23 Nov 2014

bila nak kawin -part 2


Apa hang cakap semua betul nokkk..

Soalan maut semua nya...

Panas pulak hati hakak pagi2 ni bila orang tanya ko bila nak kawin.

Kepala hotak la nak jawab soalan2 hampa pagi2 buta nie.

Tapi.... hakak kaji manusia memang suka tanya soalan bodoh.

Sekian. Tak lawak pagi pagi dah bagi orang rasa nak boh penerajang sorang sekoq.

20 Nov 2014

perempuan


Yang nie hakak tak tau apa masalah dengan pompuan, kalau beli kerongsang sebakui pun last2 tinggai sebijik. Yang akhirnya sebijik tuh pun batu dah tak dak. 2 3 hari ja pin tuh bertahan, masuk minggu ke dua mula la hilang satu persatu.

Hakak kalau beli anak cekup 4 5 lai sebulan, last2 hilang tinggai satu. Heran bin ajain betul. Anak cekup ley hilang.hare sungguh. 

Owh ya, dulu masa belajar dulu hakak cakap kat kawan hakak "woi, lempaq mai anak cekup aku sat"... almaklumlah orang selatan bukan nak faham sangat, telah2 jawa plak. Dia cakap hakak tak faham, hakak cakap pun dia sendiri tak faham.

Dia ingat kan anak apa lah hakak mintak. Act anak cekup tuh sebenaunya anak tudung.. lempaq tuh kalau tak tau menatang apa bole lah pi bukak kamus dewan bahasa.

Satu lagi benda yang hakak selalu bagi hilang mesti stokin. Hakak heran betul, dari sekolah tadika sampai dibawak2 ke umur lanjut nie mesti stokin hakak hilang. Hilang dua belah xdak la hakak rasa menyakitkan sangat tapi hilang sebelah ja. Haram jadah sungguh. 

Sapa kata perempuan cermat ??? No komenn

19 Nov 2014

Routine Exercise Hakak

Ada orang tanya exercise apa yang selalu hakak buat.

Dulu hakak selalu jogging n hiking..Dulu-dulu ah.. 

Tapi sesejak hakak kena ligan dengan babi masa nak turun bukit, terus hakak berenti hiking.. Dasyat masa tuh punya lari, rasanya usain bolt pun kalah dengan hakak .Kalau dia tengok hakak lari masa tuh, tah semua pingat dia bagi kat hakak, kononnya ar.  Dah lah hari tu mula2 naik bukit kena ligan ngan anjing, lepastuh turun bukit ngan babi. Anjing betul..

Start ja kena ligan ngan babi tuh, hakak pun malas nak pi hiking lagi.. Owh bagi yang tak tau natang pa ligan tuh, ligan tuh macam kejar ah...

Tapi dulu tiap2 malam memang hakak selalu main badminton ngan adik2 tapi sesejak lepas ja hari raya tuari hakak dah mula malas , sampai sekarang malas nya tuh...

Hakak nie jenis yang malas ah nak pi gym, buat ja kat rumah, senang dan jimat duit.

Dalam bebanyak exercise , exercise yang dalam gambar nie susah hakak nak tinggal... Walaupun kadang-kadang tuh bangun pagi sakit habis badan-badan , kaki lutut juboq paha, walaupun sakit tapi sumpah best..

Exercise hakak buat nie bukan nak jadi ballerina , nak buat gimnastik artistik memang lagi tak,kalau yoga memang tak mampu hakak diknon, tulang sama keras dengan tulang lembu, hati pun tak dak nak buat yoga... So hakak tak tau exercise apa yang hakak buat tuh.


Selain dari exercise nie, setiap malam sebelum hakak tidur, hakak akan buat gerakan kaki macam kita tengah naik gerek.. Gerek??? Gerek tuh basikal dik. Kalau hampa teringin nak sebut gerek tuh bunyi dia macam sebutan kerekkk seyh.. Cuma k tuh tukaqqq ja dengan g..

So kepada yang dok tanya hakak tuh, hampa buat jala ikut suka hampa nak exercise apa pun,janji keluar peluh, jangan dok pi berjoget dekat lampu kelipkelap kelip kelap sudah lah, krikk krikk kriik ada yang memerati....

18 Nov 2014

I got a free ipad mini air from ****

Cilakak betul , semalam kecoh pasal iphone , hari ni tuptup pasal ipad mini plak..

Ada sesapa yang dapat free iphone???

Hakak agak semua yang spam ig artis tuh mesti dapat kan???

Tahniah ya semua.. Tahniah banyak2...

Tapi kan hakak heran betul, kalau bab-bab keagamaan nie sat ja orang tau kata nie propaganda yahudi la apa lah, tapi kalau benda free, ish malas nak perabih ayat.

Jenuh lah DR M dok gelang pala lagi kali ni tengok kelaku hampa..

Tuh ja nak cakap, cakap banyak2 pun malas.. Nak pi riki-riki dalam instagram sat, kot-kot ada free beg tangan ka kasut mahai ka.. Senang hidup  tak yah cari duit beli barang..

I got a free ipad mini air and iphone from my nightmare.


iphone 6 bakal dimenangi



Hakak ada berita gembira tahap tapir nak disampaikan kepada hampa semua..

Sapa nak hadiah yang boleh membuat kan jantung berenti 5minit??

Disini hakak nak umumkan ada beratus telefon iphone 6 yang bakal dihadiahkan kepada hampa2 semua. 

Macam mana depa murah hati nak bagi iphone tuh?? 

Hampa ingat dak sapa tah yang beli iphone sampai 99 bijik tuh, alaaaa yang kena reject tuh...ingat tak ingat tak..

Ha disebabkan tulah.

Syarat2 penyertaan adalah spam di ig artis atau sapa2 ja.

Senang kan nak dapat iphone 6. Hakak pun telefon cokia ja. Lempaq anjing mampuih. Hampa cuma perlu spam ja terus dapat iphone 6.senang betul.

Dulu zezaman komunis dulu nak beli tepon 3310 pun susah woooo nak beli. Zaman sekarang nie hang dapat free ja diknon.

Semoga berjaya semua.

Tapi hakak cuma nak share satu cita la. Semalam hakak pi shopping complex. Masa tengah2 jalan tuh rasa nak terberak sangat2 dah. Hakak masuk toilet tuh kena bayaq 5kupang. Nak buat lagu mana rasa nak terberak sangat2 dah. 5kupang pun bayaq jugak lah. Dalam hati hakak nak basuh juboqqq pun kena bayaq duit, bertuah betui lah sapa yang bakal dapat iphone 6 tuh ,tak payah bayar apa2 cuma pi spam ig orang ja, aku nie nak berak pun kena bayar. Cilakak betul zaman sekarang nie.

Masa tengah scroll ig , tengok, tilik, amati, rupanya masih ramai orang buduh rupanya.

Hakikat yang menyakitkan. Jangan marah k. Chill2.

16 Nov 2014

Senarai Pemenang First Segmen Sara Liyana

Apa habaq semua....

Laptop hakak lanie dok jadi kelaku jebon apa tak tau lah.. Lembab macam labi2.

Malam nie hakak nak umumkan nama pemenang first segmen hakak yang pada mulanya hakak dok ingat sendu senda , rupanya takdak lah suam2 sangat penyertaan nya.. Susah gak wooo nak pilih pemenang sebab ramai yang kreatif.

Semua blogger yang join segmen hakak semua bagus2, kreatif2, sampai hakak kena pikiaq 450 kali untuk pilih pemenang, bagi yang tak dapat mungkin bukan rezeki hampa, mana tau kot2 segmen hakak yang kedua nanti jadi rezeki hampa plak kan... 

Ok. Bagi pemenang segmen nie hakak ucapkan tahniah dan bagi yang tak berjaya hakak ucapkan hampa berjaya untuk segmen yang lain dan timakasih join segmen hakak walaupun hakak nie  membebal kan kadang2 .lol


Hadiah

Wang tunai RM 50 -

Topup RM 5 ( 5 orang ) 


Hakak mintak pada pemenang sila email hampa punya no telefon ke sara_liya91@yahoo.com & yumida sila email hang punya no acc ok

15 Nov 2014

first segmen sara liyana -tamat-

Hoiii hoi hoi

Disini hakak umumkan segmen hakak yang pertama telah tamat dengan jayanya tepat pukul 12 semalam.

Sepatutnya dari tengah malam lagi hakak update entry nie.tapiii. tak koserrr haku nak berjaga sampai lewat malam semata nak update entry.esok kedah keja hokey.

Hakak dah pilih 4 5 6 7 orang peserta. So hakak kena pilih lagi sapa yang akan dapat hadiah wang tunai.susah benau..

Pada yang join hakak punya segmen , hakak ucapkan tq so so so much. Walaupun hampa baru kenai hakak 2 3 bulan nie tapi ada blogger yang macam dah kenai hakak lama. Contoh macam budak, cik fafa, cik mimie, cik balqis, cikbelbel, jie najihah, zumal, naddya.. ramai lagi lah hakak pun dah xlarat nak senarai dah. Jenis pemalas nak buat lagu mana.

Ok.. berbalik kepada kita punya cita, senarai pemenang hakak akan update kemudian. 

Sayonara

14 Nov 2014

First Segmen Sara Liyana



Harini aku lancarkan First Segmen Sara Liyana  yang tersendu buat kali pertama nya. Hadiah wang tunai kepada penulis kreatif yang bertuah adalah menanti anda... Jangan lupa Join aku punya segmen ya. Tarikh tutup penyertaan adalah   14.11.2014 .


Syarat-syarat penyertaan :

1.Follow blog den
2. Tekan den punya iklan nuffnang Sini
3. Lekat kan banner atas nie dalam entry hampa dan backlink ke entry den
4.Buat satu entry kreatip bertajuk First Segmen Bersama Sara Liyana
5. Tinggal kan link di bahagian komen


Hadiah

Wang tunai RM 50 ( Seorang)
Topup RM 5 ( 5 orang ) 



Syarat-syarat lain


1. Entry yang hampa nak buat adalah bebas, ikut suka nak buat macam mana, nak tulis apa sahaja terpulang, tapi harus lah kreatip, jangan bagi sajak sudah lah. Akak loya tengok sajak. Kalau nak tulih 4 5 muka aku xkisah, nak tulih sepatah ayat pun aku tak kisah, tak tulis langsung pun aku tak kisah,kan nama nya kreatip. Sapa paling kreatif dia lah yang dapat wang tunai tuh. Entry bergambaq pun ok..

2.Aku pernah cakap segmen yang aku buat nie senang dan akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. So sesapa yang join segmen dan tinggalkan link kat bawah nie, akan aku follow semula dan click iklan nuffnang hampa, baru lah adil kan. So jangan lupa tinggal kan link dan join segmen yang tak seberapa nie.

3. Jika tak mendapat sambutan, segmen nie akan terbatal dengan sendiri nya.. hihi.. malu hakak tau..


** Ingat tarikh tutup pernyertaan adalah 14.11.2014 dan sesapa yang ada sebarang pertanyaan boleh email ke sara_liya91@yahoo.com...

11 Nov 2014

slow macam labi-labi

Woii.

Hampa dok buat apa???

Ada orang tanya hakak hampa tuh apa??

Semalam hakak cakap telefon dengan orang joho, hakak nie jenis tersasul sikit, tercakap lah "depa buat tak lagi". Dalam berbelit-belit lidah cakap keyel bole pulak terkeluaq perkataan depa.jilake betul.

Dah la hal pejabat, terlopong minah tuh tak faham, seb baik dalam fone, kalau dari mata turun ke hati jenuh hakak buat muka tak tau malu nak cover.

Hampa tuh kalu bahasa2 selatan nie cam korang lah, depa plak macam diorang.ha gituh. Lepas nie jangan dok tertanya2 hakak nie asyik hampa ja dah pasai apa. Sawan.

Satu lagi orang2 selatan nie kadang2 hakak kalau cakap telepon mesti nak ajuk cakap. Haram betul. Kadang2 kita cakap tige, depa mesti nak cakap tigaaaaa. Dah ar aaaaa tuh macam nak jadi tigo... buruk ok. Cam lidah lembu ja tebal nya nak sebut tigaaaaa tuh. 
Pendek kata nora danish ja bole cakap kedah dengan slang yang ok ok ar..

....................................
Macam nie lah hakak nak tanya hampa sikit. Ada dak suka bawak keta slow macam labi-labi tak pun macam siput babi.

Hakak tertanya2 pasepa ada orang tuh suka bawak 40 ke 60 cam tuh tapi duduk lane kanan?? Pasepa ha??

Hakak dulu masa tengah test jpj pun depa ajaq bawak 60. Tak kematu juboq ka bawak slow2 dok lane kanan??

Tapi tak pa orang dok lane kanan pahtu bawak slow macam labi2 nie selalu dapat pahala free ja, sebab orang cam hakak nie yang sibuk nak pi keja, yang kalut nak balik tengok akasia nie, selalunya ar , selalunya tak pernah tak maki.. 


So, hakak nak tanya hampa yang suka bawak slow dok lane kanan nie, apa sebenaqnya peraaaan hampa suka dok buat orang maki hampa?? Memang ar bawak slow tuh selamat, tapi hampa buat orang lain tak selamat bila hampa dok lane kanan.

Selalu nya yang tak reti sangat nie, kalih2 tepi mesti pompuan, tak reti parking pompuan, naik divider tak tentu hala pompuan, langgaq dinding parking pompuan, langgaq gate rumah pompuan, naik keta rempon pun pompuan, lembab macam labi dok lane kanan pun pompuan. 

Kalau ada benda tak kena atas jalan lepastu lalu tepi tengok pemandu tuh pompuan, "patut lah pompuan yang bawak".. kalau nampak keta bawak laju macam nak drift kelih2 tepi tengok pompuan yang bawak mesti nak kata "tudia pompuan nie".binawer sungguh.

Panjang2 nie hakak nak pesan.


Bawak slow lane kiri nah, bukan kanan.. harap faham semua tuh. .marah ni marah.

...................

Hakak nak ingatkan hampa first segmen hakak tuh akan berakhir pada 14.11 jam 12.00 malam. So sapa2 yang belum join sila cepat-cepat join. Rm 50 tuh tak lah banyak tak la sikit, tapi setakat nak belanja cikaro tuh dah lepas.. 

Meh2 join cepat sebelum contest berakhir... 

9 Nov 2014

Lallalallalallalala

Hello, hai, salam..............

Jarum jam baru menginjak pukul 11, tapi mata gue udah kuyu semacam ja.. jilake...

Sejak dua menjak nie pengaruh mengantuk awal nie makin menjadi-jadi.. sekarang nie hakak sedang menaip sambil tutup bijik mata.. owh ok tuh tipu..

Fuhhh berat benar rasa jari nie menaip, seb baik nama blog hakak bukan Jejari ku suka menaip, kalau tak memang tercirit lah hakak terpaksa type entry setiap hari sebab nak bukti kan jejari hakak memang suka menaip. 

Menaip benda tak dak paedah ja hakak nie, janji tak jadi keyboard warrior sudah. Sat lagi kalau hakak jadi keyboard warrior dalam setegram cikta hakak boom, setegram lara alana hakak boom, gambar elly mazlein jalan kat kubur hakak boom, makcik bagi makan kucing pakai suar nampak buku lali pun hakak kutuk piau2... Dah nama keyboard warrior semua benda dalam dunia nie nampak tak kena. Huh!

Hakak sekarang nie dalam fasa sibuk tahap dewa, kat ofis sibuk, kat rumah pun sibuk, tapi kat ofis tuh katanya sibuk walhal dari pukul 9 sampai pukul 5 buat kerja nya cuma 2 jam ja, yang selebihnya tengok facebook, gosip, cicah garam belacan, tengok member juai barang, lepastuh tengok akasia kt tonton. Settle, tepat pukul 5 terus balik. Blog ku pandang sepi, asyik ulang tayang cita setitis kasih darmia ja... Nasib baik hakak bukan kakitangan kerajaan tau, kalau tak buang masa ja kerajaan bagi bonus buta kt hakak..

Tah la, sekarang nie mood memang cam sampah.. banyak ok janji yang hakak kena kotakan dalam blog nie, semua benda aku tak buat lagi, dasar tahik.

.....................................................................

Kat rumah hakak nie pun dah macam tempat pembiakkan hewan bernama nyamuk , tambah satu lagi, tempat longgokan sampah sarap..Kemain bersepah lahai,... 3 Minggu lagi rumah hakak nie nak kenduri kawin abang hakak yang muka macam mangkuk bersepai tuh, tapi apa satu benda tak buat lagi, kemas rumah pun tak, hakak rasa macam semput ja, dah lah abang hakak tuh tahap tenuk punya pemalas, dah la pemalas pakej sekali tidur berdengkur bunyik katak, kentut bersepah, dah lah bersepah busuk telurrrrr pulak 15 minit, lepas tuh hakak rasa muka cam dia yang berlakon dalam filem cikgu suraya, hakak tak pasti cita pa tuh....

hhaaaa gua malas nak kondem lu banyak2 bro, luuu memang cukup pakej menantu bukan pilihan, kalau luuu jadi menantu wa, lu memang wa bagi tapak kaki ja,tahik betul... kan waaa dah cakap luu troll wa dalam utube, wa kasi angkat lu dalam blog, muah cikit, 1-1... hihhhhhh

............................................................

Cam gampang entry kali nie.. Update entry semata-mata nak kutuk abang hakak yang muka meran pekida tuh...

Tadi ada terbaca dalam satu blog, Najlaa 'Aqilah nie buat 7 Days Makeup Challenges, so hakak rasa  macam nak ikut cam dia buat, cuma tak tau bila lagi, hihuuhuhuhu....

.........................................................................


Makin banyak type makin bijik mata hakak menjadi-jadi..Sayonara..



4 Nov 2014

Hakak Jumpa Taufik Batisah

Hye...

Sihat semuanya???? Hakak ??? Sudah semestinya sihat walafiat, lemak pun dah bergempol-gempol..mengunyah seribuempatratusribujutakali memang ah banyak lemak.

Hampa kalau baca entry hakak yang lepas mesti perasan yang hakak nak update entry pasal tofik batisah, sebenaqnya hakak sendiri tak ingat entry yang mana satu hakak belasah haritu.

Bagi sapa2 yang tak kenal sapa tofik batisah tuh, sila lah bukak youtube abang pulang awak kat mana , awak awak kat mana tuh, tah hakak pun tak ingat tajuk dia..gugel lah sendirik.

Hakak pernah jumpa si tofik batisah masa pi singapore tahun lepas... 

Ada lah 4 5 gambar hakak dengan si tofik tuh.

Gambar berdua pun ada... Tapi cilakak nya laptop hakak yang simpan gambar tuh rosak.

Makan hari tau hakak menangis meratap laptop tuh rosak... hakak teriak bukan gambar dengan si tofik, tapi gambar yang hakak simpan dari umur 17, hilang cemtu ja. Benci hoke..

..........................

Cam  na hakak boleh jumpa dia????

Camnie citor nya, makcik hakak tuh kawin dengan seorang lelaki,yalah kalau pompuan cemna nak kawin kan, kalau kawin pun bukan bole beranak pinak, dengar cita nya si somi makcik hakak tuh ada bau2 bacang dengan si tofik tuh... Kalau tak da tali persaudaraan, hakak sendiri tumbuh gigi bongsu 14 batang pun belum tentu boleh jumpa.. Itu pun sebab hakak pi majlis kawin sepupu tofik...  kalau hari2 biasa memang tak ah bole jumpa.

Serius si tofik nie memang sangat humble orang nya, tah lah hakak pun tak tau nak olah macam mana orang nya, senang cakap kalau kawin pun tak mau ...... Errrrr malu pulak nak habis kan ayat.. Bagi yang pervert sangat, hampa boleh pi mampuih...Lol...

Hakak tak betujuan nak tulis panjang2 entry nie, kalau hampa rasa banyak ayat hakak yang tergantung, lantak pi lah nah. Almaklumlah guna handphone ja nie, gambar yang hakak jumpa nie pun nasib baik ada dalam private post hakak yang lepas2.





Hakak memang dah tahap malas nak edit dah, nak save pict hakak tak tau kat mana, so paling senang hakak screen shoot ja gambar tuh, settle.. lagi satu hakak malas nak letak watermark gambar nie, pesanan hakak alif lam lam ha, sapa curi berdosa... 

Hampa tau yang masa satu hakak??? Menyesal betul tengok gambar nie, pose cimpanzi apa hakak cuba nak buat.  Tak pernah lagi hakak buat pose cam tuhz tiba2 ja  terjadi haritu.
..................
Kalau la laptop hakak dah ok, nak ja hakak update gambar berdua dengan taufik batisah nie, biar nazim cemburu.

...............

Bila fikir2 balik tah apa2 lah entry kali nie. Nasib lah sapa yang membaca.. 






Selamat Hari Jadi

Secara percakapan yang serius, bila hampa last sambut birthday??

Pertama sekali sebelum kita pi lagi jauh, jangan ada ulama atau ahli sufi alam maya dok mai terjah kata sambut birthday tuh mendorong kepada  keyahudian atau terpesong akidah atau terpesong matlamat atau bebanyak lagi ah, hakak kena dah sekali so malas nak layan dah kali nie.. kalau sangap jugak nak bagi nasihat, sila lah pergi instagram abby abadi, sana tempat yang tepat.. 

Last hakak sambut birthday tak tau bila,masa umur 20 kot,mak hakak kata umur 20 last last kita potong kek, pertama sekali tiup2 lilin masa hakak umur 6 tahun .masa tuh sekolah tadika, kali kedua pulak masa umur 20, yang mak hakak kata last sambut. Dua kali ja diknon.

Masa dulu kita hidup susah , nak beli kek pun kais pagi makan pagi, kalau ayam bole lah setiap masa mengais

Sekarang nie hakak nampak beza sesangat. Kat kampung hakak tuh anak dia nak turn to 2 years pun kek secret recepi sampai 2 bijik. Panggil jiran2 kalah kenduri arwah.

Tuh baru panggil jiran penuh kampung semata nak sambut birthday anak , jangan ada yang buat decoration teruk,kot2 ada yang tiup belon sampai asma, tak ke meninggal.. 

Hakak pikir dulu kalau hakak mintak kek sebiji pun mak hakak cubit sampai meleleh air kencing.

Kadang2 sampai lupa bila tarikh hari jadi, lain la kalau ada boyfriend. Kalau dapat boyfriend sengkek atau tahik hidung masin, walaupun hanya sekadar wish happy birthday  tepat pukul 12, bersyukur jelah... Dari tak da langsung.


Dapat boyfriend atau suami yang romantik, hari jadi dapat lah hadiah or dinner treat. Dapat teddy bear pun dah dicanang satu kolej hokey.

Cuma hakak ja sadis. Tak pernah rasa disambut hari jadi beramai2 tuh cena. Hadiah beg lv taun lepas sempena hari jadi diri sendiri pun dah rosak. Hakak syak nazim nie beli kan beg tiruan kat hakak sebab tuh sekarang kulit beg dah jadi belacan. Tak guna betul si nazim nie.

............................................
Habis ja belajar terus kawan2 lupa birthday kita, masa belajar kalau ada teluq peram 400 hari, tuh ah makanan time hari jadi. Kadang2 bila teringat balik, haram jadah sungguh sapa yang baling hakak teluq masa malam birthday hakak harituh.. 

Banyak pulak mengomel, hampa2 nir bila last sambut birthday ramai2 dengan family

..........................................

Tak penting pun sambut hari jadi ke dak, yang penting muka harus lah nampak cantik , muda dan kelabu asap..

..............sayonara.......


Cuba teka birthday sapa???

1 Nov 2014

Si Hitam Manis

Semalam hakak balik kampung.....

Selalunya kampung hakak nie penuh dengan adik beradik yang baik hati belaka. 

Yang kuat mencerca pun banyak jugak... 

Semalam hakak demgan adik hakak nie bergurau lah senda bersama-sama kat atas pangkin bawah pokok pelam. Kat atas pangkin tuh rame lah jugak manusia2 nya.

Tiba2..

Dengan tiba2 nya manusia suka mencerca dah muncul.

Selalu yang balik kampung kalau ada 5 family, yang selalu dicerca adalah hakak ngan adik hakak. Siye betul.sakit hati benau. Macam tak dak nur kat muka kami satu family.

Adik hakak nie putih orang nya, tapi putih cam albino tuh tak lah kan. Kalau putih cam albino tak pun putih cina tuh mak hakak dah tersilap anak tuh, genetic kedua belah puak tak dak putih2 cam tuh.

Tiba2 ada orang kata hakak hitam legam. Shit!!! Hitam legam dia kata hakak.


Orang hitam manis nie manis ja mata dipandang, lagipun cuba tengok kulit depa , jerawat pun tak dak. Actually jiran2 kampung hakak nie suka sangat up2 anak depa, hakak jadi blur, cakap lah apa saja, tapi anak depa tetap putih, cuma hakak ja hitam legam. Pahtu compare plak warna kulit hakak dengan adik2. Gila betul manusia nie. Sukaa melawak cam haram jadah.Hakak makin pelik dengan orang2 dekat situ..

 


Puas hakak edit bagi nampak putih tapi kelabu jugak akhirnya.. 

Kesian mak hakak bertong2 soya dia minum tapi anaknya tetap kelabu..

Hakak syak mesti masa preggy dia suka makan kicap..

Kalau lah dikberadik hakak yang kuat cerca tuh tengok kj, tah kj tuh bagi depa hitam legam bontot kuali dia nampak, tapi bagi hakak khairy jamaluddin tetap manis di hati hakak.


 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah