25 Dec 2014

Entry Hari Khamis

To be honest, sekarang nie hakak dah kurang idea nak menulis, draft dalam blog nie ada lah 3 entry, tapi semua nya haram jadah ayatnya..

(Permulaan mukadimmah macam khinzzz)

Sekarang nie bukak blog lepastuh pikiaq macam nak mati, tapi idea tetap zero... Biadap betul kepala hotak nie. Tengok lah dulu idea kemain mencurah2, kalau boleh sehari 450 kali nak update entry, sekarang nie seminggu pun belum tentu idea mai.. Haishhhh....

Bukan cakap blog ja diknon, facebook pun dah masuk berapa taun tak penah upload gambar, status baru ja update minggu lepas,  gambar plak masa bulan september lepas hakak upload. Tetiap hari hakak bukak fb semata-mata nak tengok kelaku orang dalam fb ja, yang lain haremmmm tak besh...

Ha tengok tengokk,, dah tak tau nak tulih apa.......Berenti sat tengok fb lu............

Ok... 

Nak cita pasai apa ek????

Boleh dak kalau ada orang tanya apa2 kat hakak baru hakak cita dalam entry.. Bole dak..boleh dak, hakak tanya nie boleh ke idak!!!! Tanya lah hakak... Hihihihii..

Amboiii asam kelemboi, hakak dah mata berpinau2, tadi sumbat ubat batuk 2 camca, terus rasa nak pluppppp.....

Bye2 semua..

( ending pun cam celaka)




23 Dec 2014

Muka Tak Serupa

Time time macam nie kalau melayan youtube cita acap gila-gila, mesti buat tergelak sampai terkentut berdekah-dekah... Tambah-tambah hujan cam nie, asyik nak terkencit ja, jangan gelak sampai meleleh2 dah ar...

Dipendekkan  cito,Hakak nie anak no 2, ada lah abang sorang...Tapi muka tak sama walaupun bukan kembar. Ha gituh. Kekadang kan macam adik abang kakak apa smua tuh muka sepesen ja tapi family hakak nie dari banglong sampai bongsu semua muka lain2 baka, hakak nie baka pakistan tak sampai gen , cantik lah sikit walaupun tak sempurna pembentukan gen nya..

Tuari masa weeding abang hakak tuh, terjumpa lah 3 4 5 kengkawan lama, semua yang hakak dah lost contact sejak habis tusyen ngan sekolah dulu. 

Yang hakak pelik tuh depa tanya hakak buat apa kat weeding abang hakak tuh. Buang tebiat benau soalan tuh.. Bila hakak cakap hakak nie adik kepada orang yang jemput depa makan kenduri tuh, lepas tuh tak nak caya. Siap buat muka terkejut beruk lagi.

Kadang-kadang tuh ada kawan dia tuh kawan hakak, kawan hakak plak kawan dia, tapi masalah nya mesti nak cakap " awat muka hang tak sama macam abang hang", selalunya la kan selalu nya hakak akan jawab, sukaati la aku nak muka cam sapa pun.. Ha gituh..

Bila hampa tengok gambar kat bawah nie, nampak berbeza ka muka kami adik beradik????


puas edit bagi nampak muka hakak putih,, tapi sedari kecik, hakak lah dayang senandung bijik kopi dalam family hakak diknon...

21 Dec 2014

Tertinggal Budak Dekat Petronas

lately nie hakak macam bizi sangat2.. Sebanaunya bukan bizi pi kerja ka apa, tapi bizi bercuti, sepanjang 3 taun hakak kerja baru taun nie hakak mula bercuti, itupun baru 5hari.. Taun = Tahun

Sebelum hakak mula buat kerja , baik hakak update satu entry, bukan pa sat lagi kalau balik rumah, memang kerja membuta ja lepahtu tengok cita thailand dalam utube. 

Sepanjang taun nie ramai kawan-kawan hakak yang  dah bertunang & kawin. Cuma majlis akikah ja belum ada.

Kira dalam geng2 hakak yang berenam tuh, 2 dah kawin, 2 dah tunang, tinggal lah 2 lagi yang belum ada ura2 nak kawin ataupun nak bertunang. Ini kawan baik hakak dari tadika dulu nun sampai sekarang pun 2 3 hari lagi nak tunang. Masak2..

.............................................................................................

Semalam hakak pi kenduri kawin kawan hakak tuh dengan adik hakak, sorang laki sorang pompuan. 

Hakak dari sebelum sampai rumah kawan hakak tuh dah rasa nak terkincit dah, tapi mandangkan malu nak minta masuk toilet rumah orang jadi hakak pendam kan jua air kencing hakak sampai ke petronas mana yang dekat.

Serius masa hakak odw nak balik lepas singgah kincit kat petronas tuh hakak langsung tak sedar apa2, yang hakak sedar cuma sembang bergelak tampaq dengan dia.

Lepas 15 minit naik keta tuh, hakak tanya adik hakak yang laki tuh, " oiii jauh lagi ka kita nak masuk highway nie",

Tetiba ja sunyi sepi. Hakak cam pelik.. hakak pun tanya lagi " oiii, akak tanya hang nie jauh lagi ka dak"... Dalam hati hakak kurang ajaq budak nie tak jawab bila aku tanya. 

Hakak beralih belakang, macam pelik ja budak nie tidoq ka, tapi sebelah kiri tak dak orang  pun, adik hakak yang pompuan tuh tengok pun tak dak.

Dalam hati hakak sudah la budak nie ghaib pi mana plak dah,kalau ikut kan jantung hakak mau nak tercabut masa tuh, tengok adik sorang tak dak.. Adik hakak yang pompuan tuh dah menyumpah seranah dah, yang pelik nya adik hakak turun dia boleh tak sedaq. 

..............................................................................................
Mau tak mau hakak terpaksa ah patah balik pi dekat petronas yang hakak berenti tadi, sepanjang kami patah balik tuh tak dak sesaat kami tak gelak, dalam hati cilakak budak nie, mampuih dah lah dia dah ar telefon tak bawak, nasib baik adik laki mau adik perempuan, terkencing dalam kain la jawab dia...

Sampai ja dekat petronas tuh , hakak langsung tak nampak dia, haram jadah mana plak lah yang culik budak lonjong tuh, Hati hakak nie dah tak sedap dah. tapi dalam dok pikiaq kata kena culik pun dok gelak lagi,last2 tengok dia keluar dari toilet. Hakak tengok sepanjang dia nak mai kat keta boleh lagi dia bergelak sakan. 

Rupanya masa dia turun dari dalam keta tuh adik hakak yang sorang lagi tak perasan langsung, hakak naik keta pun tak tengok belakang. Nasib baik la kami sedaq awai, kalau sampai ke rumah baru sedar, jenuh terkapaq lah budak tuh...

.................................................................................................

Adik2 hakak jenis yang suka masuk keta terus nak dengar radio, kes dengaq radio macam nak pecah gegendang telinga tu lah yang sampai adik sendiri kena tinggai kat petronas, Hakak plak malas nak bising2 dalam keta, dah banyak kali jadi kes tayar pecah tak dengar, reverse keta masuk parit pun tak dengar.. Sebab tuh lah hakak cukup tak suka buka radio tapi depa cakap hakak nie macam orang tua2 , sendu ja katanya dalam keta hakak, yelah2 kepala hotak la, kes buka radio macam nak berjoget kat tempat dangdut la kena patah balik ambik orang tertinggal.

.........................................................................................

kadang2 kita naik keta bertiga kalau tertinggal mesti tak sedar orang tuh wujud sebenarnya.. Apapun nasib baik adik hakak ada lagi, mau tertinggal kat tempat tuh, jenuh dia, dah ar jauh, 4 jam pi balik...

17 Dec 2014

Tak da tajuk



Komen nie hakak jumpa dalam facebook, hakak rasa orang yang macam nie jenis yang bongok, asalnya komen dia macam ok tak dak apa2 la, lepastuh dia pi tanya plak negeri lain ado??? Apa dia ingat orang puan negeri lain jenis mundur2 belaka... Malas nak cakap banyak2, fikir2 lah sendiri kalau nak komen kat mana2 ya...  

Memilih Kerja...

Apa kabiaq weiii.

Tetiba hakak terpikiaq kalau la lagu apa khabar tuh ditukaq slang pi bahasa utara mesti jadi cam harem..

"weii, aku tanya apa kabiaq, aku tanya hang apa kabiaq" (nyanyi versi lagu apa khabar)

Hakak muhung ja, mana ada orang utara cakap kabar tuh kabiaq, nak mampuih sangat dah la tuh.

Malam nie dah lewat-lewat baru rasa gatai nak update blog, hat awai tadi kerja dok tengok nazim othman ja... lewat2 macam nie tiba-tiba naik lemau negok nazim, barulah mula nak tekan keyboard.

Malam nie la,hakak tiba2 teringat balik memori  masa zaman kanak-kanak belum baligh dulu nun.. Dulu la, sekarang lebih kepada cukup sifat nak menikah dah. Orang kata childhood memory ah. Dulu kalau boleh berangan kan, Bill Gates tuh kira gaji dia sebelah bau hakak ja diknon..  Bau = Bahu.

Masa kecik2 dulu selalu berangan nak bergaji Rm4k keatas ah. Kalau boleh time tuh tak mau ah kerja cikgu ka bomba ka, xmau langsung nah, Nak keja pangkat besaq2.. Padahai ikut tahap IQ nie, keja tukang masak lombong pun tak layak.

Lepas ja habis SPM, baru sedar , bukan kata nak jadi cikgu, surat interview maktab pun tak pernah sampai kat rumah..

So dah lelama hakak dah habis belajar , hakak terus dapat kerja dik, masa tuh hakak tak memilih langsung, kalau ikut tahap memilih hakak nie, sampai ke mampus pun hakak tak kerja, Kasar benau bahasa kanzzzz.

Masa tuh hakak pikir sebat ja lah kerja apa pun, kalau baru masuk kerja terus nak jadi pegawai, hakak kena buat syarikat sendiri, atau pun hakak kena sedar dirik sikit, bukan syarikat mak bapak hakak masuk2 terus nak ganti tempat boss.Tah2 syarikat yang ada kat luar sana tuh tak kelapaq pun nak tengok kita kalau kita tak dak pengalaman.Ada tuh memang ada tapi susah nak jumpa, tengok iklan ja mesti nak yang berpengalaman.

Lama gak ah hakak jadi kerani tuh, lepas tuh sampai lah sekarang nie, gaji pun naik ah sikit,tapi tak la banyak sampai tak habis makan, tiap2 hujung bulan bawak bekal lauk telur jugak... tapi ptptn sampai sekarang.. Haram tak membayau.. Liat betui.. Tengok ah bulan depan.. Tapi rasanya dari bulan 12 tahun 2013 lagi plan bayar tuh..


Hakak tak kata semua k, hakak tengah dok kata kat orang hat suka memilih kerja, kadang2 ada orang yang lebih suka mengangur, tiap2 hari tengok iklan job malaysia, tengok sotkabaq metro, tengok internet cari keja kosong...

Ada kawan hakak sorang nie, dia jenis yang suka berenti kerja tau, Hakak tak mau kutuk2 dia, tapi untuk perkongsian ja,, Mula2 dia kerja dah ok, gaji 2k jugak ah, kerja tak sampai 2bulan, tengok2 dah terpacak kat kampung, bila tanya awat hang blah, terus dia kata aku tak suka dengan pompuan tempat kerja aku tuh...

Seingat hakak la kan, seingat hakak dalam 2 tahun lepas 5tempat kerja yang dia dah berenti, masuk kali yang ke 6 nie dengar2 cita dah nak pi interview keja tempat lain.. Hakak pun tak tau nak cakap macam  mana..

Cuma pesanan hakak, tak salah memilih kerja kita, tak salah memilih gaji kita, tapi bawak2 lah sedar diri,Pointer keluaq uni pun 2.95 ada hati nak jadi pegawai kehormat. Bila dah ada pengalaman 4 5 tahun , masa tuh boleh la kalau kita nak memilih pun..


Nasihat nya, kalau hari nie hang dapat kerja kerani cabok pun hang terima jalah diknon, kalau gaji 900 pun sebat jalah, dari duduk terkangkang kat rumah satu sen pun dapat, kalau dah ada rezeki tertulis untuk hang nanti , setahun kerja terus spa panggil hang temuduga jawatan pegawai gred blablabla, terus hang chouu.. Sekurang kurang nya ada jugak pengalaman kita kat syarikat orang..


Berbalik kepada entry yang dah jadik cerpen nie, soal kerja jangan terlalu memilih, mula2 start ja dari bawah, lepas tuh slow2 cari kerja lain.. bila dah dapat kerja yang agak boleh kawin dekat dewan besau dan gah , jangan tunggu lelama terus la chou.

Dulu boleh la zaman tak penting kan duit, sekarang zaman kalau tak da duit, rasa macam errrr... errrr. Susah..
 Pesanan ini khas bagi budak2 yang baru konvo tuari, yang tengah berangan-rangan nak kerja ya. Terutamanya adik hakak yang pompuan tuh, yang berangan nak jadi bos, hang baca entry nie budak..


(Entry yang sepatutnya diupdate tengah malam semalam, tapi tiba2  mata terpejam sendiri)

12 Dec 2014

ceklat



Orang kedah nie memang pelik2, semua benda jadi ceklat,  ceklat hacks , ceklat daim, ceklat nanonanananano..

Gelas jadi cawan, cawan pun jadi cawan.... Sudu jadi camca, camca tetap jadi camca.. Hakak pun tak tau apa beza sudu ngan camca.

Yang penting ceklat hack ka ceklat apa ka tak penah lagi hakak sebut gula-gula,


 
Copyright 2014 © Reserved to Sara Liyana Design By Cik Nurfarah