12 Aug 2014

Renew roadtax dan auto insurans di MYEG

Sempena bulan baik hari baik nie, bakal tiba waaa punya birthday kereta..

Jiwa waaa rasa tak sooonokkk.. 

Mau tercirits nak bayar insurans kereta .

Haritu aku pi agen insurans kereta, kira hitung tolak pi mai pi mai ada banyak jugak kena bayaq.

Boleh terkejut bequk tengok amaun kena bayar. Macam kereta aku tak da susut nilai pulak.

Macam kes aku nie dah ta da NCD sebab 2kali claim padahal baru 2 tahun pakai.

Kereta murah tapi insurans mahal bapak.

Lepas balik pikir tonggeng terbalik, terpikir kenapa aku tak try gunapakai myEG tuh.

Sapa xtau myEG tuh apa elok click hat nie myeg.

Bagi yang jenis malas nak mampus macam aku nie, boleh lah ikut step yang aku buat nie.




step 1: Klik link MYEG dan klik auto insurance renewal









Step 2: Bagi yang pemalas macam aku sila klik here di bahagian help
kepada si perajin sila isi bahagian owner information pahtu sila perekoh sendiri hala tuju nak renew tuh

step 3 : Isi contact detail dan hantar,  tunggu sehingga Customer Service call ataupun check email 

step 4: macam kes aku nie no telefon bagi tak complete, jadi isi jalah email detail yang depa nak tuh.




Lepas dah isi semua detail, nanti Customer Service yang handle hampa tuh akan hantar quatation harga dan hampa sepantas kilat boleh bayar dan depa akan hantar roadtax kereta melalui pos.

Yang aku boleh habaqqq , insurans yang kena bayar memang murah daripada aku pi tanya agen hari tuh.

Servis pun cepat, kelmarin aku buat payment hari nie polisi dah sampai via email.

Kalau malas dan nak jimat macam aku nie, boleh lah guna myEG Services jahhhhh...

Tapi aku tak tau lah senang ke tak pulak nanti nak claim insurans. Harap-harap tak da lah benda buruk jadi . 

9 Aug 2014

Selfie , Hashtag & Worrior Kepala Hotak Kau

Semenjak kes MH 370 tuh banyak betol aku tengok pakar dekat malaysia.

Aku pikir kalau banyak macam nie pakar dekat Malaysia boleh la cepat sikit Malaysia maju.

Tadak la aku bergaji seciput.

Dalam bebanyak pakar dekat Malaysia, aku paling suka pakar ekonomi, sebab memang ekonomi aku tengah tergawatan sekarang nie.

Tak kisah pakar penerbangan , pakar senjata, pakar selok belok peperangan,pakar mengayat perempuan, pakar dunia, pakar agama, pakar copy paste, pakar yang pandai gila , pakar kesihatan, pakar kedai kopi, yang penting pakar lebih kurang macam aku, keyboard warrior, yehaaaaaa.. 

Biar orang tahu kita pakar walaupun hanya di kedai kopi.

Setazah dan setazzz dalam facebook pun banyak. Time terkena musibah tak kira kecil atau besar , masa nie lah semua nak copy hadis lah , ayat-ayat quran lah, copy status islamik la, bagi yang setaz atau setazah nie baik copy tuh membaca, jangan membaca nya perenggan atas ja, perenggan bawah, harammmmmm....

Aku perati ja manusia zaman sekarang nie. Kat kubur nak selfie, tengah teriak nak selfie, tengah meeting nak selfie, tengah berak nak selfie...

Tak salah nak selfie.

Tapi bila berselfie dan berhashtag jangan hampa guna  kepala lutut.

Hashtag sedih tapi gambar selfie

Wadepap.

Gambar tengah gelintir kuih siput tapi hashtag #prayformh17. 

Apa motif tongong oiiii?

Gambar jual liptint tapi hashtag #prayforgaza #prayforpalestin#prayformh17 #prayfor370

Semua yang gambar tak da kena mengena dengan hashtag nie kebanyakkan orang Malaysia.

Adakah orang kita nie banyak nya tak faham bahasa???

Malas nak screenshoot contoh-contoh keyboard warrior Malaysia yang dari A sampai Z semua xkena, Ustaz dan Ustazah yang sentiasa betul walaupun diri sendiri tonggang terbalik macam topgun, Pakar Hadis Malaysia, dan model selfie hashtag xguna.

Kalau hampa rajin cari lah sendiri.

status : malam yang suram disinari lampu pelita minyak tanah, menunggu malam lailaturqadar bersama angin sepoi-sepoi bahasa, ku titipkan salam takziah buat keluarga mangsa mh17, diharap bersabar menempuh dugaan, ku panjatkan doa buat semua #prayformh 17 #prayfor gaza# matikau#hashtagkepalatongonglooo

Gambar : selfie muka mulut duck face lidah terjelir.

Komen :  Sepuk berdesing kepala jugak kot sat lagi.


p/s : Sapa makan manjakani dia rasa pahit
 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah