takdak lah sangat sangat tapi memang teruk pun cuma comei tuh tak penah hilang. Jerawat atas hidung kalau tak besar penyepak tak sah. Kadang-kadang naik atas pala dai.  Paling banyak naik time dekat nak period.

Macam-macam produk dah aku pakai. Lagi pakai lagi naik banyak. Petua nie banyak tak sangka dah dapat, kalau boleh tembus kocek dah lama tembus.

Antara  petua nya letak colgate, sapu minyak cap kapak lah dan ada juga nasihatkan jangan makan ayam, sambal belacan,budu dan yang boleh sebab kan resdung. Gila hapa tak makan budu. Tuh dah pantang tengok terus nak ngap ja nasi. Kisah apa aku dengan resdung, janji aku boleh makan budu, tapi aku kisah ar kalau ada jerawat.

Aku punya jerawat sekali mai , nakharom besar sampai boleh tercirit orang hat tengok. Lepas dah surut naik lagi. Kira masa aku sekolah dulu jerawat mesti naik atas batang hidung. Hampa penah tengok badak sumbu??? Ha macam badak sumbu punya apa tah atas batang hidung tuh, aku lupa.

Jerawat aku nie jenis dengki. Bukan sikit tapi banyak, kalau nak naik mesti naik atas batang hidung,tepi hidung, dalam hidung. Biadap sungguh jerawat nie.

Sejak tengok muka aku makin teruk ada lah mamat nie cadangkan aku pakai  produk "Dalacin T" dan pencuci muka "Cetaphil". Tapi oleh kerana aku tergolong dalam pelajar yang tidak mampu berbelanja mewah so aku pilih untuk try produk Dalacin T ja. Pertama kali beli memang lah rasa macam menyesal. Habis duit kot! Satu botol RM 42 dah lah kecik. Tapi harga dia tak sama noh, lain-lain ikut farmasi. Sat lagi farmasi hampa juai RM 50 lepas tuh dok mai carutsss aku kata cerita muhung.

Mak pesan kalau nak pakai produk apa pun pastikan sapu satu muka. Nanti berkesan untuk semua part. Erk? Rasa macam sayang kan tapi dah memang bertekad nak hilangkan jerawat, melabur sikit pun dah kurang kisah sangat. Alhamdullilah setelah 4 botol dah kecundang di tangan aku, maka hasilnya amat memuaskan.

Lanie botol hat no 5 ada baik ja dalam beg, Kalau dia mai lagi jerawat tuh, aku piap piap piap dengan Dalacin T aku.

Perubahan memang ketara dan dah xjadi badak sumbu lagi dah macam dulu. Tapi Dalacin T tetap standby kot2 naik lagi. Cepat kita sapu cepat lah dia hilang jerawat.Sangat mujarab. Perempuan,period dan jerawat bukan sesuatu yang misteri lagi.


22 Jan 2013

guinea pig

Hye! Jumpa lagi kita ye.. Hari nie ada beberapa tips mengenai GP yang bakal dikongsikan bersama, sama ada boleh digunapakai atau xboleh pakai langsung.Khas buat pemilik GP yang baru berjinak dengan dunia haiwan.chewah. Benda apapun mesti ada kebaikan dan keburukan. Dan korang juga perlu tahu asas2 nak membela GP. Kalau korang nak bela binatanggg apa pun,perlu lah tahu asas dia sikit2 walaupun xbanyak. Aku kat sini nak kongsi serba sikit tips yang patut tahu.

1.  Pemilihan kandang patut ambilkira.Bila beli cage seeloknya beli lah cage yang besar terus walaupun masa baru menganak angkat kan dia baru besar jari. GP sangat xsesuai tinggal dalam kandang hamster. Lagipun dia cepat membesar. Minggu nie tengok besar jari esok tengok dah besar lengan. Eh tipu jer besar lengan tuh. Lagipun bila kandang dah besar senang sikit dia nak exercise sana-sini, stimulation, aman damai, boleh buat pesta arkus, yang paling penting senang korang nak bersih tahik2 arkus debab nie.

2.GP nie kuat makan. So dia punya pee n poo akan banyak.Lagi besar badan dia lagi banyak lah poo yang dihasilkan. If pallet dia dah habis bantai jela sayur2 dalam ice box tuh. Paling paveret dia timun. Orang baru balik dari pasar dia kat sini dah bunyi kuat. Xpun beli laksa dia dah cam bau. peveret lain yang dihadapnya rumput.Pellet yang murah korang cari lah Gold Coin. Sekilo RM 2 jer. 

3. GP boleh mempelajari laluan kompleks makanan & boleh ingat mana laluan untuk ke cage sendiri walaupun dah sesat dalam rumah. Makna kata pandai kau keluar pandai lah kau masuk sendiri.

4.Sebaiknya letak kan floor mat dalam cage GP. Kaki GP sangat sensetif dengan jaring lapik dan akibatnya kaki GP tercedera seakan2 bernanah dan berwarna putih melecur.

5. GP sangat alert dengan sebarang pergerakan dan bunyi. Senang cakap binatang yang penakuit. Jadi dia akan mula mengigit bila dia terkejut. Setakat terkejut dengan tangan tuan sendiri tuh perkara biasa. Tapi lama2 dia akan ok. Bila nak pegang tuh kena lembut2. Alah bisa tegal biasa.

6. Jangan lupa plak ye nak mandikan GP nie. Mandikan dengan air panas + air sejuk= air suam. Memang have fun lah dia mandi. Tapi jangan kasi telinga masuk air sudah. Nanti tingtong. GP xkan lemas rasanya sebab dia pandai berenang. 

7. Air minuman & pellet dia korang kena topup setiap hari. kan dah cakap tadi dia kuat makan sebab tuh debab lain macam. makan kalah mak nenek.

8.Ditengah2 diantara kepala dan badan GP(eh betul ke posisi dia. Abaikan kalau salah) seakan2 ada satu peti suara. So nak dengar bunyi dia tarik slow kulit dia tuh.Kekadang pegang sikit kawasan tuh pun dah kuar bunyi. Jadi dia akan bertindak balas dengan keluarkan bunyi "wheek" bila terasa kehadiran pemilik dia. Xpun dia lapar, makanan& minuman habis, dan ada sesuatu yang terjadi. 

9. kalau nak membela GP ke apa ke perlu kan kerajinan. Kalau dari awal korang malas susah lah sikit, berangan boleh lah. Korang pikior awal2 sanggup ke nak basuh cage, buang poo n pee, tambah air+ makanan tiap2 hari, mandi kan dia. Sanggup ke?Aku sanggup, asalkan dapat menghadap muka comel dia. hiuhiuhiu.



9 Jan 2013

hadiah untuk kekasih

   FUHH!!!!Lama bebenor tak menaip entry. Berkulat dah blog nie. Berkulat macam baju masam.

Nak cari hadiah zaman teknologi ni bukan senang dah. Demand terlebih. Kalau nak hadiah kan handphone xnak hp murah kalau boleh paling canggih,pastu bila nak bergayut dengan bf/gf ka nak handphone yang bole screen shoot. Bukan senang nak cari hadiah untuk mak, ayah, adik kakak,dan *****. Yang terlintas dekat kepala pun rasa macam xda function ja. Dekat mak ayah senang lah nak kasi hadiah sebab kita tahu taste mak ayah macam mana. Senang ja wei  congak nak beli janji ada pulus nya. Hat yang xdak pulus tapi rasa nak bagi hadiah ,duit sila lah menabung sekupang dua kupang tiap2 hari .....

Bila nak cari hadiah mesti ada masalah, Mesti awak2 yang tengah baca blog nie pun alami masalah yang sama kan.


Disini aku senaraikan bentuk2 hadiah yang boleh tahan murah tuk dijadikan inspirasi buat hadiah ke hesben atau sapa-sapa berserta  nama setegram dan blog.

Jam yang cantik dan murah nakhare - atenayuni_shopaholic (setagram)

Baju murah dan cantik -kaleerful (setagram) harap bersabar kalau nak whatsapp ig kawan nie
                                   - Gayekinisha (setagram)
                                   - Hijrahbyfelinna

Barangan berjenama yang murah seperti makeup perfume  - Bestbuy world

Handbag -stylista_handbag

Pandora lovers- lyrae's collection

Barangan lelaki dan perempuan -nile

***edited-sara liyana

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah