12 Jan 2014

Ukulele Baru

Hyeee!

Hari nie nak cerita pasal hari-hari-hari tuh punya cerita.

My bro ada lah ajak pi beli gitar. So dia pun terkedek-kedek ikut aku pi kerja pahtu petang sikit baru nak bawak pi beli. Kalau boleh bawak anak pi kerja takan nak bawak adik laki tak boleh plak kan.

So, lepas kami round2 satu kedai music tuh, dia pun dah decide which gitar untuk beginner macam dia. Tak ada lah mahal sangat kan. Nowdays, baru aku tau yang shopping dengan lelaki nie meluat tak kira. Kalau boleh biar lah hari tuh ja pertama dan terakhir. Rasa sakit hati macam nak rimbuk orang saja. Semua nak orang pilihkan, bila orang tanya nak yang nie ka, lepas tuh pandai plak " ikut hang lah, kak".Lepas dah orang pilih banyak plak komen.

Dia atau aku yang nak main gitar?

Lepas round2 kedai music tuh, aku rasa macam ada satu malapetaka nak mai. Serius tak muhung.

Rasa jantung dupdapdupdap. Hebat sungguh purse aku nie dok kodek2 dalam beg, macam ada sesuatu yang nak lompat keluar pi kat cashier.

Rasanya tadi masa bukak purse macam tak ada duit, tapi yang setonnya plak macam mana ada atm kat sebelah kedai tuh. Shit! memang malapetaka hebat.

Susah jadi perempuan, nafsu nak membeli lagi dasyat dari nafsu makan. Tak pernah masuk kedai tak keluar dengan tangan kosong. Duit yang selalu perempuan selit2 nie mesti akan bawak keluar jugak.

Jadi malapetaka untuk shopping bulan nie dah mai, terbeli lah satu ukulele.

Aku punya style memang susah. Kalau orang kata mengaji tak boleh tuh bahlol, aku nie tahap benak, susah nak catch up dengan satu benda baru yang aku nak belajar.

Hullahoop sampai sekarang aku tak tau macam mana nak main.

Dek kerana masa aku pi beli tuh buku untuk beginner  dah habis, so terpaksa tunggu seminggu lagi nak p beli lain.

Pahtu dah nama pun barang baru mesti lah terketar-ketar nak main. Ketaq ditdit lah nak pegang. Tapi tangan keras macam kayu.

So malam tuh aku google satu persatu. buka youtube sampai habis tab. Jiwa perempuan dengan barang baru memang super pulun. Tengah drive pun boleh buka tengok lagi.

' HOW TO PLAY UKULELE FOR BEGINNER'

Banyak jugak lah video ajar main ukulele nie.

Pahtu adik aku mai buat serangan hendap, siap gelak-gelak lagi, heran aku, jin mana yang rasuk dia. Naik takut...

" hang buat apa wei sorang-sorang dalam bilik?" . Soalan dia aku tau mesti ada benda nak pedajei aku.

Dengan penuh tab dekat comp tuh aku bukak,masakan dia tak nampak.

" erm.. hang p juai balik lah ukulele hang tuh."

Firasat aku memang kuat kata yang benda tuh aku xkan juai tapi lambung naik atas lemari.

" awat hang bukak video for beginner?"

Zupppp! aku jawab balik "yang nie ja aku jumpa untuk orang tak cerdik cam kita"

" hang sesuai untuk video for dummies lagi"

Hare sungguh budak nie, Memang hareeeee....

Rasa macam nak wrestling.

Malam tuh tidoq tak lena, rasa macam dummies sangat ka, sampai tengok sepuluh kali pun tak leh catchup lagi. Pagi tuh dalam sejarah pi ofis awai, sebab nak google...

'UKULELE FOR DUMMIES'

Kali nie memang nekad aku akan tengok sampai berdarah air mata lepah tuh mesti aku faham.

Nanti dah pandai boleh main sambil nyanyi lepahtu masuk youtube, lepah tuh silap hari bulan jadi artis. Mula2 nyanyi pahtu berlakon. Masuk tv, mak tengok, cerita satu taman anak dia jadi artis, Ish2 dasyat sungguh cita-cita nie.

Dari pagi sampai balik ke rumah, asyik tengok ja video ukelele for dummies tapi tak ley nak beza chords langsung.


Ukulele for kids untuk lagu Old Mcdonald had a farm pun belum tentu aku boleh main.

Rupanya aku lagi teruk pada dummies.


Perangai perempuan awal bercinta

Alhamdullilah dan syukur kerana masih lagi diberi nafas untuk mencoret sedua perenggan untuk disajikan buat diri sendiri bagi tatapan di masa hadapan. Ya amin......Kilauan unggas membelah keheningan malam ini membuat diriku semakin bersemangat untuk mencoret.... Uhukuhuk.. Batuk kecil kedengaran di balik tirai tempat kucing ku beradu...........

Alamakkk..................................................

Rasa macam tak secocok, tak kena, buang tebiat nak mampuih dok pi tulih ayat macam atas nie ,gaya macam karangan SPM dapat 9G. peuwwwww...

Hari nie rasa macam ada banyak masa pulak  nak cerita merapu serba sikit...

Lelaki mesti meluat gila kan nak tunggu cikaro, awek, chan, mata air, gilpren, baby, b, sayang, anja, mama, ewwww mama?? Kadang-kadang rasa macam perempuan nie banyak yang fakes sangat perangai dia time awal bercinta.

Hampa yang lelaki nie jangan lah gatai mulut nak puji gilpren awai2 time sebulan dua bulan bercinta. Lepas setahun baru rasa menyesal.

" U u, kenapa eh u lembut sangat. I suka gilewww aww dengan gegirl yang lembut cam u, sopan, pandai, istiqomah, pakai tudung. erm kita kawin euw. I promise tak kan tinggal u?"  

Setahun selepas

" Pasai apa hang???Wei boleh dak hang jangan cemburu buta sangat, dok beletiaq macam beruk maknyeh, aku p jumpa kawan pun salah ka? hang tau dak tiap2 kali kita nak keluar aku nie macam sarkas dok kena tunggu hang dalam kereta? mai-mai tak lawa macam maya karin pun."

Time tuh semua nak ungkit.

Pompuan mesti akan cakap

" Ok fine , kita putus"

Amboi panjang sangat aih dok karang ayat conversation merapu.. hahhahahahhahha.. Perempuan punya modai satu ja melalak sampai keluar air mata lepahtu OK KITA PUTUS.


Aku punya zaman bercinta dulu pun samaja penuh dengan kepalsuan sangat.. Zaman Jahiliah dulu kala lah. sekarang dah tak buat dah. hihi

Kira macam first date dulu mesti asyik fikir ja nak pakai baju apa. Erm siap janji lagi nak pakai baju same color. Lepah tu tudung, kasut, handbag semua penting tuh. 3 Jam sebelum tuh dah siap-siap makeup.

Hari nie set kena letak banyak sikit blusher, bajet macam bagi dia nampak pahtu puji. eye shadow pakai warna pink macam gegurl, maskara jangan lupa, eye liner make sure ada macam hantu ponti kalau boleh xmau melekat atas mata... Dalam hati memang nak makeup tebai bagi lelaki puji. Kot-kot dulu tak suka hari dia tengok makeup boleh plak tersuka kanz.

Kalau boleh hari first date nak pakai baju ketat, seluar ketat, kalau pakai tudung tuh nak pakai tudung singkat.. Kira semua nya nak pakai yang boleh dapat dosa walaupun diri dah tau..

Lepahtu bila bf dah ambik naik keta dok senyap macam kera sumbang pahtu tengok hang aku pahtu senyum macam kerang. Sengkuang betoi kalau teringat balik time dulu-dulu, macam tak mengaji sekolah pun ada.. Kalau ingat balik time dulu-dulu mesti tak kelapaq buat dah. hahahah

Sabar sat noh cerita nie memang panjang gila...

Lepas tuh plak dalam hati, wei puji ar aku cepat, penat dok makeup, sembur perfume 10x sebelum nak mai dating nie..

Mesti macam tuh punya kebanyakan perempuan.Lepas tuh tempat dating mesti nak tuju p Kfc, Mcd, wayang, karaoke, nak makan pun tempat standard2 high class saja, ermmm bosan + berlagak. Padahai time tuh guna duit biasiswa saja, xsedaq diri, topup plak rembat duit bapak RM 3 tiap2 malam sebab nak bergayut tuh belum termasuk telefon rumah. Tak pasai kena potong free saja telefon rumah dok sebat guna untuk bergayut.  pembaziran syaitonnn...

Time makan kat kfc order snack plate 2 wings pun kompem xhabis, kalau boleh tak mau makan guna tangan nak pakai garpu, tisu sedia masa dok kat tangan, makan sat lap pastu lap lagi. Time makan tengok muka bf pastu tengok tv pastu control makan. Tengok tv tapi imaginasi pi sampai ulu banat mana tak tau lah. Kalau makan kat rumah pelahap semacam ja tapi depan bf , mak sendiri lalu pun dia tak mengaku anak, terkejut tengok ayu sangat makan. 1 lagi kalau kat rumah hantu jering, tempoyak, petai, ikan perkasam tapi cita kat bf yang benda macam tuh geli, tak makan.. Lepas kahwin ja dia yang melahap petai lebih dari laki sendiri makan petai.

Sebelum nak pi makan tuh, ada 1 masalah lagi, bila si bf tanya " u nak makan kat mana?" , pompuan akan jawab "ikut u lah". " kita makang kat restoren ****" , " cheq... Xmau makan situ",,, " habis nak makan kat na?", errmmmm " ikut u lah".... Kalau nak tengok wayang plak, " kita tengok horror movie ekh" , " eeeee xmau takut.. ( dalam hati nak sangat, sat lagi boleh jerit) "

Habis bila dah balik rumah mesti nak sms , whatsapp apa semua pastu nak sangat laki puji cantik masa dating tadi, bila dah orang puji pahtu cakap "eh mana ada, i biasa-biasa saja, tak cantik macam ex u"... Perempuan kalau dah mula dapat pasai point ex gf pakwe dia sekarang nahas lah wei,, setahun pun belum tentu dia tak ungkit, sebulan awal dia ungkit tiap-tiap hari.. hahaha

Kadang-kadang rasa bosan hidup couple, setengah orang tiap kali dating mesti ada nama kfc, mcd, old town, pak hainan,  salah ka dating makan kat tempat cam warung yang sedap2, pasemboq, laksa kedah, laksa kola perlis, ais kacang aka abc, cendui aka cendol gula melaka, mee rebus, nasi lemak daun pisang.. heaven rasa aih dengar makanan macam tuh.. Time aku dulu memang aku paksa bf aku pi tempat cam nie, Jimat duit aku ngan dia, tuh xkira go dutch lagi time dating..

So lelaki-lelaki kat luar sana kalau rasa tak larat tunggu, cemuih, benci perempuan bersiap lambat , cakap awal-awal tak suka kena tunggu lelama. Sebab nanti dia ingat " nothing! dia tak kan marah. So aku boleh lambat, try 1 baju xsuka, buang, try lagi"

Kalau rasa tak mau kena pelangkung duit time dating+ makan, first date tuh bawak siap pi warung ka restoren biasa pahtu baru bila rasa macam bonus dah masuk baru bawak makan kat hotel ka , tempat2 high class nie. mihmih...

Jadi fahamilah perempuan... Awat aku rasa macam dok menggalakan orang galak xtau. Ok2 aku tarik balik, jangan buat tau apa aku nasihat.. ^_^

 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah