24 May 2013

Hiking Di Bukit 8888 Pokok Sena

Dalam kehidupan aku yang tak seindah dakapan Aoran aziz nie, tak da nya aku selalu membuang masa bangun pagi membuat aktiviti.

Jogging lepas subuh lagi lah aku tak buat.

Masak nasi lemak seusai pagi, harammmmm.

Beli nasi lemak sesudah mentari di ufuk timur menegak , harammmm.

Hari nie dalam sejarah, sesudah subuh bersiap awal semata ku nak tawan bukit 8888 yang xsemenggah mana pun

Tebiat orang melayu kunci jam pukul 6 tapi snooze nye 10x,weekends katakan. Akhir sekali pukul 6 jadi pukul 7.

Selalunya aku kalau nak buat satu-satu benda waktu pagi yang memerlukan perahan  keringat, aku jarang tak ambik breakfast, dalam kereta pun ku hadam breakfast macam makan dalam 5star hotel.

Kalau tak ambik breakfast takut gak ah, mana tau mau terkejang atas bukit sana, muntah hijau adik beradik aku nak angkat turun bawah bukit, tah keras atas bukit sampai ke malam.

Hidup aku nie bak mawar berkembang separuh terbuka, tak comel langsung, panjat bukit baru 2kali, tuh pun sebab ikut aktiviti sekolah, nak cerita dekat orang pun xsyok langsung.

Kalau cerita hari nie hiking Gunung Kinabalu, esok hiking Gunung Kalimanjorasaporna baru ah orang baca terus rasa nak pitam nak tercirit, setakat naik bukit sejam setengah naik juling mata pun dak..

Selalunya jugak, aku kalau nak jogging waktu petang, selalu aku exercise dulu, almaklumlah urat-urat zaman dah 20 an cepat sangat nak terkejang sana sini, tambah2 nak naik bukit, time-time tuh lah nak bersimpul kasih semua. Dari rasa nak terpitam terkeras sana sini baik nya stretching.

Disebabkan hari tuh aku tangkap gambar guna camera cap hayam dan kebetulan self confident aku masih di bawah bukit walaupun aku tengah tangkap gambar kat atas puncak, jadi aku edit post nie dengan gambar dari camera cap baik sikit dari ayam.

Kali nie self confident dah tak tercongok bawah bukit tapi ada bersama dengan aku atas puncak.

Mohon sesiapa yang terbaca blog nie jangan pulak terjentat fius otak lepas tengak gambar disini.





















Peneman sepanjang perjalanan, sweet angat!
Bagi yang tertanya-tanya mana lokasi Bukit 8888 nie, Lokasi dia di Pekan Pokok Sena Kedah.

Bila rujuk peta, atau google tentang Pokok Sena , ketahuilah anda bahwa masyarakat disini baik serta cantik belaka orang nya.

Dan selalu orang yang baca blog orang pokok sena tulis, banyaknya mimpi ngeri dimalam hari.


(Maaf semua, ayat yang digunapakai sangat cilakeeeee , malaih pulak nak edit, - edited *** sara liyana)

10 May 2013

Kurti Dan Punjabi Suit Murah

Hello blogger,
Aku xnak mukadimmah dah ngan korang tapi aku nak terus tanya soklan cemu mas gangsa kat korang, uolls sekalian nie ada tak yang suka lagu tamil??Haku suka bangat tau, aku nak korang pun suka!cepat cepat suka, kalau takkkkkkkkkkkkkkk korang aku sebat sorang2 ye!!

Nway Iolls sekarang dah xtahu asal suka sangat lagu tamil+hindustan. Naik kereta tak dengar lagu tamil ngan hindustan memang tak sah ye,,Dil to pagal hai dil deewana hai, pehli pehli baar milaata hai yehi, seena meein phir aag lagaata hai!! Ops ternyanyi lak kat korang, Kadang2 rasa macam manisha koirala plak haku yang gojes nih, kihkihkih, pagal kau sara! Pergi berambus perasaan gila kau tuh!!!!!!

Actually aku nak cerita kat korang mana  tempat yang selalu aku shopingg punjabi suit nih. Eh macam selalu lak aku beli ye, kihkih, padahal baru sekali. Jap ye nak kasi link, Korang leh sabar tak?? Korang kalau tak tau mana nak cari baju2 macam kareena kapoor ke karisma kapoor ke kapoor barus ke bole lah contact dalam facebook punjabi suit & website punjabi suit, harga dia agak berpatutan dan baru aku tau yang punjabi suit agak mahal lah bagi yang tak mampu macam haku nie, tapi korang kalau suka pakai punjabi suit nie aku rasa korang leh gila tengok website dia. Gila wa cakap sama lu, gilerr ar gempak!!Banyak kot yang cantik-cantik. Sorry2 aku cam lebih-lebih plak, maaf k.

Disamping servis yang sangat memuaskan hati dan penghantaran yang percuma ke seluruh negara aku rasa sangat gembira dan sentiasa menunggu sape2 yang murah hati nak derma sikit duit kat haku nak bershoping, Haku nak tunjuk gambar aku pakai baju kurti kat korang, kalau rasa nak kutuk2 nanti aku piat korang sorang sikit, tengok je jangan nak kutuk2,

salam namaste from tesco alor star, mohon lihat baju kareena kapoor aku yang gojes tuh.

Kalau rasa malas nak beli online pergi jer Kamdar, macam-macam ada nokk..Nanti kalau korang dah beli, korang jangan lupa belanja aku okkkkk!!Bye



 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah