18 Apr 2013

Jangan mudah ditipu

Hye. Hari nie aku nak berkongsi cerita tak berapa nak menarik dengan korang. Cerita yang amat panjang so kalau rasa tak sanggup sila lah ambil pop corn untuk menemani waktu anda yang sangat panjang ini. Cerita nie pasal adik aku yang kena tipu membebi buta masa nak beli smart pong.

2minggu lepas aku temankan adik aku yang dah terkinja-kinja nak smartpong, dia punya tahap nak2 kan smartpong tuh dah tak boleh sekat2 dah. Aku nie lebih kurang driver tak berbayar dia lah, kalau dia kata nak ke si tu aku bawak ke situ lah kalau nak kesana ke bawak nya kesana lah, ye2 aku tau susah kan nak cari kakak yang baik hati macam nie. Xpe2 aku faham korang tengah puji aku.

Dari dalam kete lagi dia cakap dia tak nak  beli smartphone yang made in China punya. Aku tanya dia dalam banyak2 pilihan handfone apa yang dia nak beli, adik aku pilih samsung Ace atau sebarang Galaxy yang murah.

Bila dah survey sepanjang kedai handfone dalam City Plaza tuh dia pun terdampar lah dekat satu kedai nie. Tokey kedai tuh cadangkan  dia beli Samsung Ace plus @ Samsung Galaxy SIII. Harga asal hp yang kedai letak RM 900.00(Samsung Galaxy SIII) & RM Ace plus (RM 650). Jadah apa murah sangat samsung SIII tuh 900 je. Adik aku xnak sIII tuh sebab dia pun dapat agak hp china, tapi mati-matian tokey tuh yakinkan adik aku tuh bukan hp datang dari china.

Lemah betul zahir adik aku nie. Dia caye cakap tokey kedai hp tadi, aku dah kutil2 dia & pesan jangan percaya cakap tuan empunya kedai tadi. Tapi dia degil, tak nak dengar cakap aku. Dia nak jugak beli S3 tadi. Kang aku kata dia bongok mesti dia marah punya.

Lepas mintak kurang apa suma, tokey tuh setuju kasi kurang jadik 850 tapi tak dapat accessories langsung, cuma dia bagi antivirus. Ntah antivirus jadah apa dia bagi aku pun xtau lah. Pastu tokey tuh blah g kedai dia yang satu lagi, kata nya nak masuk kan software anti virus, games  & lagu2. Lepas dah settle dia cakap tambah lagi 15 hinggit kalau nak pasang tinted. Mintak free mati2 dia xkasi. Ok total sekarang jadi balik RM 865. Dalam hati aku jap g kalau dia blah g kedai dia yang satu lagi n then datang balik mesti harga hp nie akan lebih dari yang ada kat tanda harga hp tuh.

Lepas dia datang balik dia suruh adik aku update software tak tahu nama kat dalam hp dia. 4gb terus, katanya laju yang amat2, tapi kena caj lagi RM30. Dia siap tunjuk resit bayaran customer dia yang dulu lagi, customer lama dia caj RM 100 tapi adik aku punya pasal RM 30 je. Dia psyco adik aku mati-matian. Sekali lagi aku kutil dia, cakap xyah la nak bazirkan duit buat benda yang terang2 dia tgh psyco kita, tapi adik aku tahap degil & bongok sukar nak gambarkan. Aku malas layan dia so aku decide nak g cuci mata tengok baju2 ke kasut ke hapa benda yang laqo lah.

Lepas 10minit aku pergi balik dekat adik, nampak dia tengah bawak keluar duit, sekali tengok resit ambik kau harga dia RM 950, kan aku dah kata tadi harga tetap akan jadi lebih dari tanda harga kat hp.

Pagi esok tuh adik aku baru cita yang hp dia betul2 made in korea. Snap picture pun gambar cam hantu, tak nampak orang,dekat kedai semalam gambar gila nak mampus cantik, balik rumah shake sana sini. Buka you tube suma tulisan cina, whatsapp download tapi tak bole guna, hp nak slide susah padahal masa kat kedai tadi touch sikit dah kemana hala jalannya. Dekat belakang hp ada tulis made in Korea. Warranty card pun tak da walhal dia kata warranty 1 tahun.

Adik aku xpuas hati so dia pergi balik tanya tokey kedai hp siot tuh. Mati2 tokey idiot tuh tak ngaku, dia tipu dia kata semua hp samsung made in korea. Hp susah touch & selalu hang je sebab games talking tom. Tetiba ja gambar dekat sana cantik tertarik kau memang de bomm. Korang tahu sebab ape? Sebab lighting effect dia.Adik aku nak tukar Ace, biar murah tapi nampak cam bukan made in China, korang rasa dapat tak dia tukar? Jangan harap lah nak dapat, baru guna tak sampai 24 jam dah kena tambah RM 200 lagi kalau nak dapat Ace. Bayang kan RM1050 adik aku nak kena laburkan.

Adik aku dah fedup sebab terang-terang dia kena tipu, menyesal tak ada guna. Nak pergi report pun macam tak ada guna ja. Sekarangg hp dia terbiar layu jer, nak taip sms bila tekan O jadi P, tekan Q jadi W. Sape tak sakit hati. Biasa lah perempuan kalau dah kena tipu nak melawan sikit pun dah takut. Berapa hari lepas kejadian adik aku jadi tipah tertipu tuh ada orang cerita kat dia hp SIII made in Korea only RM 250 je. Wadefak!Tersembul muntah adik aku time tuh.

Moral dari cita yang aku nak sampai kan nie, pertama kalau nak beli hp bawak orang yang lebih mahir & lelaki yang pandai cakap supaya susah untuk kita ditipu, kedua plak kalau kakak dah melarang kita buat sesuatu benda tuh mesti ada sebab kanzz, adik2 pun kena lah dengar.Cewah macam mak2 lak aku nie. Pengalaman mematangkan kita.

4 Apr 2013

Produk hilang kan kelemumur-Selsun Blue Shampoo

Hyep. Hari nie malas nak bermukadimah dah.Sesapa ada kelemumur banyak angkat tangan garuk kelpala suma. Jangan nak malu-maluan, hampa dengan aku sama ja, cuma kalau boleh aku nak lagi elok ar pada hampa,.

Rambut aku nie jenis tebal lepahtu kering ditambah pulak dgn kelemumur yang berkuping dan terlebih degil. Euww! Pedia hampa !!Geli ka...

Dah bermacam-macam shampoo dah try tapi hasil dia tetap banyak. Last sekali aku pakai head&shoulder punya shampoo.2minggu pakai dah kurang sikit. Lepas tuh aku ada cita kat kawan aku yang dandruff dah kurang lah(sambil bangga ). dia cakap jgn awal sgt nak kembang kempis hidung tuh.wadepak. 

Memang betui pun.. Taik minyak sungguh!!!!!

Kali ini sekali garu masyallah berminyak2 dalam kuku, macam tahik kelemumur hampa tau. Dah try baru tau yang mana satu xsesuai dengan kita. .Kalau boleh dalam rumah tuh nak buh kepala dalam tudung saji mak aku.Malu hampa tau.

So aku tanya kawan aku tau dak macam mana nak hilang kan kelemumur.Aku ingatkan dia nak bagi petua mcm letak arang ka tak pun letak minyak gas ka, tapi dia suggest kan pakai Shampoo Selsun Blue. Tak salah aku ada 4 jenis shampoo nie. Berbeza mengikut warna penutup. Lani aku baru acah-acah guna 2 jenis shampoo nie. Penutup warna biru dan merah.

First trial aku guna penutup warna biru sebab pharmacist habaq mai kat aku kalau rasa kelemumur tahap nak runtuh tengkorak semua elok la pakai warna biru tuh. Dah 3x guna warna biru so aku cuba plak yang warna merah , yang nie enriched with menthol. Rasa nyaman dan relax dok dalam kolah ka bilik air rumah bila pakai shampoo nie.Sejuk kulit kepala.

Setia aku hanya pada produk yang benar2 berkesan kat aku ja. So shampoo selsun blue memang benar2 effective dan boleh di recommended kat hampa semua. Mana nak cari? Boleh di beli di Farmasi dengan harga Rm19.90(120ml), kekerapan penggunaan adalah 2kali seminggu untuk keberkesanan yang baik.

Semasa penggunaan shampoo nie hampa kena elak dari pakai barang kemas ka hapa ka untuk mengelakkan kerosakan. Aku xpasti kerosakan yang mcm mana, sebab aku nak pakai barang kemas pun pikiaq siang malam sampai nak runtuh syiling dok tengok tiap-tiap malam.

Masa nak pakai syampoo tuh, hampa kena buat 2kali, mula-mula tuh tonyoh kepala hampa dengan syampoo lepas tuh tunggu 3minit lebih kurang, bilas sekali, lepas bilas tuh tonyoh sekali lagi kepala hampa ngan syampoo tuh.

Hampa mesti nak tengok gambar kan? aku nie jenis malas , tak dak nya nak tangkap-tangkap gambaq bagi free, kita mintak  ehsan dari en google sajoo.

yang paling atas penutup warna merah(medicated formula), hijau(moisturizing  formula), biru(normal to oily formula), ungu(shampoo & conditioner)


***yang mana satu nak pakai ye? Ok fikir mana satu nak pakai dulu k. Semua nya berkesan dan tak memudaratkan kesihatan.
 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah