26 Sep 2014

Bila Nak Kahwin


Bila Nak Bina Masjid ???

Sejujurnya, aku sejenis manusia yang tak suka bila orang tanya soalan 'upsr/pmr/spm dapat berapa A','pointer berapa sem nie', 'degree bila nak sambung', 'sapa boyfriend hang', 'bila hang nak kawin'.

Soalan bila ' hang nak kawin' tuh paling aku meluat.. Tetiap kali kenduri, hari raya, reunion berwajib nak kena jawab soalan ternazak nie.Lagi-lagi bila dah menjadi remaja kertu.

Kekadang ah aku tertanya ,  orang melayu nie memang suka bagi tekanan sesama manusia ka? atau depa semua out of topic, aku rasa kalau tak da topic pun bukan nya aku nak pi sepak terajang pun kalau tak cakap dengan aku.....

Bab-bab soalan nikah kawin nie , pernah aku jawab "insyallah coming soon' , habis dikatanya aku gatal nak nikah awai, muda lagi , patut belajar dulu sampai master, dalam hati aku nak ja aku luku kepala dia nie, lain kali setakat nak ceramah aku baik tak yah tanya. Aku bukan seronok dok kena menganga menjawab soalan depa.

Kekadang soalan-soalan tahap cipanzi nie lah yang buat aku carutzz sorang-sorang dalam hati.

Ha gituh cara marah bila orang tanya bila nak kawin. Bukan tak tau soalan sensetip menyentuh halkum ... Sapa tak marah...

Bukan cakap mak long , masa reunion dengan kengkawan pun aku rasa nak luku kepala sorang sikit bila orang tanya 'bila hang nak kawin', padahal diri sendiri pun belum kawin, aku rasa soalan bila nak  kawin nie seronok ditanya.. 

Aku pernah fikir kalau orang tanya nak ja aku jawab ' Mak cik tak nak tanya bila saya nak mati ke'. Tapi tak sampai hati pulak, tah mak cik tuh ada anak laki melepas plak daku..

Dulu sekali aku pernah jawab ' kahwin mati tuh kan ditangan tuhan'. Apa yang aku nampak muka mak long tuh sentap teruk. Terus aku simpan ayat tuh. Takut nanti mak yah aku back hand aku , makan moi setalam pulak. Itu baru dengar aku nya ayat ja terus sentap, takut nanti aku beliak kan bijik mata, habis berselerak kain atas kepala takut tengok bijik mata aku.

Kadang-kadang depa nie suka tanya soalan bila nak kawin nie , aku rasa masa zaman remaja dulu mesti jenis sendu, itulah bila dah seronok beranak pinak nie, teruja nak tanya soklan macam tuh, ini mesti kes tersendu memalam.Itu baru depa tanya soalan kahwin, kalau bab mengawan, bab anak, bab nak tambah anak, bab luar dalam kain lagi, tak ke hampa rasa nak mengelupur sawan.

Aku pelik,tak kan depa tak tau, masa depa muda dulu pun, bukan depa plan hari nie nak kawin esok terus boleh akad nikah. Dengan siapa aku nak kawin lagi lah aku tak tau, lagipun Nazim Othman tuh tak kawin lagi, sebab tuh lah aku tak boleh jawab bila aku nak kawin. Mana boleh perigi cari timba.

Gituh marah nya nokkkkk bila orang tanya bila nak kawin....

22 Sep 2014

Tabiat Pemandu Di Malaysia

Dah lama ku mau update entry.. Tapi tahap kecelakaan line internet nie dah macam mau kena strok, menyakit hati betul . Bukan cakap nak blogwalking nak tengok shoutbox pun tak dapat..

Entry kali nie ku mau paparkan kepada kamo kamo semua gimana rakyat malaysia memandu kereta...

Dah lama ku perati cara-cara orang kita nie memandu, ada yang kuangjaq tahap kena samak, ada jugak memandu tahap lemah lembut gemalai tahap macam nak turun keta lepahtu tolong dia drive.

Ha gituh....

Sebenarnya banyak perangai orang kita nie, cuma aku selitkan sebahagian saja.. 

Awat cam pelik sangat ayat aku atas nie..... kat bawah nie hampa pandai-pandai perati betui ka dak perangai kita masa bawak keta..




1. Suka makan @ minum 



Yang nie aku paling suka buat, paling-paling suka bila dah jem manjang atas jalan raya, dah la lampu traffic light merah manjang. Aku rasa ramai orang malaysia yang suka makan dalam kereta tapi kalau macam orang yang fussy tak suka makan dalam kereta tuh aku no komen.





2. Suka sms, whatsapp, facebook



Yang nie aku observe memang banyak jugak orang buat, tapi zaman sekarang nie jarang orang sms, kedekut kredit , whatsapp we chat ja banyak, kawan aku pernah drive sambil membalas we chat, lepas tuh tak perasan kereta depan tengah break mengejut, alamat nya mu claim lah insurans keto mu. ha gituh.



3. On the Phone




Aku pun jejenis manusia suka bercakap telefon, tah ler,, awat aku bawak keta ja mesti ada orang nak call, semua call tersedak plak tuh. ku perati la, bukan aku sorang ja jenis cakap telefon nie, termasuk la jiran atas jalanraya aku jugak, bapak aku pun sama, cuma dia special sikit dapat dah la seketui saman dari polis.. aku tak mau la saman-saman nie, rasa sakit hati nak bayar. 



4. Shave 



Dulu aku tak pernah jumpa orang jenis shave bulu dalam kereta nie, tapi tahun lepas ada sekoq lori nie lembab sangat cara pembawakan lori, atas lane kanan tapi slow, rasa macam nak maki jugak la, tak dak pilihan lain, kena gak ah potong sebelah kiri, sekali ku pandang rupanya tengah shave misai, dalam hati aku , haram jadah sungguh, tak dak tempat lain ka nak pi cukuq bulu, nak bawak keta jugak la nak pi cukuq bulu hidung, bulu ketiak , bulu kaki.. Bukan sorang tapi dah 2 3 orang ku perati.



5. Suka maki , complaint & Hon



Yang nie golongan yang suka maki , suka komplen memacam, suka hon orang, kiranya semua orang salah  dia ja betul, aku salah sorang golongan pemandu macam nie, mak aku cakap aku pembuli jalan raya tahap kronik kena samak, amboiii kemain mak aku, tapi memang aku suka maki pun. wakakakka. sakit hati waaaa.. aku nie dah la jenis pundi tak boleh menahan, nak balik cepat ja mesti ada benda nak kena buat jadi bahan maki. Aku rasa bukan aku ja tapi ramai. Mak aku tuh cakap ja lebih , haritu aku tengok dia membebi tanah kan kereta keluar simpang tak bagi sigenal.. Ha gituh..



6. Suka selfie



Yang nie ramai ku perati.  Adik aku cakap memang orang malaysia nie dah kena sindrom selfie cuma penawar ja belum jumpa. Malas aku tulis panjang-panjang ,kaum kerabat aku pun dah banyak kena sindrom nie.



7. Suka korek lobang hidung




Aku bukan nak kutuk-kutuk orang, tapi nie aku rasa ramai kot suka korek tahik hidung, penah aku jumpa pak cik mana tah, korek lubang hidung penuh syahdu lepas tuh buka tingkap jentik2 jari , owhhhh apakah itu???? Tapi sejujurnya aku pun suka buat camni dalam kereta, huahuahuahuahua.. Tak tau nak cita nikmat dia macam mana, tapi bila dibuat penuh kusyuk,pasti esok akan berulang lagi.. grrrr



Sebenaunya banyak lagi tebiat orang malaysia bila bawak kereta nie, ada yang jenis drive slow tapi duduk lane kanan, ada yang suka tukar lane tak bagi signal, ada yang kusyen kedepan macam nak duduk atas stereng, ada yang bila nak potong kereta ambik side macam nak pi parking atas bonet kereta orang.Macam-macam sangat.  Tuh tak kira suka buang sampah keluar tingkap lagi, kadang-kadang kesian yang bawak motor... 


21 Sep 2014

Liebster Award Part 3

Aku ditag lagi untuk liebster award. Refer Sini dan Sini untuk Liebster Award yang lepas...Hari nie dapat MC , bajet-bajet petang nak buka blog buat entry untuk libster award nie, tapi cilakak betul, asal nak mula naip ja, laptop lembab, lepas tuh hilang, tanya sapa sorang tak tau, last-last tertongeng aku cari , jumpa bawah sofa, jebon mana simpan tah,nak naip balik ada orang mai rumah, menyampah betoi aku kalau macam-macam masalah nie, mula la aku nak menyumpah dalam hati. wakkakaka.

Dah ada masa , boleh la aku jawab soalan-soalan yang dah lama diperkasam kan oleh daku yang agak sibuk 2 3 hari nie. Tapi malangnya satu tag aku oleh sorang kakak nie dah hilang, sedih benau aku, dah 2 jam aku cari blog hakak tuh, tapi aku tak jumpa, tah mana terselit aku pun tak tau, sedih benau-benau dah nie... Mana la aku nak cari hakak tuh pun tak tau.

Jadi wa sambut tag dari Izatty 

Kalau hang femes, hang femes pasaipa?
Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku femes.. facebook pun aku sendu niekan plak blog. sendu mak henon..


Kalau satu hari nanti hang dapat hidup macam orang kaya hat pangkat Dato'/Datin, hang nak buat apa?
Aku nak buat bodo, dah kaya dah, so buat2 la bodo.. :)


Apa benda thorbaik hang jumpa dalam blog aku?<http://hamsterkentut.blogspot.com/>
blog hang cepat, speed blog baru 9.85.. tak caya test kat sini speed test


Hang sanggup dak kerat kaki untuk Internet?
sudah semestinya tak


Apa hang rasa kalau hang ada komputer/laptop/tablet/smartphone tapi Internet takdak?
kalau jawapan jujur aku rasa macam loser kot, bosan, dok rumah tak buat apa lepas tuh takdak internet, herrrrr...


Hang rasa orang Nepal hensem dak?
Hansem lah... hansem.. tak muhung aih


 xDPeah pi beli 3 pemadam untuk Leha dan 2 pembaris untk Tijah. Jadi, berapa panjangkah rambut mak Tijah?
tak pasai aku nak pi kira hitung tambah rambut mak tijah

Apa kesalahan hat paling kecik hang penah buat?
ambik duit bapak aku rm 3 ringgit tetiap 2 hari sekali untuk topup, dia ingat toyol. tapi 2 dulu la

Apa hang rasa kalau hang kena berdiri kat sebelah orang yang ketiak busuk tah macam apa dalam bas yang padat lagi mampat?
aku penah kena kes macam nie tapi bukan dalam bus cuma aku dalam seminar, dia duduk sebelah aku dari pukul 9 sampai 5 petang, lepas lunch asyik berlahak bau nasi kandar, balik seminar terus demam..

Ditakdirkan hang gemuk, lemak berlipat-lipat seperti diriku, apa barang yang hang rasa boleh muat dalam lipatan lelemak ittew?
Duit.. tak yah aku susah-susah beli purse

Betui dak kalau aku kata, bila hang nak tag orang satgi, hang pi amek sesiapa yang ada kat cbox hang? Hahahaha.
hahahhaha, betui, tapi aku pun tak tau nak tag sapa.


So soalan-soalan aku untuk blogger yang bertuah adalahhhhhhhhhhhhhhhh (tolong baca dengan keadaan yang nervous )

1.Ayat mak hampa yang selalu dia guna?? Macam mak aku "Kalau aku pi cari jumpa satg siap hang"
2. Kalau orang tanya "lah pasai apa hang gemuk @ kurus sangat". agak2 jawapan apa patut bagi?
3.Nazim Othman hansem tak? kalau tak pasai apa?
4. Adik aku nie asyik tengok Running man gelak-gelak dari pagi sampai malam, dah lama dah keadaan nie, lebih setaun, ada penawar terbaik?
5. Kalau hampa dapat kawan yang 24 jam asyik nak diet padahai dah tahap tinggai tulang sumsum dah, hampa suka ka atau rasa nak sepuk dia?
6.Sebenaqnya aku dah krem otak nak buat soalan , 1+1 dalam mathematics form 4 @ 5 berapa jawapan nya.
7.Kerja rumah yang paling hampa tak suka buat?
8. Kalau tetiba orang mai blog hampa lepas tuh sound kat cbox, hampa nak pendam ka hampa nak maki?
9. Kalau nak maki apa makian terbaik kena bagi kat orang bajet2 bagus nie.
10.Adoyaiiiii susah betui nak buat soalan,, awak kat mana???
11. Teka namaa penuh aku boleh tak??? Hihi

Yang ditag :

18 Sep 2014

Jangan Tangkap Gambar Kucing




Jangan tangkap gambar kucing.. Boleh bawa kematian, bila terjadi kematian, siapa yang bunuh?? Sudah semestinya si pemegang camera? Jadi apa hukum nya? Jatuh lah hukum haram kerana dengan sengaja sebab kematian kucing tuh.


Ini memang sangat lawak sarkas tahap tenuk.


Sapa cakap tangkap gambar kucing boleh sebab kan dia mati.Meh sini aku pelekuk dai sorang sikit.


Dedulu mak aku pun selalu cakap, tangkap gambar kucing boleh mati, aku nie kadang-kadang ada gak ah dungu, aku ikut ja apa mak aku cakap,sampai sekoq pun kucing aku tak dak gambar kenangan.


Dungu aku bukan tak bersebab keh, dulu penah tangkap gambar kucing tapi duduk 2 3 minggu terus mati, itu sebab aku tak tangkap gambar kucing aku. Trauma hat boleh kena stroke tau dak.


Bila lelama aku pikir kalau tak dak gambar. macam mana nak kenang-kenangan sesama..


Aku tengok dari 5 tahun lepas aku keja  tangkap gambar kucing aku , sampai lani elok ja dia, lani mak aku plak asyik selfie dengan kucing dia, dulu cakap macam-macam, sekarang penuh memory fone, nasib baik zaman sekarang bukan jenis guna kodak , negatif film bagai, kalau dak jenuh amoi cina nak cuci gambar mak aku selfie. Nasib baik bapak aku tak bagi mak aku buat facebook , kalau dak jenuh budak-budak sekolah kena lawan ngan mak aku upload gambar selfie paling banyak


Bila dah besar nie aku perasan lah dulu kucing-kucing aku yang mati tuh sebab kena langgaq keta, bergaduh, makan racun bagai, dah kebetulan pagi tadi tangkap gambar, petang keluar gaduh pasal cikaro, lepas tuh kalah terus kiok,memang lah orang ingat tangkap gambar kucing tak boleh.


Kucing aku yang 5 tahun lepas  yang aku asyik tangkap gambar tuh, emang nya ngak pernah mau keluar dari kawasan rumah aku. Jadi dia tak pernah lintas jalan kehulu kehilir, mengurat betina pun tak, bergaduh pun tak, kencing bersepah pun tak, jadi mitos-mitos tangkap gambar kucing nie tah betul tah tidak. Tak mau ah cakap lebih-lebih , takut plak haku.


Lagipun aku ada baca kat blog-blog, tangkap gambaq kucing jangan kasi flash nanti dia ada effect tertentu macam menggangu degupan jantung dan saraf otak anak bulus kita, malas plak aku nak explain panjang-panjang, pendek kata jangan guna flash camera.














Kucing aku berak pun aku suka tangkap gambar, ini baru sikit, belum aku hupload gambar mak aku tengah selfie lagi, kalau tak jenuh kena diabetis hampa semua. Terbekenan ngan mak aku pulak.  Sapadia rasa tangkap gambar kucing tuh tak boleh, kesian lah kat kucing sama, depa nak selfie gak, ingat hampa jaka.

15 Sep 2014

segmen bloglist sept-okt

http://notashalimar.blogspot.com/2014/09/segmen-bloglist-sept-okt.html


**klik banner untuk join sekali.. :)

segmen dari notashalimar.

tah malas plak aku naip panjang-panjang. mamai bangun tidur tak habis lagi.

walaupun malas naip panjang, akhir nya tetap jadi panjang jugak.. 

Segmen Blogwalking Lestari

http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html


sapa-sapa dia yang minat nak join segmen blogwalking lestari nie boleh la klik banner yang kat atas nie. Mood nak tulih panjang-panjang tak mai lagi, dok mamai cuti Hari Malaysia. Nak tulih sat lepahtuh masuk tidoq balik, sapedia tak paham aku tulih pa, mai nak bubuh kat dai sorang sikit. 

Yang penting sapadia yang minat boleh lah join segmen nie. 


Liebster Award



Actually aku di tag untuk Libster Award. Almaklumlah blog dengan tuan nya sekali dah lah sendu, sampai libster award pun daku kena google, bukti betapa malas nya nak ambik tau keadaan semasa pasal blog nie. Gituh.. Sebenaqnya aku pun tengah konpuis nak panggil dia kakak ka adik ka, bagi seimbang aku panggil si Farah sayang & teja 


Antara soalan-soalan yang ditag oleh farah;


Why do you blog?
tah la, kat facebook tak boleh tulih panjang2 , xmacam blog.

What do you think some one should blog about?
hahhahahhahhahahha.. tak tau nak jawab

and why?
hahhahhhahhahha. krem urat otak dah.

If you are a designer, you would design ?
design baju kawin dari songket untuk hari perkahwinan.

If you have a dream job that would be?
dari kecik-kecik tak pernah ada own ambition jadi bawak sampai ke besaq lonjong nie lah.

and why?
sorry, jawapan kat atas tak tau nak jawab.

Your fav colour? 
purple

What best describe you if some one wants to know you as a friend?
tak reti nak melawak, kalau orang mintak tolong sedaya upaya nak tolong walaupun kadang-kadang orang mintak tolong jodohkan dengan Nazim Othman.

What is your life motto?
cari jalan nak kahwin dengan anak raja.. sebab tuh nak design baju sendiri. walaupun tuh angan-angan mat jenin.

If you had to pick between sky, beaches or forest which one would you pick?
pantai

and why ?
kat kedah memang banyak pantai, tapi kena pi langkawi, ingat murah nak pi langkawi, sebab tuh lah kena pilih pantai, hutan sebelah rumah ja , jemu dah tengok. hurmmmm. mana emoticon sedih nie.



Daripada teja :


1.Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat dan kenapa?
Ayu raudah, sebab dia cantik pada aku, tengok aku naip nama dia pun salah, sebab aku mmg tak suka.

2. Perkara paling gila pernah kau buat.
tak mandi selama seminggu dan tahan berak selama 3 hari tapi hari ke 4 dah tak menahan sebab dikatakan ada cctv dalam toilet masa pergi kem.

3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
Tah, semua benda tak rasa macam malu, sebab mmg tak tau malu.

4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
asal teman mak aku shopping mesti nak tercirit , lepas tuh nak balik awal. mak aku paling tak suka tebiat macam tuh

5.Barang paling kau sayang.
bantal busuk

6.Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
ini soalan mencabar , kenapa hang letak nama amir raja lawak??? sesak nafas.

7.Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
kartun tuh apa?? tak pernah tau pun.

8.Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
tah ler.. pulau mabul kot. 

9.Perkara paling sweet/romantik pernah kau buat.
errr, aku jejenis manusia yang tak romantik, kalau romantik tuh mungkin sawan tenuk.

8.Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
superpower yang ada power berhenti kan traffic light kalau aku lalu kat jalan raya.

10.Secara jujurnya, pendapat (impression) kau tentang aku? *asah parang*
yalah2. hang comei, hang baik, hahaha, hang ,ermmm2,, hang,, tah ah..






Ok sekarang soalan daripada aku untuk yang telah dinominate dibawah ini, mohon dapat jawab

1. Pernah selfie duckface?
2. Kalau pernah apa perasaan lepas tengok gambar tuh sekarang?
3. Benda yang tak kan pernah lupa sampai sekarang?
4. Benda nakal pernah anda buat?
5.Subjek paling tak suka dari zaman  sekolah?
6. Hadiah harijadi yang hampa sentiasa impikan?
7.Kalau dah kahwin apa jawapan yang diberi kalau orang tanya 'ko bila lagi' , kalau belum kawin apa jawapan hampa nak prepare?
8. Longhat negeri yang tak berapa nak faham?
9. colour baju yang paling banyak?
10. Hampa paham dak bahasa utaqa?
11. Tak tau nak tanya apa , hampa jawap lah ikut suka.

penerima tag :









**walaupun patut tag kepada blogger yang follower nya 500 kebawah tapi suka hati aku lah nak tag ke sapa2 pun .. muah sikit 

12 Sep 2014

nasi ganja perlis

Uolls pernah dengar nasi ganja??

Eh bukan nasi yang taruk ganja dadah syabu bagai tuh.Aku pikirin nasi ganja diambil nama sempena keganjaan serta kekusyukkan menikmati nasi sampai tak mau berenti.

Sambil makan sambil tergedik-gedik saluran usus menikmati nasi ganja.Itu belum proses menyahtinja hasil makanan lagi.Kira nya masa proses menyahtinja tuh seronok macam nyanyi lagu dangdut gituh....

Sedap kehmain.

Kesedapan nasi tuh aku rasa sebab campuran kuah dengan nasi yang boleh buat yaqliuq titik taptaptap, Gituh..Lagipun harga tak da la mahal sangat macam aku makan nasi kandar tuari ayam goreng dengan telur asin dah rm 9.50.Nasi ganja dengan ayam percik part dada baru rm4. 


Selalunya aku tapau nasi ganja dekat repoh atau pasar besar perlis.Pasar besar perlis aku tak tau kat mana sebab abang aku ja selalu beli situ.Bagi aku , repoh ka pasar besar perlis ka , semua sedap.


Kat mana kedai???Nanti aku kasi map kat hampa.Aku tau hampa memang pemalas baloq liat kan.Bagi yang tak caya nasi ganja nie sedap.Suka hati ..bluerkkk.








Kertas Soalan Bocor

Sesejak dulu lagi dah banyak cita pasal soalan bocor nie.

Nak jawab peksa bukan macam makan cikedis ja. Sebelum nak peksa dah rasa nak tercirit, masa nak ambik result lagi ah nebes macam nak muntah merah, tidur malam pun tak lena.

Masa aku dedulu kalau pelajar tuh dapat title 'anak cikgu' ,mesti orang cakap budak tuh dapat soalan bocor. Orang la cakap. 

Bukan aku cakap, tah betul tah tidak.Mana aku tau. Kekadang tuh orang melayu nie penyakit suka berdengki, habih fitnah merata tempat.Dah budak tuh bawak gen cerdik, memang ah peksa dapat keputusan gempak.


Dulu adik aku masa nak ambik upsr dapat gak soalan "bocor". Siap fotostat kertas gi tuh. Tapi yang bezanya,  adik aku bukan anak cikgu lar.Menghafal dia sampai tertonggeng , sanggup tak berak takut membuang masa nak menghafal.

Tapi haram, yang keluar ada lah satu dua benda.


Dedulu mak aku kalau dah dekat dengan peksa besau nie susah lah nak bagi keizinan nak ponteng sekolah.

Hampa tau apa alasan dia???

"KOT-KOT NANTI CIKGU BAGI SOALAN BOCOQ"

Heran jugak, mana lah mak aku tau semua tuh.

Masa aku nak ambik SPM dulu pun, dengar-dengar jugak ada spot soalan yang keluar. Aku apa lagi dah dapat rejeki, menghafal siang malam.Masa tuh aku sanggup tak makan, tak berak mandi semua, kentut pun aku kemut, takut nanti terkentut tetiba aku terlaqo duduk mikir kentut aku kuat ke busuk ka.

Time nak jawab kertas SPM BI , memang tepat apa cikgu tuh spot soalan, keluaq sejibik-jubik soalan tuh, cam ahli nujum gituh cikgu nie.Akan tetapi disebabkan ketaq yang lebih dari nak kahwin anak raja, aku terus lupa apa aku hafal, sampai nak translate tali menjadi rope pun aku lupa.

Aku tak tau la apa pemeriksa tuh nak tanda kertas aku , 2 3 benda aku bedal ayat BM, tah dia rasa nak bakau kertas aku, tali pun aku tak tau apa benda.Sipi-sipi ja aku dapat result, kalau gagal, makan tahun lah kena perli dengan mak bapak aku.


Tapi kiranya nasib bebudak upsr tahun nie memang sadis sangat, terpaksa ambik sekali lagi exam, kalau yang mak bapak kaya , plan nak bawak anak pi obersea , terpaksa ah cancel.

Kalau aku kat tempat bebudak tuh, mau berkandaq-kandaq mood aku hilang. Bayangkan kalau aku yang kat tempat depa, berapa minggu kena kemut kentut aku.

Cissss! Lelema krem usus.

Kesian bebudak tuh, jadi mangsa keadaan semata.

Tapi aku rasa lah kalau 10 tahun lepas aktiviti berfacebook macam sekarang, mungkin aku pun kena ambik exam balik...

Nasib-nasib...

Sapa dia lah manusia yang baik hati membuat viral soalan bocor tuh...

11 Sep 2014

Tips Menutup Liang Pori

Aku dolu-dolu masaelah liang pori terbuka nie tak dak la  menjadi sangat.

Semenjak menjadi remaja kertu nie makin menjadi jadi pulak.


Dulu lobang pori macam kulit buah kiwi tapi sekarang dah macam strawberry .. hampa bayangkan strawberry yang masam tuh ada lobang-lobang terbuka , ha gituh la rupanya.

Kat sini aku tak mau berletiaq panjang-panjang menghabiskan karen rumah dok cerita pasai faktor- faktor  punca liang pori terbuka ni.



Secara ringkas nya punca terbuka adalah disebabkan masalah genetic, penuaan, cahaya matahari dan kebersihan.

Sedangkan masalah punca-punca kat atas nie tak dak la berkait rapat sangat dengan aku.

Aku ada satu sikap cetann yang suka pakai whitehead removal seminggu sekali, bebajet orang kaya gituh..

Rasa nak tendang tak?

Rupanya bila dikaji selidik membuat experiment semua. Patut la elok duk kecik jadi besaq liang pori tuh. padahai whitehead tuh bukan ada sangat pun. Tuh la penyebab liang pori aku terbuka.

Jadi kepada sesapa yang bebajet kaya nak pakai sehari sekali whitehead removal tuh, udah-udah la,nanti takut liang pori menjadi jadi lagi.

Ini bukan aku buat konklusi sendiri keh tapi memang pakar kecantikkan yang cakap. 


Aku nie jenis tak menahan nak try satu produk ,  jadi aku pi kedai tanya beauty advisor , PRODUK MENGECILKAN LIANG PORI. 

Produk apa tuh tak boleh aku cakap sekarang. Nanti diakhir cerita aku bagi kat hampa dua produk yang sangat-sangat berkesan..

Rasa nak tercirit tak baca ayat nie???

Motif utama memang nak buat hampa tercirit pun.


Berkesan tak produk rahsia yang aku guna nie dalam masa 3hari???

Sudah semestinya tak..

Mana ada produk berkesan dalam masa 3hari. Kalau ada pun tah harga boleh buat kelam mata setahun.

Lain la hampa pi laser muka, yang tuh aku langsung lah tak tengok, masa promosi pun dah 6ratus, zabedah lah aku nak pi lempaq duit sampai beribu raban nak membayau laser treatment.

Produk aku guna nie tak da la sampai sebulan nak nampak perubahan AKAN TETAPI liang pori akan mengecil secara sikit demi sedikit. 

Bila hampa dah try satu-satu produk jangan dok mengharap produk tuh akan menghapuskan terus pori kat muka hampa.

Sat lagi  dok kecewa kecewi siang malam tengok muka.

Retak cemerin rumah dok menghadap sehari 45 kali.

Tips kedua adalah untuk menutup kecelakaan pori masa kita nak makeup.

Bila makeup hampa perasan dak lelama atas hidung akan ada bintik-bintik macam lubang.

Ha kat sini la aku nak cita produk apa yang berkesan.

Kalau hampa pi kelas makeup yang berbayar pun , kadang-kadang MUA bukan senang-senang nak bagitau.

Kadang-kadang kedekut taik hidung masin.

Tongang terbalik pun hampa tak dapat tau .

Bukan semua MUA la, 2 3 orang ja yang kedekut. Yalah, depa dah pi kursus beribu-ribu lepas tuh nak bagitau free ja mana boleh.

Tapi memandangkan hari nie hari baik aku, cadangan produk adalah PORE dari Sephora.

PORE sangat shesuai dipakai untuk makeup supaya liang pori tertutup rapat... jadinya lubang-lubang kecelakaan tuh tak kan nampak la.

Nanti aku hupload gambar google produk PORE tuh.


Ada setengah orang heksited lebih macam aku nie, semua tempat nak apply. Akan tetapi jangan pakai seluruh muka. Cuma dapdap di tempat pori terbuka jala. 

Cara nak pakai tuh letak pores nie di lapisan ketiga

Maksudnya lapisan pertama pakai makeup based , lapisan kedua foundation, dan lapisan ketiga baru la pores benefit tadi.

Faham???

Faham?????????????????

Fahamm??????????

Bagus lah kalau tak faham.

Aku tinggalkan hampa  dengan produk yang aku cakap tadi, Gituh cerita nya...



Pore (Sephora) menutup liang pori ketika makeup

Simplysiti Dermagic Beauty Moisteriser
Simplysiti Dermagic Beauty Moisteriser






4 Sep 2014

kekdahnya geli bahasa kedah?

Bebaru nie.. 

Kecoh aih pasai status orang Kedah

Yang aku pelik sangat mana dia tau orang kedah hitam-hitam belaka?

Atau sebenaqnya dia sejenis manusia yang kebuta warna? I

Kalau aku rajin. Kalau rajin lah. Mau menitik ayaq mata dia kalau aku senarai tempek kat dia orang kedah yang kulit putih.

Sapa yang putih makan kcolly ka aura white terkecuali dalam senarai.

Harap2 cikta lepas nie jangan mengaku orang kedah , slang pun kena tukaq la. Cakap omputih. Lagipun cheta tuh putih melepak. Orang kedah hitam2 belaka nah.

Tujuan entry nie bukan nak tulih panjang-panjang sebab tuan hat update status tuh pun dah mintak maaf walaupun pada awai macam orang tak ketawan tulih status. Harap lepas nie kawan kita yang tak berapa ketawan nie tulih status yang boleh control sikit kalau mulut memang sejak azali laser tuh. 

Tapi bab yang culture shock tuh boleh jugak aku setuju sebab memang pun betui. Tuari kawan aku orang kelate pun culture shock sampai terjentat jeans dia. Jadi tak kisah la mana satu negeri pun tiada beza melainkan orang tuh pandai pilih kawan. 

Kalau pilih kawan suka masuk club , ke club la kita, kalau pilih kawan suka merempit, merempit lah kita , kalau pilih kawan suka ke masjid, ke masjid lah kita, kalau pilih kawan yang suka jadi keyboard warrior, warrior tahik hanjingggg lah kita. 

Apa aku boleh kata kalau orang yang geli dengan bahasa kedah harap tak strok atau mati keras baca ayat2 kedah aku dalam blog nie.
 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah