25 Dec 2014

Entry Hari Khamis

To be honest, sekarang nie hakak dah kurang idea nak menulis, draft dalam blog nie ada lah 3 entry, tapi semua nya haram jadah ayatnya..

(Permulaan mukadimmah macam khinzzz)

Sekarang nie bukak blog lepastuh pikiaq macam nak mati, tapi idea tetap zero... Biadap betul kepala hotak nie. Tengok lah dulu idea kemain mencurah2, kalau boleh sehari 450 kali nak update entry, sekarang nie seminggu pun belum tentu idea mai.. Haishhhh....

Bukan cakap blog ja diknon, facebook pun dah masuk berapa taun tak penah upload gambar, status baru ja update minggu lepas,  gambar plak masa bulan september lepas hakak upload. Tetiap hari hakak bukak fb semata-mata nak tengok kelaku orang dalam fb ja, yang lain haremmmm tak besh...

Ha tengok tengokk,, dah tak tau nak tulih apa.......Berenti sat tengok fb lu............

Ok... 

Nak cita pasai apa ek????

Boleh dak kalau ada orang tanya apa2 kat hakak baru hakak cita dalam entry.. Bole dak..boleh dak, hakak tanya nie boleh ke idak!!!! Tanya lah hakak... Hihihihii..

Amboiii asam kelemboi, hakak dah mata berpinau2, tadi sumbat ubat batuk 2 camca, terus rasa nak pluppppp.....

Bye2 semua..

( ending pun cam celaka)




23 Dec 2014

Muka Tak Serupa

Time time macam nie kalau melayan youtube cita acap gila-gila, mesti buat tergelak sampai terkentut berdekah-dekah... Tambah-tambah hujan cam nie, asyik nak terkencit ja, jangan gelak sampai meleleh2 dah ar...

Dipendekkan  cito,Hakak nie anak no 2, ada lah abang sorang...Tapi muka tak sama walaupun bukan kembar. Ha gituh. Kekadang kan macam adik abang kakak apa smua tuh muka sepesen ja tapi family hakak nie dari banglong sampai bongsu semua muka lain2 baka, hakak nie baka pakistan tak sampai gen , cantik lah sikit walaupun tak sempurna pembentukan gen nya..

Tuari masa weeding abang hakak tuh, terjumpa lah 3 4 5 kengkawan lama, semua yang hakak dah lost contact sejak habis tusyen ngan sekolah dulu. 

Yang hakak pelik tuh depa tanya hakak buat apa kat weeding abang hakak tuh. Buang tebiat benau soalan tuh.. Bila hakak cakap hakak nie adik kepada orang yang jemput depa makan kenduri tuh, lepas tuh tak nak caya. Siap buat muka terkejut beruk lagi.

Kadang-kadang tuh ada kawan dia tuh kawan hakak, kawan hakak plak kawan dia, tapi masalah nya mesti nak cakap " awat muka hang tak sama macam abang hang", selalunya la kan selalu nya hakak akan jawab, sukaati la aku nak muka cam sapa pun.. Ha gituh..

Bila hampa tengok gambar kat bawah nie, nampak berbeza ka muka kami adik beradik????


puas edit bagi nampak muka hakak putih,, tapi sedari kecik, hakak lah dayang senandung bijik kopi dalam family hakak diknon...

21 Dec 2014

Tertinggal Budak Dekat Petronas

lately nie hakak macam bizi sangat2.. Sebanaunya bukan bizi pi kerja ka apa, tapi bizi bercuti, sepanjang 3 taun hakak kerja baru taun nie hakak mula bercuti, itupun baru 5hari.. Taun = Tahun

Sebelum hakak mula buat kerja , baik hakak update satu entry, bukan pa sat lagi kalau balik rumah, memang kerja membuta ja lepahtu tengok cita thailand dalam utube. 

Sepanjang taun nie ramai kawan-kawan hakak yang  dah bertunang & kawin. Cuma majlis akikah ja belum ada.

Kira dalam geng2 hakak yang berenam tuh, 2 dah kawin, 2 dah tunang, tinggal lah 2 lagi yang belum ada ura2 nak kawin ataupun nak bertunang. Ini kawan baik hakak dari tadika dulu nun sampai sekarang pun 2 3 hari lagi nak tunang. Masak2..

.............................................................................................

Semalam hakak pi kenduri kawin kawan hakak tuh dengan adik hakak, sorang laki sorang pompuan. 

Hakak dari sebelum sampai rumah kawan hakak tuh dah rasa nak terkincit dah, tapi mandangkan malu nak minta masuk toilet rumah orang jadi hakak pendam kan jua air kencing hakak sampai ke petronas mana yang dekat.

Serius masa hakak odw nak balik lepas singgah kincit kat petronas tuh hakak langsung tak sedar apa2, yang hakak sedar cuma sembang bergelak tampaq dengan dia.

Lepas 15 minit naik keta tuh, hakak tanya adik hakak yang laki tuh, " oiii jauh lagi ka kita nak masuk highway nie",

Tetiba ja sunyi sepi. Hakak cam pelik.. hakak pun tanya lagi " oiii, akak tanya hang nie jauh lagi ka dak"... Dalam hati hakak kurang ajaq budak nie tak jawab bila aku tanya. 

Hakak beralih belakang, macam pelik ja budak nie tidoq ka, tapi sebelah kiri tak dak orang  pun, adik hakak yang pompuan tuh tengok pun tak dak.

Dalam hati hakak sudah la budak nie ghaib pi mana plak dah,kalau ikut kan jantung hakak mau nak tercabut masa tuh, tengok adik sorang tak dak.. Adik hakak yang pompuan tuh dah menyumpah seranah dah, yang pelik nya adik hakak turun dia boleh tak sedaq. 

..............................................................................................
Mau tak mau hakak terpaksa ah patah balik pi dekat petronas yang hakak berenti tadi, sepanjang kami patah balik tuh tak dak sesaat kami tak gelak, dalam hati cilakak budak nie, mampuih dah lah dia dah ar telefon tak bawak, nasib baik adik laki mau adik perempuan, terkencing dalam kain la jawab dia...

Sampai ja dekat petronas tuh , hakak langsung tak nampak dia, haram jadah mana plak lah yang culik budak lonjong tuh, Hati hakak nie dah tak sedap dah. tapi dalam dok pikiaq kata kena culik pun dok gelak lagi,last2 tengok dia keluar dari toilet. Hakak tengok sepanjang dia nak mai kat keta boleh lagi dia bergelak sakan. 

Rupanya masa dia turun dari dalam keta tuh adik hakak yang sorang lagi tak perasan langsung, hakak naik keta pun tak tengok belakang. Nasib baik la kami sedaq awai, kalau sampai ke rumah baru sedar, jenuh terkapaq lah budak tuh...

.................................................................................................

Adik2 hakak jenis yang suka masuk keta terus nak dengar radio, kes dengaq radio macam nak pecah gegendang telinga tu lah yang sampai adik sendiri kena tinggai kat petronas, Hakak plak malas nak bising2 dalam keta, dah banyak kali jadi kes tayar pecah tak dengar, reverse keta masuk parit pun tak dengar.. Sebab tuh lah hakak cukup tak suka buka radio tapi depa cakap hakak nie macam orang tua2 , sendu ja katanya dalam keta hakak, yelah2 kepala hotak la, kes buka radio macam nak berjoget kat tempat dangdut la kena patah balik ambik orang tertinggal.

.........................................................................................

kadang2 kita naik keta bertiga kalau tertinggal mesti tak sedar orang tuh wujud sebenarnya.. Apapun nasib baik adik hakak ada lagi, mau tertinggal kat tempat tuh, jenuh dia, dah ar jauh, 4 jam pi balik...

17 Dec 2014

Tak da tajuk



Komen nie hakak jumpa dalam facebook, hakak rasa orang yang macam nie jenis yang bongok, asalnya komen dia macam ok tak dak apa2 la, lepastuh dia pi tanya plak negeri lain ado??? Apa dia ingat orang puan negeri lain jenis mundur2 belaka... Malas nak cakap banyak2, fikir2 lah sendiri kalau nak komen kat mana2 ya...  

Memilih Kerja...

Apa kabiaq weiii.

Tetiba hakak terpikiaq kalau la lagu apa khabar tuh ditukaq slang pi bahasa utara mesti jadi cam harem..

"weii, aku tanya apa kabiaq, aku tanya hang apa kabiaq" (nyanyi versi lagu apa khabar)

Hakak muhung ja, mana ada orang utara cakap kabar tuh kabiaq, nak mampuih sangat dah la tuh.

Malam nie dah lewat-lewat baru rasa gatai nak update blog, hat awai tadi kerja dok tengok nazim othman ja... lewat2 macam nie tiba-tiba naik lemau negok nazim, barulah mula nak tekan keyboard.

Malam nie la,hakak tiba2 teringat balik memori  masa zaman kanak-kanak belum baligh dulu nun.. Dulu la, sekarang lebih kepada cukup sifat nak menikah dah. Orang kata childhood memory ah. Dulu kalau boleh berangan kan, Bill Gates tuh kira gaji dia sebelah bau hakak ja diknon..  Bau = Bahu.

Masa kecik2 dulu selalu berangan nak bergaji Rm4k keatas ah. Kalau boleh time tuh tak mau ah kerja cikgu ka bomba ka, xmau langsung nah, Nak keja pangkat besaq2.. Padahai ikut tahap IQ nie, keja tukang masak lombong pun tak layak.

Lepas ja habis SPM, baru sedar , bukan kata nak jadi cikgu, surat interview maktab pun tak pernah sampai kat rumah..

So dah lelama hakak dah habis belajar , hakak terus dapat kerja dik, masa tuh hakak tak memilih langsung, kalau ikut tahap memilih hakak nie, sampai ke mampus pun hakak tak kerja, Kasar benau bahasa kanzzzz.

Masa tuh hakak pikir sebat ja lah kerja apa pun, kalau baru masuk kerja terus nak jadi pegawai, hakak kena buat syarikat sendiri, atau pun hakak kena sedar dirik sikit, bukan syarikat mak bapak hakak masuk2 terus nak ganti tempat boss.Tah2 syarikat yang ada kat luar sana tuh tak kelapaq pun nak tengok kita kalau kita tak dak pengalaman.Ada tuh memang ada tapi susah nak jumpa, tengok iklan ja mesti nak yang berpengalaman.

Lama gak ah hakak jadi kerani tuh, lepas tuh sampai lah sekarang nie, gaji pun naik ah sikit,tapi tak la banyak sampai tak habis makan, tiap2 hujung bulan bawak bekal lauk telur jugak... tapi ptptn sampai sekarang.. Haram tak membayau.. Liat betui.. Tengok ah bulan depan.. Tapi rasanya dari bulan 12 tahun 2013 lagi plan bayar tuh..


Hakak tak kata semua k, hakak tengah dok kata kat orang hat suka memilih kerja, kadang2 ada orang yang lebih suka mengangur, tiap2 hari tengok iklan job malaysia, tengok sotkabaq metro, tengok internet cari keja kosong...

Ada kawan hakak sorang nie, dia jenis yang suka berenti kerja tau, Hakak tak mau kutuk2 dia, tapi untuk perkongsian ja,, Mula2 dia kerja dah ok, gaji 2k jugak ah, kerja tak sampai 2bulan, tengok2 dah terpacak kat kampung, bila tanya awat hang blah, terus dia kata aku tak suka dengan pompuan tempat kerja aku tuh...

Seingat hakak la kan, seingat hakak dalam 2 tahun lepas 5tempat kerja yang dia dah berenti, masuk kali yang ke 6 nie dengar2 cita dah nak pi interview keja tempat lain.. Hakak pun tak tau nak cakap macam  mana..

Cuma pesanan hakak, tak salah memilih kerja kita, tak salah memilih gaji kita, tapi bawak2 lah sedar diri,Pointer keluaq uni pun 2.95 ada hati nak jadi pegawai kehormat. Bila dah ada pengalaman 4 5 tahun , masa tuh boleh la kalau kita nak memilih pun..


Nasihat nya, kalau hari nie hang dapat kerja kerani cabok pun hang terima jalah diknon, kalau gaji 900 pun sebat jalah, dari duduk terkangkang kat rumah satu sen pun dapat, kalau dah ada rezeki tertulis untuk hang nanti , setahun kerja terus spa panggil hang temuduga jawatan pegawai gred blablabla, terus hang chouu.. Sekurang kurang nya ada jugak pengalaman kita kat syarikat orang..


Berbalik kepada entry yang dah jadik cerpen nie, soal kerja jangan terlalu memilih, mula2 start ja dari bawah, lepas tuh slow2 cari kerja lain.. bila dah dapat kerja yang agak boleh kawin dekat dewan besau dan gah , jangan tunggu lelama terus la chou.

Dulu boleh la zaman tak penting kan duit, sekarang zaman kalau tak da duit, rasa macam errrr... errrr. Susah..
 Pesanan ini khas bagi budak2 yang baru konvo tuari, yang tengah berangan-rangan nak kerja ya. Terutamanya adik hakak yang pompuan tuh, yang berangan nak jadi bos, hang baca entry nie budak..


(Entry yang sepatutnya diupdate tengah malam semalam, tapi tiba2  mata terpejam sendiri)

12 Dec 2014

ceklat



Orang kedah nie memang pelik2, semua benda jadi ceklat,  ceklat hacks , ceklat daim, ceklat nanonanananano..

Gelas jadi cawan, cawan pun jadi cawan.... Sudu jadi camca, camca tetap jadi camca.. Hakak pun tak tau apa beza sudu ngan camca.

Yang penting ceklat hack ka ceklat apa ka tak penah lagi hakak sebut gula-gula,


23 Nov 2014

bila nak kawin -part 2


Apa hang cakap semua betul nokkk..

Soalan maut semua nya...

Panas pulak hati hakak pagi2 ni bila orang tanya ko bila nak kawin.

Kepala hotak la nak jawab soalan2 hampa pagi2 buta nie.

Tapi.... hakak kaji manusia memang suka tanya soalan bodoh.

Sekian. Tak lawak pagi pagi dah bagi orang rasa nak boh penerajang sorang sekoq.

20 Nov 2014

perempuan


Yang nie hakak tak tau apa masalah dengan pompuan, kalau beli kerongsang sebakui pun last2 tinggai sebijik. Yang akhirnya sebijik tuh pun batu dah tak dak. 2 3 hari ja pin tuh bertahan, masuk minggu ke dua mula la hilang satu persatu.

Hakak kalau beli anak cekup 4 5 lai sebulan, last2 hilang tinggai satu. Heran bin ajain betul. Anak cekup ley hilang.hare sungguh. 

Owh ya, dulu masa belajar dulu hakak cakap kat kawan hakak "woi, lempaq mai anak cekup aku sat"... almaklumlah orang selatan bukan nak faham sangat, telah2 jawa plak. Dia cakap hakak tak faham, hakak cakap pun dia sendiri tak faham.

Dia ingat kan anak apa lah hakak mintak. Act anak cekup tuh sebenaunya anak tudung.. lempaq tuh kalau tak tau menatang apa bole lah pi bukak kamus dewan bahasa.

Satu lagi benda yang hakak selalu bagi hilang mesti stokin. Hakak heran betul, dari sekolah tadika sampai dibawak2 ke umur lanjut nie mesti stokin hakak hilang. Hilang dua belah xdak la hakak rasa menyakitkan sangat tapi hilang sebelah ja. Haram jadah sungguh. 

Sapa kata perempuan cermat ??? No komenn

19 Nov 2014

Routine Exercise Hakak

Ada orang tanya exercise apa yang selalu hakak buat.

Dulu hakak selalu jogging n hiking..Dulu-dulu ah.. 

Tapi sesejak hakak kena ligan dengan babi masa nak turun bukit, terus hakak berenti hiking.. Dasyat masa tuh punya lari, rasanya usain bolt pun kalah dengan hakak .Kalau dia tengok hakak lari masa tuh, tah semua pingat dia bagi kat hakak, kononnya ar.  Dah lah hari tu mula2 naik bukit kena ligan ngan anjing, lepastuh turun bukit ngan babi. Anjing betul..

Start ja kena ligan ngan babi tuh, hakak pun malas nak pi hiking lagi.. Owh bagi yang tak tau natang pa ligan tuh, ligan tuh macam kejar ah...

Tapi dulu tiap2 malam memang hakak selalu main badminton ngan adik2 tapi sesejak lepas ja hari raya tuari hakak dah mula malas , sampai sekarang malas nya tuh...

Hakak nie jenis yang malas ah nak pi gym, buat ja kat rumah, senang dan jimat duit.

Dalam bebanyak exercise , exercise yang dalam gambar nie susah hakak nak tinggal... Walaupun kadang-kadang tuh bangun pagi sakit habis badan-badan , kaki lutut juboq paha, walaupun sakit tapi sumpah best..

Exercise hakak buat nie bukan nak jadi ballerina , nak buat gimnastik artistik memang lagi tak,kalau yoga memang tak mampu hakak diknon, tulang sama keras dengan tulang lembu, hati pun tak dak nak buat yoga... So hakak tak tau exercise apa yang hakak buat tuh.


Selain dari exercise nie, setiap malam sebelum hakak tidur, hakak akan buat gerakan kaki macam kita tengah naik gerek.. Gerek??? Gerek tuh basikal dik. Kalau hampa teringin nak sebut gerek tuh bunyi dia macam sebutan kerekkk seyh.. Cuma k tuh tukaqqq ja dengan g..

So kepada yang dok tanya hakak tuh, hampa buat jala ikut suka hampa nak exercise apa pun,janji keluar peluh, jangan dok pi berjoget dekat lampu kelipkelap kelip kelap sudah lah, krikk krikk kriik ada yang memerati....

18 Nov 2014

I got a free ipad mini air from ****

Cilakak betul , semalam kecoh pasal iphone , hari ni tuptup pasal ipad mini plak..

Ada sesapa yang dapat free iphone???

Hakak agak semua yang spam ig artis tuh mesti dapat kan???

Tahniah ya semua.. Tahniah banyak2...

Tapi kan hakak heran betul, kalau bab-bab keagamaan nie sat ja orang tau kata nie propaganda yahudi la apa lah, tapi kalau benda free, ish malas nak perabih ayat.

Jenuh lah DR M dok gelang pala lagi kali ni tengok kelaku hampa..

Tuh ja nak cakap, cakap banyak2 pun malas.. Nak pi riki-riki dalam instagram sat, kot-kot ada free beg tangan ka kasut mahai ka.. Senang hidup  tak yah cari duit beli barang..

I got a free ipad mini air and iphone from my nightmare.


iphone 6 bakal dimenangi



Hakak ada berita gembira tahap tapir nak disampaikan kepada hampa semua..

Sapa nak hadiah yang boleh membuat kan jantung berenti 5minit??

Disini hakak nak umumkan ada beratus telefon iphone 6 yang bakal dihadiahkan kepada hampa2 semua. 

Macam mana depa murah hati nak bagi iphone tuh?? 

Hampa ingat dak sapa tah yang beli iphone sampai 99 bijik tuh, alaaaa yang kena reject tuh...ingat tak ingat tak..

Ha disebabkan tulah.

Syarat2 penyertaan adalah spam di ig artis atau sapa2 ja.

Senang kan nak dapat iphone 6. Hakak pun telefon cokia ja. Lempaq anjing mampuih. Hampa cuma perlu spam ja terus dapat iphone 6.senang betul.

Dulu zezaman komunis dulu nak beli tepon 3310 pun susah woooo nak beli. Zaman sekarang nie hang dapat free ja diknon.

Semoga berjaya semua.

Tapi hakak cuma nak share satu cita la. Semalam hakak pi shopping complex. Masa tengah2 jalan tuh rasa nak terberak sangat2 dah. Hakak masuk toilet tuh kena bayaq 5kupang. Nak buat lagu mana rasa nak terberak sangat2 dah. 5kupang pun bayaq jugak lah. Dalam hati hakak nak basuh juboqqq pun kena bayaq duit, bertuah betui lah sapa yang bakal dapat iphone 6 tuh ,tak payah bayar apa2 cuma pi spam ig orang ja, aku nie nak berak pun kena bayar. Cilakak betul zaman sekarang nie.

Masa tengah scroll ig , tengok, tilik, amati, rupanya masih ramai orang buduh rupanya.

Hakikat yang menyakitkan. Jangan marah k. Chill2.

16 Nov 2014

Senarai Pemenang First Segmen Sara Liyana

Apa habaq semua....

Laptop hakak lanie dok jadi kelaku jebon apa tak tau lah.. Lembab macam labi2.

Malam nie hakak nak umumkan nama pemenang first segmen hakak yang pada mulanya hakak dok ingat sendu senda , rupanya takdak lah suam2 sangat penyertaan nya.. Susah gak wooo nak pilih pemenang sebab ramai yang kreatif.

Semua blogger yang join segmen hakak semua bagus2, kreatif2, sampai hakak kena pikiaq 450 kali untuk pilih pemenang, bagi yang tak dapat mungkin bukan rezeki hampa, mana tau kot2 segmen hakak yang kedua nanti jadi rezeki hampa plak kan... 

Ok. Bagi pemenang segmen nie hakak ucapkan tahniah dan bagi yang tak berjaya hakak ucapkan hampa berjaya untuk segmen yang lain dan timakasih join segmen hakak walaupun hakak nie  membebal kan kadang2 .lol


Hadiah

Wang tunai RM 50 -

Topup RM 5 ( 5 orang ) 


Hakak mintak pada pemenang sila email hampa punya no telefon ke sara_liya91@yahoo.com & yumida sila email hang punya no acc ok

15 Nov 2014

first segmen sara liyana -tamat-

Hoiii hoi hoi

Disini hakak umumkan segmen hakak yang pertama telah tamat dengan jayanya tepat pukul 12 semalam.

Sepatutnya dari tengah malam lagi hakak update entry nie.tapiii. tak koserrr haku nak berjaga sampai lewat malam semata nak update entry.esok kedah keja hokey.

Hakak dah pilih 4 5 6 7 orang peserta. So hakak kena pilih lagi sapa yang akan dapat hadiah wang tunai.susah benau..

Pada yang join hakak punya segmen , hakak ucapkan tq so so so much. Walaupun hampa baru kenai hakak 2 3 bulan nie tapi ada blogger yang macam dah kenai hakak lama. Contoh macam budak, cik fafa, cik mimie, cik balqis, cikbelbel, jie najihah, zumal, naddya.. ramai lagi lah hakak pun dah xlarat nak senarai dah. Jenis pemalas nak buat lagu mana.

Ok.. berbalik kepada kita punya cita, senarai pemenang hakak akan update kemudian. 

Sayonara

14 Nov 2014

First Segmen Sara Liyana



Harini aku lancarkan First Segmen Sara Liyana  yang tersendu buat kali pertama nya. Hadiah wang tunai kepada penulis kreatif yang bertuah adalah menanti anda... Jangan lupa Join aku punya segmen ya. Tarikh tutup penyertaan adalah   14.11.2014 .


Syarat-syarat penyertaan :

1.Follow blog den
2. Tekan den punya iklan nuffnang Sini
3. Lekat kan banner atas nie dalam entry hampa dan backlink ke entry den
4.Buat satu entry kreatip bertajuk First Segmen Bersama Sara Liyana
5. Tinggal kan link di bahagian komen


Hadiah

Wang tunai RM 50 ( Seorang)
Topup RM 5 ( 5 orang ) 



Syarat-syarat lain


1. Entry yang hampa nak buat adalah bebas, ikut suka nak buat macam mana, nak tulis apa sahaja terpulang, tapi harus lah kreatip, jangan bagi sajak sudah lah. Akak loya tengok sajak. Kalau nak tulih 4 5 muka aku xkisah, nak tulih sepatah ayat pun aku tak kisah, tak tulis langsung pun aku tak kisah,kan nama nya kreatip. Sapa paling kreatif dia lah yang dapat wang tunai tuh. Entry bergambaq pun ok..

2.Aku pernah cakap segmen yang aku buat nie senang dan akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. So sesapa yang join segmen dan tinggalkan link kat bawah nie, akan aku follow semula dan click iklan nuffnang hampa, baru lah adil kan. So jangan lupa tinggal kan link dan join segmen yang tak seberapa nie.

3. Jika tak mendapat sambutan, segmen nie akan terbatal dengan sendiri nya.. hihi.. malu hakak tau..


** Ingat tarikh tutup pernyertaan adalah 14.11.2014 dan sesapa yang ada sebarang pertanyaan boleh email ke sara_liya91@yahoo.com...

11 Nov 2014

slow macam labi-labi

Woii.

Hampa dok buat apa???

Ada orang tanya hakak hampa tuh apa??

Semalam hakak cakap telefon dengan orang joho, hakak nie jenis tersasul sikit, tercakap lah "depa buat tak lagi". Dalam berbelit-belit lidah cakap keyel bole pulak terkeluaq perkataan depa.jilake betul.

Dah la hal pejabat, terlopong minah tuh tak faham, seb baik dalam fone, kalau dari mata turun ke hati jenuh hakak buat muka tak tau malu nak cover.

Hampa tuh kalu bahasa2 selatan nie cam korang lah, depa plak macam diorang.ha gituh. Lepas nie jangan dok tertanya2 hakak nie asyik hampa ja dah pasai apa. Sawan.

Satu lagi orang2 selatan nie kadang2 hakak kalau cakap telepon mesti nak ajuk cakap. Haram betul. Kadang2 kita cakap tige, depa mesti nak cakap tigaaaaa. Dah ar aaaaa tuh macam nak jadi tigo... buruk ok. Cam lidah lembu ja tebal nya nak sebut tigaaaaa tuh. 
Pendek kata nora danish ja bole cakap kedah dengan slang yang ok ok ar..

....................................
Macam nie lah hakak nak tanya hampa sikit. Ada dak suka bawak keta slow macam labi-labi tak pun macam siput babi.

Hakak tertanya2 pasepa ada orang tuh suka bawak 40 ke 60 cam tuh tapi duduk lane kanan?? Pasepa ha??

Hakak dulu masa tengah test jpj pun depa ajaq bawak 60. Tak kematu juboq ka bawak slow2 dok lane kanan??

Tapi tak pa orang dok lane kanan pahtu bawak slow macam labi2 nie selalu dapat pahala free ja, sebab orang cam hakak nie yang sibuk nak pi keja, yang kalut nak balik tengok akasia nie, selalunya ar , selalunya tak pernah tak maki.. 


So, hakak nak tanya hampa yang suka bawak slow dok lane kanan nie, apa sebenaqnya peraaaan hampa suka dok buat orang maki hampa?? Memang ar bawak slow tuh selamat, tapi hampa buat orang lain tak selamat bila hampa dok lane kanan.

Selalu nya yang tak reti sangat nie, kalih2 tepi mesti pompuan, tak reti parking pompuan, naik divider tak tentu hala pompuan, langgaq dinding parking pompuan, langgaq gate rumah pompuan, naik keta rempon pun pompuan, lembab macam labi dok lane kanan pun pompuan. 

Kalau ada benda tak kena atas jalan lepastu lalu tepi tengok pemandu tuh pompuan, "patut lah pompuan yang bawak".. kalau nampak keta bawak laju macam nak drift kelih2 tepi tengok pompuan yang bawak mesti nak kata "tudia pompuan nie".binawer sungguh.

Panjang2 nie hakak nak pesan.


Bawak slow lane kiri nah, bukan kanan.. harap faham semua tuh. .marah ni marah.

...................

Hakak nak ingatkan hampa first segmen hakak tuh akan berakhir pada 14.11 jam 12.00 malam. So sapa2 yang belum join sila cepat-cepat join. Rm 50 tuh tak lah banyak tak la sikit, tapi setakat nak belanja cikaro tuh dah lepas.. 

Meh2 join cepat sebelum contest berakhir... 

9 Nov 2014

Lallalallalallalala

Hello, hai, salam..............

Jarum jam baru menginjak pukul 11, tapi mata gue udah kuyu semacam ja.. jilake...

Sejak dua menjak nie pengaruh mengantuk awal nie makin menjadi-jadi.. sekarang nie hakak sedang menaip sambil tutup bijik mata.. owh ok tuh tipu..

Fuhhh berat benar rasa jari nie menaip, seb baik nama blog hakak bukan Jejari ku suka menaip, kalau tak memang tercirit lah hakak terpaksa type entry setiap hari sebab nak bukti kan jejari hakak memang suka menaip. 

Menaip benda tak dak paedah ja hakak nie, janji tak jadi keyboard warrior sudah. Sat lagi kalau hakak jadi keyboard warrior dalam setegram cikta hakak boom, setegram lara alana hakak boom, gambar elly mazlein jalan kat kubur hakak boom, makcik bagi makan kucing pakai suar nampak buku lali pun hakak kutuk piau2... Dah nama keyboard warrior semua benda dalam dunia nie nampak tak kena. Huh!

Hakak sekarang nie dalam fasa sibuk tahap dewa, kat ofis sibuk, kat rumah pun sibuk, tapi kat ofis tuh katanya sibuk walhal dari pukul 9 sampai pukul 5 buat kerja nya cuma 2 jam ja, yang selebihnya tengok facebook, gosip, cicah garam belacan, tengok member juai barang, lepastuh tengok akasia kt tonton. Settle, tepat pukul 5 terus balik. Blog ku pandang sepi, asyik ulang tayang cita setitis kasih darmia ja... Nasib baik hakak bukan kakitangan kerajaan tau, kalau tak buang masa ja kerajaan bagi bonus buta kt hakak..

Tah la, sekarang nie mood memang cam sampah.. banyak ok janji yang hakak kena kotakan dalam blog nie, semua benda aku tak buat lagi, dasar tahik.

.....................................................................

Kat rumah hakak nie pun dah macam tempat pembiakkan hewan bernama nyamuk , tambah satu lagi, tempat longgokan sampah sarap..Kemain bersepah lahai,... 3 Minggu lagi rumah hakak nie nak kenduri kawin abang hakak yang muka macam mangkuk bersepai tuh, tapi apa satu benda tak buat lagi, kemas rumah pun tak, hakak rasa macam semput ja, dah lah abang hakak tuh tahap tenuk punya pemalas, dah la pemalas pakej sekali tidur berdengkur bunyik katak, kentut bersepah, dah lah bersepah busuk telurrrrr pulak 15 minit, lepas tuh hakak rasa muka cam dia yang berlakon dalam filem cikgu suraya, hakak tak pasti cita pa tuh....

hhaaaa gua malas nak kondem lu banyak2 bro, luuu memang cukup pakej menantu bukan pilihan, kalau luuu jadi menantu wa, lu memang wa bagi tapak kaki ja,tahik betul... kan waaa dah cakap luu troll wa dalam utube, wa kasi angkat lu dalam blog, muah cikit, 1-1... hihhhhhh

............................................................

Cam gampang entry kali nie.. Update entry semata-mata nak kutuk abang hakak yang muka meran pekida tuh...

Tadi ada terbaca dalam satu blog, Najlaa 'Aqilah nie buat 7 Days Makeup Challenges, so hakak rasa  macam nak ikut cam dia buat, cuma tak tau bila lagi, hihuuhuhuhu....

.........................................................................


Makin banyak type makin bijik mata hakak menjadi-jadi..Sayonara..



4 Nov 2014

Hakak Jumpa Taufik Batisah

Hye...

Sihat semuanya???? Hakak ??? Sudah semestinya sihat walafiat, lemak pun dah bergempol-gempol..mengunyah seribuempatratusribujutakali memang ah banyak lemak.

Hampa kalau baca entry hakak yang lepas mesti perasan yang hakak nak update entry pasal tofik batisah, sebenaqnya hakak sendiri tak ingat entry yang mana satu hakak belasah haritu.

Bagi sapa2 yang tak kenal sapa tofik batisah tuh, sila lah bukak youtube abang pulang awak kat mana , awak awak kat mana tuh, tah hakak pun tak ingat tajuk dia..gugel lah sendirik.

Hakak pernah jumpa si tofik batisah masa pi singapore tahun lepas... 

Ada lah 4 5 gambar hakak dengan si tofik tuh.

Gambar berdua pun ada... Tapi cilakak nya laptop hakak yang simpan gambar tuh rosak.

Makan hari tau hakak menangis meratap laptop tuh rosak... hakak teriak bukan gambar dengan si tofik, tapi gambar yang hakak simpan dari umur 17, hilang cemtu ja. Benci hoke..

..........................

Cam  na hakak boleh jumpa dia????

Camnie citor nya, makcik hakak tuh kawin dengan seorang lelaki,yalah kalau pompuan cemna nak kawin kan, kalau kawin pun bukan bole beranak pinak, dengar cita nya si somi makcik hakak tuh ada bau2 bacang dengan si tofik tuh... Kalau tak da tali persaudaraan, hakak sendiri tumbuh gigi bongsu 14 batang pun belum tentu boleh jumpa.. Itu pun sebab hakak pi majlis kawin sepupu tofik...  kalau hari2 biasa memang tak ah bole jumpa.

Serius si tofik nie memang sangat humble orang nya, tah lah hakak pun tak tau nak olah macam mana orang nya, senang cakap kalau kawin pun tak mau ...... Errrrr malu pulak nak habis kan ayat.. Bagi yang pervert sangat, hampa boleh pi mampuih...Lol...

Hakak tak betujuan nak tulis panjang2 entry nie, kalau hampa rasa banyak ayat hakak yang tergantung, lantak pi lah nah. Almaklumlah guna handphone ja nie, gambar yang hakak jumpa nie pun nasib baik ada dalam private post hakak yang lepas2.





Hakak memang dah tahap malas nak edit dah, nak save pict hakak tak tau kat mana, so paling senang hakak screen shoot ja gambar tuh, settle.. lagi satu hakak malas nak letak watermark gambar nie, pesanan hakak alif lam lam ha, sapa curi berdosa... 

Hampa tau yang masa satu hakak??? Menyesal betul tengok gambar nie, pose cimpanzi apa hakak cuba nak buat.  Tak pernah lagi hakak buat pose cam tuhz tiba2 ja  terjadi haritu.
..................
Kalau la laptop hakak dah ok, nak ja hakak update gambar berdua dengan taufik batisah nie, biar nazim cemburu.

...............

Bila fikir2 balik tah apa2 lah entry kali nie. Nasib lah sapa yang membaca.. 






Selamat Hari Jadi

Secara percakapan yang serius, bila hampa last sambut birthday??

Pertama sekali sebelum kita pi lagi jauh, jangan ada ulama atau ahli sufi alam maya dok mai terjah kata sambut birthday tuh mendorong kepada  keyahudian atau terpesong akidah atau terpesong matlamat atau bebanyak lagi ah, hakak kena dah sekali so malas nak layan dah kali nie.. kalau sangap jugak nak bagi nasihat, sila lah pergi instagram abby abadi, sana tempat yang tepat.. 

Last hakak sambut birthday tak tau bila,masa umur 20 kot,mak hakak kata umur 20 last last kita potong kek, pertama sekali tiup2 lilin masa hakak umur 6 tahun .masa tuh sekolah tadika, kali kedua pulak masa umur 20, yang mak hakak kata last sambut. Dua kali ja diknon.

Masa dulu kita hidup susah , nak beli kek pun kais pagi makan pagi, kalau ayam bole lah setiap masa mengais

Sekarang nie hakak nampak beza sesangat. Kat kampung hakak tuh anak dia nak turn to 2 years pun kek secret recepi sampai 2 bijik. Panggil jiran2 kalah kenduri arwah.

Tuh baru panggil jiran penuh kampung semata nak sambut birthday anak , jangan ada yang buat decoration teruk,kot2 ada yang tiup belon sampai asma, tak ke meninggal.. 

Hakak pikir dulu kalau hakak mintak kek sebiji pun mak hakak cubit sampai meleleh air kencing.

Kadang2 sampai lupa bila tarikh hari jadi, lain la kalau ada boyfriend. Kalau dapat boyfriend sengkek atau tahik hidung masin, walaupun hanya sekadar wish happy birthday  tepat pukul 12, bersyukur jelah... Dari tak da langsung.


Dapat boyfriend atau suami yang romantik, hari jadi dapat lah hadiah or dinner treat. Dapat teddy bear pun dah dicanang satu kolej hokey.

Cuma hakak ja sadis. Tak pernah rasa disambut hari jadi beramai2 tuh cena. Hadiah beg lv taun lepas sempena hari jadi diri sendiri pun dah rosak. Hakak syak nazim nie beli kan beg tiruan kat hakak sebab tuh sekarang kulit beg dah jadi belacan. Tak guna betul si nazim nie.

............................................
Habis ja belajar terus kawan2 lupa birthday kita, masa belajar kalau ada teluq peram 400 hari, tuh ah makanan time hari jadi. Kadang2 bila teringat balik, haram jadah sungguh sapa yang baling hakak teluq masa malam birthday hakak harituh.. 

Banyak pulak mengomel, hampa2 nir bila last sambut birthday ramai2 dengan family

..........................................

Tak penting pun sambut hari jadi ke dak, yang penting muka harus lah nampak cantik , muda dan kelabu asap..

..............sayonara.......


Cuba teka birthday sapa???

1 Nov 2014

Si Hitam Manis

Semalam hakak balik kampung.....

Selalunya kampung hakak nie penuh dengan adik beradik yang baik hati belaka. 

Yang kuat mencerca pun banyak jugak... 

Semalam hakak demgan adik hakak nie bergurau lah senda bersama-sama kat atas pangkin bawah pokok pelam. Kat atas pangkin tuh rame lah jugak manusia2 nya.

Tiba2..

Dengan tiba2 nya manusia suka mencerca dah muncul.

Selalu yang balik kampung kalau ada 5 family, yang selalu dicerca adalah hakak ngan adik hakak. Siye betul.sakit hati benau. Macam tak dak nur kat muka kami satu family.

Adik hakak nie putih orang nya, tapi putih cam albino tuh tak lah kan. Kalau putih cam albino tak pun putih cina tuh mak hakak dah tersilap anak tuh, genetic kedua belah puak tak dak putih2 cam tuh.

Tiba2 ada orang kata hakak hitam legam. Shit!!! Hitam legam dia kata hakak.


Orang hitam manis nie manis ja mata dipandang, lagipun cuba tengok kulit depa , jerawat pun tak dak. Actually jiran2 kampung hakak nie suka sangat up2 anak depa, hakak jadi blur, cakap lah apa saja, tapi anak depa tetap putih, cuma hakak ja hitam legam. Pahtu compare plak warna kulit hakak dengan adik2. Gila betul manusia nie. Sukaa melawak cam haram jadah.Hakak makin pelik dengan orang2 dekat situ..

 


Puas hakak edit bagi nampak putih tapi kelabu jugak akhirnya.. 

Kesian mak hakak bertong2 soya dia minum tapi anaknya tetap kelabu..

Hakak syak mesti masa preggy dia suka makan kicap..

Kalau lah dikberadik hakak yang kuat cerca tuh tengok kj, tah kj tuh bagi depa hitam legam bontot kuali dia nampak, tapi bagi hakak khairy jamaluddin tetap manis di hati hakak.


29 Oct 2014

Gila Main Game

Hakak sebelum2 nie memang jiwa raga ku serahkan kepada game, sampai kepagi hakak mengadap game, kadang-kadang tuh main game  sampai subuh, semayang semua terus pi kelas...  Mata tak yah cakap lah.... Hitam sampai keharini...

Kawan hakak sorang tuh main game sampai keyboard hurup semua tecabut, hakak tanya dia "hang buat natang la kat keyboard hang sampai tercabut" Kawan hakak cakap dia marah sebab kalah game. Musykil hakak...

Sebelum nie mak hakak beli set ps2 untuk kami adik beradik. hakak dengan adik-adik tahap cilakak punya addict dengan game sampai makan pun depan tv sambil tekan-tekan remote control game...

Masa tuh hakak ada boyfriend, hakak jadi macam rimas sangat , hakak nie dah lah sibuk main game , masa tuh lah jugak sibuk nak merajuk sebab hakak buat endah tak endah...

Kegilaan hakak tahap gila babi dah punya nak main game sampai hakak suruh ex boyfriend hakak berambus. Ada hakak kisah.....

Abang hakak pun sebab gila main fifa sampai putus cinta dengan gilpren lama dia, nasib ada gilpren baru , sebulan lebih lagi nak kawin, kalau ikut-ikut permerhatian hakak tahap nazak jugak lepas dia putus cinta tuari.. Mana tak nazak nya, hari nie merempit dengan perempuan lain, esok dengan perempuan lain, lusa dengan orang lain, nak cakap hansem sudah semestinya tak, stock muka cam meran pekida ja. Meran meran...

Lepas hakak sambung belajar , hakak dah tak ley terpacak depean tibi macam selalu, sedih benau hakak sampai dibawak-bawak masuk dalam mimpi.

Hakak ingat hakak boleh berenti lah dari penyakit main game nie, tapi cilakak rupanya housemate hakak pun kaki layan game, cuma kami tak layan lah fifa tuh...

Hakak dari lepas balik kelas terus buka game main sampai lewat malam, kawan hakak sanggup tak shutdown computer semata-mata nak kumpul coin tuk game plants vs zombie...Dalam rumah tuh kami masing-masing fight tuk habiskan level game tuh...

Lepas habis level game plants vs game tuh hakak ingat demam game nie akan habis rupanya dak2 rumah hakak nie donload game baru plak, game babi angry bird pulak, masing-masing fight tuk habis level..

Setiap kali game dah habis level mesti dak2 rumah hakak cari game baru, sampai lah hakak habis belajar, selama 3 tahun kami bertungkus lumus tuk main game, tak sia-sia kami berpenat lelah main game, hasil nya masing-masing graduate dengan CJPA yang cam tahik semua nya....

Sekarang zezaman game semua dah tak dak dh, last hakak lawan fifa kalah teruk ngan abang hakak kat kedai game pun 2 tahun lepas, cam babun hakak main, dah tak reti langsung..

Nasib baik hakak pakai handphone punggai anjing mampuih, kalau handphone canggih mau mak hakak mai azan kat tepi telinga baru sedaq dah subuh sebab kalut dok main game COC....


26 Oct 2014

Perempuan Jenis Berkira

Motif gambar?? Saja nak habaq 5 bulan lepas main subway dapat highscore.jenis tak dak keja..


...............Perempuan Jenis Berkira...................
Aku bukan nak kutuk-kutuk perempuan tapi hakikatnya perempuan selalu minta dikutuk-kutuk...

Tapi kadang2 perempuan nie bagus cuma yang tak bagus tuh ada lah jugak.

......................Perempuan......................

Perempuan nie ada satu sifat berkira tahap cilakak....

Aku pernah duduk hostel dulu, aku tau lah perempuan tahap berkira dan kedekut dia boleh capai tahap khizir...

Setengah ja ok bukan semua, sat lagi ada yang sentap2 plak, aku klassifikasi kan orang yang sentap tuh mesti kedekut tahap gaban.

............................Dekat hostel...........................

Aku ada kawan, dia nie sekor ja jenis berkira, kadang-kadang makanan sanggup tak beli, menumpang makan makanan orang lain lagi afdal dari beli sendiri...

Kadang-kadang keluar mana-mana, sanggup tunggu kawan-kawan beli air dulu baru dia minum, duit dia???? simpan rapat...

aku perati.. Ayat cliche dia mesti cam gini " nampak sedap,  mai sikit....", "mai sikit"..

Haritu dia nak basuh baju, lepastuh minta sabun kat aku, aku cam errrr sabun pun nak minta kat aku, dynamo kot, dah ar student, ingat murah nak beli dynamo.. Aku tengok dalam timba dia ada ja dynamo dia, pasepa nak minta sabun aku...

Aku tak dan cakap apa-apa terus dia ambik sabun aku, aku dah panas dah nie.... Dalam hati aku tak pa-takpa tunggu hang satg..

Aku pi goncang-goncang dynamo dia ada ja banyak, aku malas cakap banyak, aku ambik tapawe , sabun tuh aku tuang masuk dalam tapawe aku. settle... Berkira tahap khinzir sangat.

Tapi ikutkan aku pun dikira berkira lah kan.. argh dah nama pun perempuan.

...................................Kedai  Makan...........................

Perempuan nie memang jenis berkira dan terperinci dalam setiap hal.

Kalau kat kedai makan, jenis makan cam siakap tiga rasa, tomyam ka apa semua, sat lagi tak dan sampai makanan, calculator dah bawak keluar. kalau makan 3 orang, bahagi semua tuh 3. Kalau makan 10 orang bahagi harga makan sama rata. Kalau haraga makanan sorang kena bayar RM 3.15 sen. hampa kena bayar 15 sen tuh. 

Harap dak2 perempuan belanja memang tak ar...


..............................Homework.................................
Aku paling tak suka orang kedekut homework yang kita kena buat, kadang-kadang tuh kita cuma nak tengok contoh ja, tapi tak bagi kita tengok, takut kita tiru sebijik sejebon cam tuh, sangat haram jadah, dia pun copy wikipedia ja lepahtuh kedekut... Ada ok dak2 perempuan yang kedekut cam nie. Siye...Alasan nya mesti depa penat-penat buat kerja lepastuh kawan mai nak copy ja, penat tau dak study.. Hampa ingat rumusan algebra yang hampa belajar yang hampa copy apa semua tuh hampa yang cipta??? ilmu tuh tak ley kedekut.


......................................Hutang..............................
Masa aku awal sem dulu, kira belum dapat kawan baik lagi lah, aku dapat roomate yang aku tak tau nak cakap cena, makanan depa semua letak dalam almari baju, kadang-kadang mak bawak lauk kari ayam ka, depa buh dalam lemari baju, makan pun sorang-sorang, kedekut benau eh..

Lepas tuh aku nie jenis malas nak masak air, so aku selalu ah pi katt kioks isi ayaq 2kupang tuh, apa tah nama mesin tuh, yang ada gambar chef wan tuh, aku tak ingat, haritu aku lupa bawak duit, aku pun minta 2kupang kat kawan aku untuk isi ayaq, dok esok tuh aku tengok kat board dia, sara pinjam 2kupang, sipolan pinjam 5kupang.. hati aku haram aih 2kupang pun berkira, bukan boleh kaya tara bill gates pun..

Ada jugak kawan-kawan yang pinjam duit orang tapi tak reti bayar.

Ada kawan aku nie sebat duit aku 3ratus tapi janji nak bayar , sampai hari nie xbayar, wei mangkuk kalau hang baca blog aku nie aku cuma nak cakap "bila nak bagi balik duit aku, tunggu berulat nak baru nak bagi balik ka.. bodo piang hang nie" lol.muah hang sikit.


*** 2 kupang bersamaan 20sen.



.........................Conclusion......................................

Tak pernah aku jumpa dak2 perempuan share sabun mandi, colgate, spender, baju dalam bagai, tak pernah ok, ada tak yang share berus gigi???Tah sampai ikan paus bertelur pun tak jumpa... grrrr

Dak2 laki selalu cakap dak2 perempuan jenis berkira, memang ah perempuan berkira, makan nak free lepastuh sekali belanja nak kena belanja lagi, sebab tuh lah perempuan jadi berkira ok.

Pada aku lah, tak tau perempuan lain, kita nak beli satu satu benda tuh bukan senang, kadang-kadang kita rasa sayang sangat dengan barang yang kita ada, bila kita bagi pinjam lepastuh barang tuh rosak, jarang jumpa orang yang nak gantikan barang kita walaupun memang sah2 depa bagi rosak, yang jenis nie memang haram jadah..

Yang pasal kedekut tuh aku pun tak tau sepa.Mungkin depa rasa, ermm rasa duit perlu berjimat,lagipun barang keperluan perempuan banyak pada lelaki, perempuan kan terperinci, kadang-kadang kulit keluar jerawat banyak dah riuh sekampung, bulan2 kena beli bedak muka, lepas tuh deodorent lagi, laki kisah apa, baju kena topup jugak, dah nama cerewet, seminggu pi kelas kena tukar2 baju, sebab tuh lah orang berkira.... tah ar.. lagipun perempuan nie memang berkira tapi dia pemboros. Bila dah memboros bagai nak rak , mula lah duit nak makan tak dak...sebab tuh aku cakap dia pemboros kemudian baru jadi berkira... tak faham??? Ada hakak kisah

Tapi serius abang aku yang muka cam meran pekida tuh dengan adikberadik berkira cam haram lagi. Berkira gila dengan adik beradik. Adakah orang laki memang jenis berkira dengan adik beradik tapi dengan kawan ja tak????

Sekian terima kasih

25 Oct 2014

Jenis-Jenis Komen Di Media Sosial

Aku ada satu perangai tau... Suka baca masa tengah makan dengan melabur.. Aku rasa ada ramai jugak kot yang suka buat cam nie.. Beza dulu dengan sekarang nie, dulu baca buku @ majalah ,sekarang guna handphone..

Almaklumlah sekarang kan zaman anjakan paradigma, dunia di hujung jari ja, so time makan, time melabur, time beristinjak pun semua asyik pegang handphone ja...Kadang-kadang masa tengah stim dok melabur  aku perati banyak benau komen-komen yang rasa nak hampuk handphone, ada yang komen macam lahanat, ada yang komen lawak cam gampang, ada yang komen sweet2 gitu, ada yang komen cam wali google, macam-macam lagi lah... 

Kekadang tuh aku buka facebook ngan setegram, gambar tuh tengok sekali imbas ja  tapi bab-bab komen tuh kalau ada 1199 komen aku sanggup scroll sampai habis ,semata nak baca komen ja...


..........................................Komen-komen....................................................

Sini aku tunjuk kat hampa jenis-jenis komen dalam media sosial


1. Komen Penuh Ilmu Didada


kalau salah mohon betulkan aku.Da pesta tattoo lain ka selain pesta tattoo tentera darat??.. pertunjukkan tattoo tentera darat tuh salah ka? Shit





Ajarin aku ,apa message yang tapir nie nak sampai kan?? Puas otak aku berpikir, lagi sekali aku fikir, esok menetap di ward tampoi.





2. Komen berunsur politik

Orang beranak dalam kapal terbang pun salah newar ngan najib. Ok la komen kat bawah nie aku rasa dia melawak ja tapi banyak kali dah aku tengok , Mh17 jatuh pun salah kerajaan. fakyo










 3. Komen berunsur islamic

Kat facebook kan ada budak mana tah yang mak dia interprem sekali  masuk dalam video tuh, alaaa yang pandai cakap omputih tuh, serius aku masa umuq2 budak tuh, cakap pun lidah terbelit, dengar2 kata video budak tuh baca yassin pun ada, kat bawah nie ada gambar komen berbentuk islamic yang aku rasa depa nie jenis tak dan-dan nak sound orang..







Yang nie kes tudung... Ermmm cam na nak kupas dan ulas. Aku dulu subjek PI masa sekolah pun failed. tapi.tapi.tapi.. Kalau salah betulkan aku.. Bertudung biar dari hidayah allah ka?? Kalau cam tuh berjimak secara haram pun kena tunggu hidayah allah baru nak bertaubat ke??? Errr komen nie confuse ahh.. cam buasir otak plak..tettt.




4.Komen dia sorang ja pandai 

Macam aku penah cakap sebelum nie, Malaysia nie banyak pakar, banyak kaki kondem, semua orang bodo piang tapi depa ja reti buat tuh buat nie, tapi kat facebook jalah, kat luar haram, menega aiskrim Malaysia belum tentu dapat tarik customer.. Macam aku...









5. Komen selalu kutuk badan beruniform

Yang nie ada gak aku jumpa, dari setiap kes2 jenayah kat Malaysia nie semua orang tuduh badan beruniform nie xreti buat keja lah apa lah, dari kes Lahad Datu, kes culik, macam-macam kes lah, semua salah polis, ok kalau aku kat tempat mangsa pun aku marah, tapi tak kan semua benda nak salahkan polis.. tah la,, no komen, kang komen salah plak.. Kalau bapak aku polis mau emosi aku terganggu teruk tengok komen-komen cam nie. 









6. Komen Berani Mati

Jenis nie memang gila bapak berani mati komen kat tempat orang, tak kira dia tuh anak raja ka anak apa-apajalah kan semua berani.. Jenis nie ada yang komen lawak-lawak, ada yang komen sentap-sentap, pada aku lakan, jakun tuh aku selalu sebut kot, mangkuk ayun nie perkataan jakun pun kena pikir banyak kali nak tulih, paling berani jebon nie berani cakap bongok kat anak raja... Kalau dulu2 tah dah kena sontot juboq sampai mampus...






7. Komen lawak

Hampa mesti kalau buka facebook , mesti cari bahagian komen kan??? Aku paling suka baca komen, kadang2 komen cam haram jadah ja... Grrrr... Paling aku suka tengok komen kat KHK, page nie memang malas aku cakap banyak... 

Komen yang aku paling tak boleh blah, sila tengok gambar kat bawah nie, berani betui dia...








Banyak lagi jenis komen kat media sosial nie, salah satunya komen kaki ampu, kadang-kadang tuh aku tengok bijik mata tuh makeup macam alien, gaya mulut cam juboq ayam tapi ada lagi orang boleh cakap sooo cute macam princess barbie, khinzir betul cara komen ampu nie.. Tangkap gambar buat mulut cam juboq ayam comei?? Ok2 aku memang tak reti bab2 teknik tangkap gambar nie. Aku bukan reti bab-bab fesyen ngan teknik gambar nie..

Mohon jangan sentap-sentap na, kalau rasa nak sentap boleh pi blah atau pi.............

<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<

...Mampuih ...














22 Oct 2014

Perihal Ajinamoto

Hai.....

Walaupun den rasa dah terlambat den nak ucap selamat hari deepavali dekat kumarjit khan, arjit khan, kamala goshal, urmila motokar, karisma kapor dan lain-lain,walaupun terlambat den tetap nak ucap jugak...... 

............................................Selamat Hari Deepavali..................................................


Dalam gambar nie adik den yang den rasa cantik macam izara esyah............... tapi versi pondan, adik den yang baju merah tudung hitam, den ?? Den yang jantan belakang tuh.....

Semalam den jalan-jalan dengan adik den yang umur 19an tuh, den drop by sat dekat kedai beli barang nak buat jeruk epal hijo asam boi cili berapi ....

Adik den nie kalau bab memasak kadang-kadang ja rajin, banyak nya asyik menkedaroh pree ja. 

Semalam badi mana tah sampuk dia , rajin pulak jin nie nak  masak2, den ok lagi.. Den tengok dia beli kulit popia, sepanjang den hidup tak pernah lagi mak den ka, tok den ka, bapak den ka buat popia, den musykil dia nak buat apa dengan kulit popia tuh, den senyap ja mikio...

................................Situasi : Dalam Keta Nak Balik Rumah..................................

Adik Den : Woiii hang tau dak resepi popia kari yang mak cik selalu buat tuh.. Aku nak buat popia nestum ngan popia kari sat lagi.

Den : Sapa mak cik hang? Aku bukan mak cik hang, pi tanya dia la...

Adik Den : Haram aih.. Aku tanya leklok nie..

Den : Aku rasa dia guna serbuk kari blend dengan garam gula lepas tuh buh ajinamoto bagi banyak sikit..

Adik Den : Tudia, ajinamoto tuh tak baik tuk kesihatan, luruh rambut, botak pala..

Cilakak adik den nie sejak bila dia tau perihal ajinamoto nie. guwe pelik bangat..

Den: Dari kecik hang menkedaroh ajinomoto tuh baru harini hang kata tak baik tuk kesihatan.. Fakyou....

........ Conclusion......

Bapak den tuh anti sangat dengan ajinamoto tapi hakikatnya kat kedai tuh berlambat letak ajinamoto dalam makanan, sedap plak kan makan, balik rumah kalau dengar-dengar mak den sebut ajinamoto terus merajuk tak mau makan lepahtuh blah pi makan kat luar.. Adik den pun sama, anti sangat dengan ajinamoto... Memang ajinamoto tuh tak baik tuk kesihatan tapi kalau asyik makan luar ja, hari nie kat kepci, esok kat old town, lusa dekat blablablabla, memang tak dak guna ar.... Noktah.

20 Oct 2014

Kwang Soo Sertai Running Man Ke Malaysia November N!!

gambar sebat 


To be honest, aku bukan lah minah-minah yang suka sangat dengan kpop nie, yang aku kenal cuma dakdak running man ja.. Aku kalau tahap nak jadi geng-geng keria celup  memang tercicir jauh lah. Yang aku tau cuma susu pisang ja, kalau bahasa korea tolong jangan mai cakap depan aku, tolong jangan fanatic sangat dengan korea sampai tak mau cakap melayu, ada orang yang rasa serba serbi tau pasai korea, pantang nampak blogger pi korea,mula lah nak bagitau kata tempat tuh cantik tempat nie cantik, mula lah nak perbetui sebutan atau ejaan, padahai bukan penah pi korea pun, kadang-kadang rasa nak ludah pun ada.. Benci benci benci hokey.. Jujur nie

Dulu aku selalu jugak ah tengok episod-episod running man.. Sampai lah aku jadi meluat gila tengok running man, girafah aku kerja kalah ja, dah lah muka cam bongok ja, lepas tuh asyik kalah,sebab dia asyik kalah lah aku malas nak tengok dah running man...Kesian tengok muka dia macam bebodoh sangat.

Adik aku yang fanatic tahap cilakak dengan running man nie beriya-iya sangat nak book ticket pi tengok running man,nak beli ticket paling murah 199hinggit semata-mata nak pi tengok kwang soo, ya-ya ja nak pi tapi spender cap zon ria pun tak mampu beli, nie kan plak beli ticket running man.Puiiiii........

Aku pun heran apa lah sangat yang ada dengan running man tuh, nak eja princess pun tak qeti, nie kan plak nak cakap melayu, bayaq mahai-mahai ticket pun bila hampa pi bukan hampa paham depa cakap korea, melainkan memang hampa memang baka dari korea atau belajaq kat korea lah atau pun terlanggaq batu jatuh kelepiaq lepas tuh hilang ingatan tiba-tiba bole cakap korea....

Kalau sambil cakap ada sarikata tak pa lah jugak.. Bayar harga memahal tapi sepatah haram tak faham, baik tengok kat rumah ja, boleh gelak sampai terkincit jugak..

Alaaaa adik aku yang beria-ria sangat nak pi tengok sebab dalam facebook kan dah kecoh pengkianat tahap kronik tuh akan mai dengan haha, jiho, sokjin, jongkok.......Dia memang tahap gaban minat dekat kwang soo, siap buat wallpaper handphone lagi.. Sebab tuh ya-ya sangat nak beli ticket..

Mak aku pun dah terkena badi korea, masa aku tengah type entry nie aku perati ja adik-adik aku tengah tengok running man, ada satu suara sumbang di celah-celah adik aku, gelak sembunyi tanpa suara, ambik spec baru jelas. Omg!!! Kenapa mak aku dah join tengok running man..

Patut lah mak aku dok puji-puji ja jongkok tuh hansem,,,awat mak aku kui pelik.. Tolong lah mak..

Sat gi adalah dakdak fanatic korea berapi baca entry nie.... tolong jangan maki aku dalam bahasa korea...Jujur tuh menyakitkan...

Tapi jujurnya , aku lagi suka tengok running man dari tengok cita lawak bodoh tibi tiga... Running man best kotttt....Sumpah tak tipu....


............................................................Sayonaraaaaa.................................................................

Entry memang celaka , aku cuba-cuba jadi dakdak kpop....Harap kpop lovers yang tiap2 hari cakap korea kat Malaysia tak marah guwa....

18 Oct 2014

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/10/channel-set-perfume-giveaway-by.html
Click Sini



1 set miniture perfume CHANNEL  gred 5A akan  diberikan kepada pemenang yg paling bertuah

 20 orang peserta bertuah akan mendapat variety shawls!!

giveaway sampai 11.11.2014

Melelah tak tengok hadiah dia, lagipun syarat-syarat nak join tak dak lah susah mana pun, tengok-tengok baca-baca apa lagi, tekan new post, pakat ramai-ramai join giveaway by mg nie

Rumah Sewa Berhantu

Macam lahanat ja tajuk entry kali nie.. grrrrr..

Dulu hakak pernah sewa rumah taman kos rendah yang lama lebih kurang setahun setengah jugak lah..Dari hakak awal masuk rumah tuh sampai lah 2 3 bulan hakak nak keluar tak pernah lagi hakak kena kacau dengan hanttttt.uuuuuuu.. Hakak pun memang tak mau jumpa dengan hanttttt.... Mau terberak hakak lari tak cukup tanah kalau terjumpa..

Hakak nie spesis terkena  badi tak ley tidoq awai, senang kata insomnia separa kronik, almaklumlah student kan, sapa tak terkena insomnia nie macam susah nak caya sikit lah... Sampai lebam bijik mata pun hakak tak ley tidoq lagi...

Nak dijadikan cita , malam tuh hakak sorang ja tak ley tidoq, petang haritu hakak dah terbongkang tekoyak tidoq sampai ke asar,malam hari memang liat sangat bijik mata hakak nak pejam, kawan-kawan hakak nie dah berdengkuq macam lembu jantan dah... Pantang ada masa kerja nak membuta ja

Jam dah tunjuk satu lebih dah tapi bijik mata tak mau pejam, hakak nie tunggu masa ja nak tidoq tapi apakan daya tak ley nak tidoq, tiba2 hakak dengaq ada air dok mencurah-curah macam orang dok basuh benda, hakak dalam hati dok rasa gila ka apa jiran hakak nie lewat macam nie dok rajin basuh natang apa tak tau la.. Sebelum-sebelum nie pun hakak dok dengar bunyi air time-time lewat  ceni.. Cuma hakak pelik ja awat lah dia rajin sangat dok buka paip ayaq malam buta ceni......

Tiba-tiba bunyi ayaq tuh macam dok depan rumah hakak ja, hakak dah makin pelik, depan rumah hakak jugak dia nak mai curah ayaq... Boleh dak hang pi buat riuh depan rumah orang lain, rumah aku jugak dia nak mai buat huru hara....

Sumpah hakak tak tipu, masa hakak tengok kat syiling bilik tuh ada satu bayang-bayang hitam kecik, hakak tengok kawan hakak, sedap berdengkur sampai air liur basi menitik-nitik, hakak nie dah rasa macam-macam dah.Bunyi ayaq makin laju, hakak apa lagi, nak terkencing pun ada dah, hakak mula baca segala ayat, tapi bayang-bayang tuh makin besar, makin besar...

Hakak apa lagi diknonnnn..

Gelabah lah, bayang-bayang hitam tuh dah penuh syiling dah, lahanat betul hakak ingat bayang-bayang tuh dah berambus tapi makin besar pulak bayang hitam tuh..

Hakak tak cakap banyak,terus celapak pi terkam kawan hakak, lepas ja dia bangun terus bunyi air tuh hilang, bayang-bayang pun hilang... Celaka betul, penat hakak rasa nak terkincit, boleh benda tuh hilang, tak dan kawan hakak tengok... 

Hari-hari berikutnya dah tak dak bunyi air waktu lewat-lewat, tapi satu malam tuh kawan hakak terdengar lagi bunyi air , kami apa lagi mula lah nak tercirit.... Hakak dengan kawan-kawan tiap-tiap hari dok bilang hari nak nak keluar rumah, kalau ada pilihan, malam hakak kena kacau tuh lagi kami nak berambus dari rumah tuh.....tapi apakan daya rumah tuh ja yang kosong masa tuh....

Walaupun cuma nampak bayang-bayang tapi cukup buat hakak rasa nak meninggal..... Nasib baik sampai sekarang hakak masih hidup..... Sebelum kes rumah sewa nie, hakak penah duduk hostel, tiba-tiba satu malam tuh kat hostel, hakak dengar orang dok teriak, betul-betul depan tingkap meja study hakak,hakak pelik jugak, jin mana dok sedih sampai tak dan-dan nak teriak kat tingkap meja hakak,dia tak tau ka hakak dah susah hati dengar, jangan sampai hakak sekali join teriak dengan dia, bangun pagi tuh hakak cita kat kawan-kawan, rupanya bilik sebelah hakak pun ada dengar jugak..

Hakak mintak simpang lah nak dengar ka nak nampak benda-benda mistik ni... Cukup lah 2 kali hakak rasa nak pitam dengar benda-benda cam tuh...

Ending macam celaka........................

-Cerita benar-

17 Oct 2014

Internet Dah Ada

Syukur alhamdulilah akhirnya internet rumah aku dah elok balik, macam nak mampus aku paksa abang tuh mai rumah aku repair tiang tepon... kalau dia tak mai repair jugak petang tadi, aku dah berkira-kira nak pi buat rusuhan depan TM dah. Aku bukan boleh sangat kerja nak merusuh ja. macam tak kerja pulak kan..

Lepas nie boleh lah blogwalking balik macam dulu-dulu, blog aku nie dah lah sendu..

Sebenarnya banyak benda nak cakap, pasal tofik batisah lah, pasal orang melayu kita lah, pasal nazim othman lah, nak update nama peserta yang join segmen aku la, tapi dalam next entry..

Sekarang pun ayat aku dah macam tahik, kalau lagi banyak aku type lagi banyak tahik2 yang keluar... Malas aku nak tunjuk banyak2 kat hampa tahik-tahik yang akan keluar, merana tak sudah nanti..

Ya allah.....................

Mengantuk gila kot... Tak dapat habiskan dah ayat-ayat terakhir...

Kalau ada yang baca entry nie, mohon jangan dicerca ok, esok2 aku sambung lain...

Tak ley celik dah deyyyyyyyyyyy... 

Gagah type.. Gagah-gagah pun banyak jugak ayat terkeluar...

Selamat malam semua..

-Entry Bersambung-

14 Oct 2014

Seronok Ke Pakai Kereta???



Ada orang selalu cakap dekat hakak senang lah ada kereta sendiri, nak pi mana tak payah susah dah.Start enjin kereta terus pederaih pi mana nak pi.. Jangan pi jahanam sudah lahhh..

Sapa rasa syok ada kereta sendiri???

Hakak nie lepas kerja baru beli kereta sendiri, tuh pun sebab tak dak kenderaan nak ulang alik pi office, tempat hakak nie mau kematu juboq2 nak tunggu bus.Lrt rasa nya sampai kentut keluaq api pun tak tau ada ka dakg. Jangan tanya hakak kematu tuh apa...

Sebenarnya orang cuma nampak kita seronok ada kereta sendiri sebab boleh pi mana-mana senang, boleh bawak keta sendiri, orang tak tau kita nak kena melayan keta tuh macam mana. Banyak songeh ok, tapi kadang-kadang lah.......

Adik hakak tuh tergedik macam tenuk dah nak keta sendiri, hakak tanya dia" banyak duit pak hang, keja bahagian menteri mana".. Terus dia senyap..

Hakak  heran dia ingat bapak dia keja menteri pengangkutan kot sedap-sedap nak beli keta kat dia... Dia ingat beli keta guna duit jutaria... 

Ada keta memang la senang, tapi tiap2 bulan yang nak berkenyang lapaq orang yang beli  keta tuh lah..

Nak isi minyak untuk berulang alik lagi, kadang-kadang kawan ajak keluaq pi riki-riki boyfriend, kena buh minyak lagi, kalau dapat kawan hat jenis haram sikit, sekupang duit pun tak mau huluq buh minyak..

Kadang-kadang mai angin terhegeh2 keta nie memang buat sakit kepala, ada saja nak kena repair, sat lagi tayar botak, aircond tak sejuk, bateri mampuih, skru taya tercabut.

Mau tercabut waya otak dok pikiaq  mana nak cari duit nak repair keta..

Kalau servis kereta setahun sekali hakak la manusia paling bahagia sekali dik....

Sapa cakap ada keta sendiri seronok ha????

Malas nak cita...........

Lepas bayar insurans keta selalunya hakak makan maggie ja dikkkkkkkk..........

Tak seronok pun.........................

Sapa nak kereta yang cantik dari orang lain, yang minyak seap, murah dari kereta luaq negara, warna yang boleh lah tahan, yang penting start keta pun guna ibu jari ja sila click sini.... ** ayat pancing
 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah